Rabu, 28 Mac 2012

Lawatan Industri!!

Assalam.

okay, today I would like to say about our industrial visit!
haha..bunyi macam terlalu excited lak nak bercerita tentang lawatan ni kan. ntah pape je..sebenarnya saja nak bercerita sebab 'dah lama' blog ni tak dihiasi cerita baru dari aku. ~motifff~



ok, let's talk about it.


Ernst & Young, yang terletak kat area nun sane tu..aku, ashi, paie ngan tasya antara nama yang terlibat dengan lawatan ni. dapat pergi sebab Zunnur bagitau kat tasya. so, tepat jam 1.20 petang di UIC, kami ni pegi la ke sana dengan bas uni kami..dalam hampir setengah jam je la kot masa yang diambil untuk ke sana kalau tak silap aku.

cerita sebenar: aku cam tak tau pasal company ni yang orang lain suma dok kata mmg faymes gila kat negara terchenta aku ni..haru punya rakyat negara la aku ni.

ok, sebenarnya ada dalam 3 bas yang hantar kami ke sana, sebab selain dari fakulti aku, ada lagi 3 fakulti yang join-venture untuk industrial visit ni. antaranya law, account ngan business. group aku yang pertama la sampai..sayangnya cik bain merangkap mak kami ni tak ikut sekali la plak.hee...

masa kat situ, kami dok dengar la briefing tentang company yang faymes ni. peserta2 ni bila kata ade kuiz baru dok mencatat. haha..kelaka2..macam2 la diterangkan..pasal each department, position ape yang ade..pasal teamwork. ouh..kalau dikiranya cam sangat luas ouh coverage dia..orang boleh merantau jauh kalau bermula dari comapany ni. walaupun company ni lead ke arah auditing and tax..tapi ade part of it yang masih berkaitan dengan IT. dua position yang aku berminat, ITRA dengan fraud ape tah..hehe..* kes malas nak semak buku nota balik* sebab kat area ni cam ade buat pasal ethical hacking la, computer criminal..kire berkaitan la tu kan..tu yang aku berminat. tapi semalam, masa networking session aku tak sempat bertanya sangat dengan En Hazrizal dengan En Saffuan tu..last2 layan makan yang disediakan je dulu. agak banyak la..suppose networking session ni, student yang dok cari staff untuk bertanya. tapi bila tengok suasana ni, rasa sangat2 terbalik. mungkin sebab lapar..mostly cari makanan dulu. makanan yang berat2 punya.mana taknya. then, staff reramai la pegi ke meja student one by one untuk bertanya if kami ni ade soklan ke tak. skali aku bantai la tanya banyak2..staff ni pulak muke dah hampir2 cam abang long aku yang sorang tu. nasib la kalau da kene tanya ngan aku tu walaupun bkan dkat org yg sepatutnya ak nak tanya.hee...

habis tu, ade Q&A ngan kuiz. yang buatkan dorang ni bersemangat sebab dapat kad free dari starbuck.haha..aku terus tak berkenan nak jawab. orang yang duduk sebelah aku lak, kemain overkondifen masa jawab. sukati dia la asalkan bahagia..lepas tu ada wat 'road tour' kt tiap department.pergh...menimbun dengan file2. tiap department penuh dengan staff yg mostly cina. then, tiap sorang mgunakan laptop *rs cm kebanyakannya gune IBM thinkpad*. ok la tu....

last but not least, kami berkumpul la kat tangga putar2 tu untuk amik gambar beramai2..bsesak2 la...nyway, bila aku tengok, baru aku perasan..cam ade satu filem yang buat penggambaran kat situ. lady boss kalau tak silap. tapi bila aku tanya kat orang berdekatan, dorang sume tak sure.haha..abaikan saja..

okay, masa balik tau2 ade budak yang tertinggal bas. nak taknak kena la pandai2 cari teksi kot..

jadi, begitulah al kisahnya tentang lawatan kami ni. nyway, kami berempat dari network n sahabat selebihnya dari CS. sekurang2nya ada jugak ilmu yg aku boleh dapatkan untuk nak praktikal nanti..

sincerely me :) ~niez~

Sabtu, 17 Mac 2012

Can It Be Untitled ?



Dengan Nama Allah

hati umpama sebuah kotak misteri
terlalu banyak menyimpan rahsia
biar beribu ribu cerita sekalipun
masih boleh disimpan dalam hati


yang baik dan yang jahat
yang indah dan yang duka
yang mencintai dan dicintai
yang diimpikan
yang dibayangkan

begitulah kisah
yang ada pada setiap manusia
di situlah jua
Allah sentiasa memerhati.

to be untitled.
always.

Isnin, 12 Mac 2012

.:. A-L-O-n-E .:.

Assalam..


bersendirian memberi anda peluang untuk memikirkan
apa yang sudah berlalu
apa yang sedang berlaku
apa yang bakal ditempuhi


bersendirian membuatkan diri
mencari apa yang silap
mencari apa yang terlebih

bersendirian menjadikan diri ingin bermuhasabah atas segala peristiwa yang dilalui
dengan rasa senang
dengan rasa duka

bersendirian menjadikan diri sentiasa berdiam di luar
tapi di fikiran sentiasa bermonolog
menerawang jauh
mencari kebenaran dalam kesusahan

bersendirian tidak bermakna kita lupakan siapa Sang Pencipta
bersendirian tidak bermakna akan kekal sebagai 'seorang'

bersendirian itu indah
kerana kita hanya perlu diam dan senyap
sambil terus menerus merangka kehidupan


monologue tyme ~ me

Rabu, 7 Mac 2012

New Semester!

Assalam.


okay, semester baru sudah bermula.
ada yang berubah dan ada juga yang masih kekal sama sebegitu.
tak kisah walau dari segi apa sekalipun.
tapi semangat baru untuk belajar harus terus dipupuk.
sebab ini adalah semester baru.
dan InsyaAllah akan menjadi semester terakhir sebelum bermulanya praktikal.
ada perkara yang susah.
memang ada dan perlu dihadapi.
kalau caranya silap, orang akan faham yang silap.
kalau caranya betul, orang akan faham dengan cara yang lebih baik.
mudah? senang?
itu tak pula diketahui.

okay, this is about our new semester. menghadapi dengan penuh tabah.
atas keberkatan Allah dan ibu bapa.

sincerely,
~ the one yang sangat suka berceloteh dalam diam ~