Isnin, 16 Oktober 2017

Cinta Buta

Bak kata orang, jalan cerita aku cliché.
Memang betul cinta dan menyayangi
Tapi walau tinggi manapun
Tak semestinya akan memiliki
Tempoh masa bukanlah ukuran kematangan hubungan
Dan individu juga takkan sentiasa cepat belajar

Mungkin betul terlalu banyak kepentingan diri
Terlalu baik pada luaran yang tak mencerminkan baiknya dalaman
Malulah niez
Puas puas lah kau merayu meminta maaf
Kalau kau tak berubah orang masih taknak terima kau
Cukup cukuplah
Buang semua yang kau rasa
Kau bukan manusia yang kuat nak menelan semua kata kata tu
Kau simpan itu sebagai kenangan termanis kau untuk ditegur sebegitu cara

Mungkin betul jodoh di mana mana
Tapi tu semua Allah yang tentukan
Kalau Allah kata tak, janganlah degil sangat ikut hati
Cukuplah ini yang terakhir
Kau bagilah khidmat terbaik untuk mak ayah kau
Jangan degil niez
Jangan ikut hati
Kalau dia pun boleh rasa lebih baik, kenapa tak kau
Jangan seksa dia niez
Jangan...

~1328 17092017~