Jumaat, 28 September 2012

Go OREN BIRU MERAH !

Assalamualaikum.

Okei, semester baru sudah bermula. *dah tiga minggu berlalu dah pun*

Biasanya kalau semester baru ni bermula, mesti masuk kelas. Dan semestinyalah dengan perasaan teruja dan gembira sebab dapat belajar, masuk kelas. Ehem, termasuklah berjumpa dengan kekawan yang setia sehati sejiwa. Lalala.

Tapi kan...semester kali ni definisi dia dah berubah sikit. Semester baru bermaksud aku dan kawan yang lain semua berlatihan industri @ berpraktikum @ berpraktikal @berLI @ berOJT. Apa apa term yang membawa maksud yang sama la. Tak kira.
Semester akhir ini membawa aku ke suatu alam yang baru. Satu tempat yang memang buat aku rasa sangat nervous lagi gemuruh jiwa on the first day. Aku pergi lapor diri seorang diri, tanpa sesiapa pun yang teman. Aku yang berdegil nak macam tu. Pagi aku bermula dengan memandu secara berhemah *emmm..kot* dan jejak kaki ke company OrenHitam. Pergi ke department sana department sini.

Department aku tumpang buat sementara waktu untuk tiga bulan ni kebanyakannya staff lelaki. Perempuan boleh dikira pakai jari la. Tapi itu tak bermakna aku tak boleh sesuaikan diri. *Ops..hari pertama tu apa citer.hehe* Well...normal la tu. Lama lama aku dah terbiasa dengan suasana ni. Dengan akak yang berapa kerat ni pun senang je boleh masuk. Insyaa Allah... ~_~

Minggu depan bakal genap sebulan aku berada di situ. Dan itu bermakna, aku akan bermigrasi ke sub unit kedua tak lama lagi. Fuhh..apa yang bakal terjadi di situ? Segala cabaran yang seterusnya la. Setiap satu bulan aku akan bermigrasi.
Anyway, thanks to this company cause giving me a chance to do a practical for a few months.

sincerely,
budak_praktikal

Selasa, 18 September 2012

Secebis Kisah dari Kehidupan

Assalamualaikum

Hai kawan kawan. Pernah tak kita dengar manusia belajar dari kesilapan ? Bagaimana pulak dengan pengalaman dalam kehidupan yang mematangkan seseorang itu ? Semestinya la kebanyakan dari umat manusia dekat dunia ni pernah dengar. Apatah lagi merasai situasi seperti itu. Ha..macam berfalsafah la pulak.


Pengalaman boleh kita ambil daripada setiap perjalanan dalam kehidupan yang kita tempuh. Yang indah, kita ambil dan sematkan di dalam fikiran. Bagi yang buruk pula, kita cuba fikirkan. Dari segi mana yang boleh mendatangkan keburukan itu. Bagaimana perlu kita perbetulkan kesilapan itu. Belajar dan cuba untuk elak daripada berlaku perkara yang sama.

Tapi, bukan semua manusia yang belajar dari kesilapan terus daripada kesilapan pertama. Pengalaman yang akan mengajar manusia sedikit demi sedikit tentang kehidupan. Bahagian mana yang benar, mana yang realiti mana yang khayalan semata.

Benar, dari situlah yang akan kita katakan. Manusia itu tidak sempurna. Manusia bukanlah malaikat. Sedaya upaya untuk melengkapi diri. Berusaha untuk mencapai matlamat dan cita cita. Semuanya tercoret dengan pelbagai warna yang dicubit dari jalanan kehidupan itu.

Di situ, kita akan belajar untuk menerima dan melepaskan sesuatu.
Bukan dengan sewenang wenangnya. Tetapi tiap satunya sarat dengan alasan yang rasional.
Matang. Itu yang akan kita dapat setelah melalui setiap selekoh dalam kehidupan.

Manusia memang tidak pernah sempurna. Begitulah juga aku. Tapi sentiasa ingin mencari kesempurnaan di sisi yang Maha Esa. Itu tidak mengapa.

-penulis jalanan-