Sabtu, 23 April 2011

ouh bahagianya..

assalam..


berada di rumah selama seminggu.
memang bahagia. kerana bahagia melihat jalan jalan
penuh dengan kereta no plat 'M'.

bahagia kerana aku nampak semuanya trully
Melaka.

bahagia kerana rumah aku di sini.
dan melihat jatuhnya putik putik bunga durian di
halaman rumah beserta aroma,

turut memberikan kebahagiaan kepada
aku.

walau kemana pun aku pergi, sehingga ke Selangor aku
merantau,

hati aku hanya tertarik pada Melaka.
terlalu banyak sejarah hidup aku yang ada di
situ.

pahit mahupun manis.
dari kecil hingga meningkat remaja.

seminggu yang terkadang aku turut menjadi
sibuk.

tapi aku seronok di sini.
malam, aku teringin berada di luar rumah waktu
malam.

melihat lampu, pemandangan, hiruk pikuk dan ketenangan
negeri aku.


kini, berada kembali di alam
realiti.

bersama buku buku.

.:.the end.:.

till then, me :)

Lelaki tua ini..

Assalam.


sekali lagi berada di sini, untuk mencurahkan apa yang tersisa di hati. ~waduh ayat..


hm..lelaki tua..

aku teringat seseorang di saat ini..

di saat lelaki tua ini terbaring lemah di atas katil di dalam wad hospital,

aku terlihat wajah seseorang yang seiras dengannya

arwah nenek aku...

kerana lelaki tua ini sakitnya sedikit sebanyak hampir sama dengan arwah,

dan kesakitan yang tergambar di muka pun begitu..

walau seminggu saja aku berada di rumah, tetapi kakiku ini dapat melangkah ke hospital yang sama untuk kesekian kali

aku lihat dan hampir air mata ingin mengalir, tetapi aku tahan..

aku cuba membantu semampu yang boleh walaupun aku hanya cucu saudara..

hanya sekali aku melihat dia..

lelaki tua ini seakan arwah nenek yang aku tak mahu hilang..

walaupun si isteri dan anak anak tabah menjaga,

aku tahu dalam hati mereka, kesedihan itu ada.

kasih sayang itu jelas terpancar.

aku tahu, kerana itulah antara keluarga rapat aku.

ps: ada suatu masa aku terfikir, di saat ini, aku boleh menjaga atuk saudara. adakah aku mampu menjaga orang tua aku? adakah aku sempat menjaga mereka? adakah orang akan sanggup menjaga aku sebegitu di hari tua nanti?
dan..doakan semoga walau apa pun yang berlaku, atuk pakndak akan kembali sembuh. insyaAllah~~

Sabtu, 16 April 2011

meh kita bercerita benda yang benar meh...

assalam.
cerita yang benar sebenarnya nak diceritakan... selepas tamat MUET, tamatlah musim study. sekarang study week. sahabat2 semua berangkat pulang ke rumah. aku di sini seorang diri *ayat poyo la kamu...
~abaikan....~~
jadi, sekarang..

masa untuk jadi burung hantu dan kelawar..

ala ala nobita, study ikat kain kat kepala tulis 'Gambatei'

berjaga bertahajud malam...~sebelum2 tu pun kena buat okey.

dan final exam bermula!

28 April - ENT 29 April - CISCO 4 Mei - NetProg 7 Mei - Security *ouh tidak! 10Mei - Micro-P
jadi, selamat menghadapi peperiksaan ye kawan kawan * dan diri sendiri! :)

till then, niez~~

it's about someone~



assalam.


friendship. haisy..terkeluar tajuk esei muet lak..haha..

sebenarnya aku tak sabar menanti cuti yang akan datang. 4 bulan kan? so exciting la..

tapi yang sebenarnya yang aku nantikan adalah..

> saya akan menjadi CIKSU!!yea..insyaAllah..

>beraya dan berpuasa di rumah!!yea..insyaAllah..

>keje part time?er..ye, insyaAllah :)

>driving?hehe..dari haritu cakap pasal ni, tak lepas2 lagi kah?..erm..inysaAllah :)

>one more thing, it's about someone - orang jauh - yang pernah saya citer di dalam ***lautan***, yang akan pulang bercuti 'sakan' di Malaysia, tanah air terchenta.haha..

~~agak agak, kali ni punya cuti lepas 4tahun lebih berlalu, boleh jumpa ke? just wait jer..

~lupe lak..yea!insyaAllah... @_@ *ape kes anda pulak yang excited terlebih ni...*

>again, saya nak ready awal2 untuk next sem, nak plak FYP kena wat proposal awal2. *gudluck*


~~len,mungkin kehidupan biasa.kalau ada PRU, jgn nak dok bz skali.haha..n anak2 buahku yang lain yang kene layan gk nih...


~wokey, till now! adios amigos~

assalam, niez.

apa yang kita boleh lihat




assalam,


ini masih aku, az. dan hati ni rasa tergerak nak tulis tentang perkara ni selepas apa yang aku nampak beberapa hari yang lepas. perkara ini sepatutnya diambil kira oleh kaum wanita yang bergelar muslimah.

peristiwa beberapa hari yang lepas:

> lokasi sudah semestinya di dalam kawasan IPT yang majoritinya adalah Islam dan bumiputera. saat kejadian ini berlaku adalah ketika aku dan 'my geng' melangkah balik ke kolej kediaman.

> benda ni pada mulanya aku memang tak perasan lansung, tetapi selepas melangkah beberapa tapak, dan 'my geng' mula berkata kata, barulah aku pandang ke belakang dan perasaan akan benda yang mereka bincangkan. nak tau? seorang gadis yang memakai tudung, berjaket jeans. okay, still in a good condition for me even tengok selendang tu nampak serabut di kepala. tengok bawah lagi, legging dan skirt pendek! masyaAllah, apa dah jadi ni. sebagai seorang student, sepatutnya mereka tahu akan sahsiah rupa diri. memanglah mereka masih lagi dikira memakai pakaian yang menutup aurat, tapi pakaian sebegitu...membuatkan diri aku berfikir. di saat itu, fikiran aku yang tak berapa nak betul buatkan aku mengeluarkan kata kata yang sepatutnya. salah diri sendiri. malam hari, aku berfikir tentang apa yang aku dah buat sepanjang hari, dan aku sedar aku silap kerana lupa akan nasihat ustazah.


>seterusnya, kita bincangkan tentang situasi yang berlaku sekarang. kira cerita kat atas tadi ni lebih kepada pendahuluan sebuah karangan? assume it as yes. walaupun aku rasa tak berapa nak layak bercerita tentang perkara ini, tapi aku ingin berkongsi tentang apa yang aku rasa. seandainya kesilapan itu datang daripada aku sendiri, mohon untuk beri teguran dan nasihat. aku berfikir nak bermula dari atas. sekarang dah macam macam fesyen tudung dan selendang dah keluar, tapi kat hati ni cam susah nak berkenan nak pakai yang terlalu trendy. tak mengikut peredaran zaman ke itu? tidak bagi aku. tak bermakna sebegitu lansung. bagi aku semua itu lansung tak sesuai untuk aku. selendang, keselesaan aku hanya apabila mampu untuk tutup seperti memakai tudung biasa dan tidak perlu melilit yang pelik2 atau sampai terbelit leher dan kepala. tapi, keselesaan orang lain berbeza. mereka begitu. walaupun dalam hati, bila aku tengok wanita yang pakai berbelit camana tapi still nampak leher, nampak dada, macam nak terbukak..aku rasa cam nak tarik n pakaikan elok2. walaupun aku tak bertudung labuh, tapi aku tahu batasannya lagi. selain itu, maafkan diri untuk berkata tentang cara bagi wanita yang berambut panjang yang mengikat rambut ala sanggul dan apabila bertudung, tidak beranak tudung, mereka masih lagi menampakkan aurat mereka. apabila membuat rambut begitu, orang akan tetap tahu rambut kita bagaimana dan bagaimana. ada tudung yang nipis, dan kadangkala memerlukan inisiatif untuk memakai anak tudung untuk melindungi yang dalam. sama seperti kita memakai baju. pasal pemakaian, yang aku dengar, cara pemakaian biarlah melepasi dan menutupi dada. seeloknya begitu.

jap, baru aku terfikir lagi satu perkara. bagi yang tidak memakai tudung, masing masing tahu akan sebagai seorang Islam dan Melayu, kita diwajibkan memakai tudung untuk menutup aurat. kesilapan aku selalu dengar, 'belum dapat hidayah..pintu hati belum terbuka' => kita doakan bersama untuk mereka hitamkan kembali rambut dan perlahan lahan berjinak jinak untuk menutup kepala daripada menjadi tontonan umum. dari apa yang aku perhatikan di IPT, memang semuanya adalah melayu dan bumiputera..tapi dari trend mereka sebagai student, IPT menjadi seperti universal uni. fahamlah...


>sekarang, kita akan fokuskan kepada bahagian pemakaian. baju...dari segi pemakaian yang kasual. sekarang memang banyak baju yang kecik, berlengan pendek, jarang, etc. orang masih membeli. kerana, ada cara untuk menutup semua itu, mungkin dengan memakai cardigan atau jaket yang lebih besar. pemakaian kita tak semestinya untuk menunjukkan kita bersaiz bagaimana. sekiranya selesa dengan pakaian besar, asalkan masih kemas dan selesa, kira ok la. :) aku ada kawan, yang kalau nampak gadis2 kurus yang berkasual ketat, digelar si chopstick. kalau yang berbadan besar memakai pakaian ketat sebegitu, ada gelaran yang sesuai tak? *hm...*pakaian itu melekat di badan. masih lagi menampakkan bentuk badan dan itu sebahagian dari aurat wanita. yang jarang dan pendek, bagi mereka yang merasa malaysia sebuah negara yang sentiasa panas, mereka hanya memakai tiub di dalam (*pipeline*--netprog--) dan bila mereka secara tak sedar duduk, mencangkung, baju yang pendek itu akan terangkat. nampak badan. dari segi baju yang berlengan pendek, masih boleh memakai stokin tangan, sekiranya tidak mahu ber'cardigan. aku pernah terbaca satu artikel tentang itu. stokin tangan @ stongan, jika dipakai begitu, kita masih boleh nampak ia sebagai melekat di tangan dan menampakkan bentuk tangan itu. jadi, bagaimana? betul ke? kita renungkan bersama.

dari segi pakaian berbaju kurung, dan sewaktu dengannya. mungkin disarankan untuk tidak terlalu menonjol. bagaimana? dari segi batu yang terlalu mengerlip? itu aku tak berapa nak pasti. tapi, bila yang membuat baju kebaya dan kurung moden, semestinya nak menjadikan ia sekecik yang boleh mengikut saiz tubuh badan. ah, lupa nak cerita tentang satu perkara. info yang pernah aku tonton, muslimah juga turut tidak dibenarkan memakai pakaian yang mempunya corak binatang, nak lagi harimau bintang la, jaguar la, harimau jadian..ade ke? tapi, yang pastinya berkaitan la kan. kita teruskan lagi dengan pakaian. yang nipis, kalau boleh dilapikkan supaya tidak nampak dalam. yang dalam, kalau betul yang terang warnanya, pastikanlah pakaian luaran itu tidak akan menampakkan yang dalam. itu cukup dulu kot...kain pulak, kalau dah nampak jarangnya, yang bila tembus cahaya, boleh nampak akan dua tiang kaki ni, sebaiknya memakai kain dalam, sebagai lapik. pandangan lelaki ini, kita sukar nak baca tau. aku rasa begitulah.

>sambungan untuk kain dan seluar adalah di sini. mungkin lebih sesuai digabungkan. trend terbaru, gadis2 sangat suka ber'legging' (didn't I mention the right word?), kerana kononnya masih lagi menutup aurat. dan menariknya lagi, mereka berani memakai legging ini sahaja ke kelas. kalah dah seluar2 jeans ketat yang melambak kat luar nih. legging, sah2 la kita akan nampak dia ketat, dan menunjukkan bentuk kaki - part of aurat. okey la, tak boleh nak kata legging ja kat sini, seluar2 yang berkaitan yang ketat pun boleh dikira begitu. di'match' pulak dengan baju yang atas paras yang dibenarkan. menarik perhatian jugak tu kan. bentuk kaki, dan apabila berjalan, boleh nampak pinggul gadis2. jelaskan bagaimana aku melihat perkara ini berlaku? jap, belum lagi masuk skirt yang ketat ye? aku rasa, itu masing masing boleh berfikir jugakkan? lagi satu, jenis kain dan seluar yang diperbuat daripada kain bergetah dan nipis. bila kita berjalan, dan duduk..kain ini akan melekat pada permukaan badan dan kaki. dan secara confirmnya ia menjadikan mudah untuk menzahirkan bentuk badan.


>kaki..kasut..aku mengharapkan orang akan sentiasa berhati hati dalam memilih kasut yang sesuai. pastikan bukan diperbuat daripada kulit binatang yang diharamkan. nanti kena samak yer kawan2 :) kasut tu, make sure la sesuai mengikut tempat. ke kelas mungkin yang biasa, ke event..nak pakai tinggi mana..if mampu nak tanggung berat di heels berinci2 tu..silakanlah. sebaiknya pastikanlah kaki itu bertutup. melindungi aurat jugakkan?


==tamat==


.:.med-size-note - teringat perbualan dengan seorang pensyarah di dalam kereta berkenaan pemakaian pelajar ke kelas, yang dibuat untuk berjalan, pun boleh mereka sanggup pakai ke kelas. seluar jeans koyak..kasut tumit tinggi..baju kain ketat..etc.

.:.mungkin susah utk menegur orang tsayang yg dekat n berada disekeliling kita. aku alaminya utk famili n diri sndri.

- **ada lagi satu footnote yang tiba2 lupa.**akan diupdate!


oleh itu, aku mengharapkan setiap dari kita, termasuk aku dapat elakkan or doakan menjadi lebih baik daripada yang sepatutnya.mohon ampun dan maaf atas pandangan aku.

~niez~

Ahad, 10 April 2011

Black and White


assalam


I'm black
not my name
but the black is me.

i need a white
accompany me
to polish me
to be like the white.

you're white
not your name
not a snow white
but you are so kind
please help me
:)

thank you,
till then.

a present from me to all of my friends :)

Sabtu, 2 April 2011

benci part ni!

assalam.

aku mahu lari
dari situasi ini
aku benci
dengan apa yang berlaku
kau siapa
aku siapa
aku tak kisah
selama ini
aku biarkan sahaja
aku ingat segalanya sama
tetapi tidak
masa berubah
manusia pun berubah
kenapa?
dan kenapa aku?
tolonglah
paling tidak
kau berpaling
itu paling baik
kau paksa untuk teruskan begini
dan aku cuba terima
tapi hakikatnya tetap tidak.

sila keluar,
tapi tak mampu aku katakan
sila pergi
untuk diri sendiri.

sekian,
salam peng...