Rabu, 23 Januari 2013

Melancong sakan! part 1 USS - Legoland

Assalamualaikum

Alhamdulillah, masih lagi bernyawa di bumi Allah ini. Dan aku masih lagi mampu (er..actually atas sebab orang lain) untuk melihat bumi Allah yang luas ini. Menimba ilmu dengan cara mengembara. Bak kata orang, ambil kesempatan ini selagi orang bagi peluang. Tak salah..demi ilmu.


Okei la, disebabkan tempoh latihan industri yang merangkap praktikal aku telah tamat (yippie!!! mendeka! mendeka!), jadi terlalu banyak la perancangan yang telah dirancang. Tapi yang nak melangkah ke USS Singapore - Legoland - JPO ni takdelah nak masuk dalam perancangan sebenar aku. Ini disebabkan kewangan aku yang takdelah menarik sangat. Pakej ni plak mau setengah ribu. ~ nak mengecikkan balik mata yang membulat..sebenarnya dalam 500 lebih la. bayaran orang dewasa la katekan. ~ dah nama masuk dua tempat, plus minus dengan hotel lagi, makan minum lagi, transport lagi..erm..ok la tu. kene tahap bersyukur la kan. nak dijadikan cerita, sebenarnya ini plan makcik aku. Dah last minute, makcik still pujuk dan aku pergi la jugak.

Ha..yang lagi best, percutian aku betul betul bermula on the last day aku berpraktikum. Untuk pertama kali dan yang terakhir kalinya aku pergi balik ofis makcik aku yang hantar. Weirdo ~ sungguh bila pergi kerja dalam keadaan macam tu. Dengan itu, laptop pun aku tak bawak di hari terakhir aku bekerja. Eh, ok la. Lari topik la plak. Aku tak balik rumah. Dari ofis, terus tidur di bandar Melaka. Ha..sebabnya rombongan kami ni kena berkumpul di Kompleks Al Falah dalam pukul 4.30 pagi kalau tak silap la. Bergerak..bergerak..bergerak, dan tiba di salah satu perhentian di Johor untuk Subuh. Dan kembali meneruskan perjalanan sambil menikmati nasi lemak yang sedap. * Alamak, masih terliur sampai sekarang..camane ni.. *

Perjalanan yang pertama kali buat aku (ke Singapura ni). Jadi, banyak la yang aku belajar. Turun naik kat imigresen Malaysia dan Singapura. Ehm..yang Malaysia ok lagi la. Sampai bab imigresen lagi satu, aku rasa sapa yang pernah jejak ke sana melalui pengangkutan bas, boleh faham la. Angkut semua barang dan beratur. Paling tragik kalau saat itu musim cuti persekolahan dua negara ini, ha..plus2..hujung minggu. Amekaw. Bersesak sakan okei. Ha.jangan lupa tentang peringatan 'banned the chewing gum', cigar..etc. Nasib baik barang nak bawak masuk singapura hanyalah setakat beg sandang untuk pelindung si Iphong, Nokla dan barang2 simple lain..Passport jangan lupa ye ;)

Ohya, rombongan cik kiah aku ni kena bertukar bas kat imigresen. So, layankan aje la. Direct je ke USS Sentosa Island tu. Ok, yang menarik perhatian aku..kesemua kenderaan bijak mengikut speed limit. Kalau takat tu, takat tu je la yang dorang ni bawak. Bagus. Kebersihan pun, yeah..not bad. * Haha..aku bagi komen lapuk jap * Selamat tiba di USS, bergerak pantas mencari permainan dari setiap bahagian. * Pss: sebenarnya takdelah banyak mane pun game yang aku dapat rasa. * Cari makan di Egyptian punya restoran. Wa..sebut pasal bab makan ni, aku sangat2 suka. Mana taknya, makanan berarab arab, teramat2 mahal, tapi berbaloi. well, sebenarnya 14 dolar la. Nasi sepinggan penuh, masuk lauk yang penuh kat tepi, siap air sejuk yang memang terliur dan dessert. Ehem, yang lain2 tu ada la tambahan kosnya. Btw, jangan lupa..untuk makan pun kena beratur panjang sepanjang panjangnya macam tunggu giliran game okei. ~_~ Ha..jangan lupa, hujan melengkapkan kisah kami di sana. The end of USS.




Ha..tidak dilupakan. Solat di Masjid Sultan. Orang selalu kata, kat situ murtabak sedap lagi gedabak. Lepas tu, Arab Street lagi. He..kalau agak2 nak tanya apa pengalaman aku, maaf. Aku selesa di Masjid Sultan.

Di malam hari, bergerak sepantas mungkin untuk keluar dari Singapura. Btw, aku tertarik dengan binaan bangunan yang ada bentuk kapal atas tu (sori la..den taktau namo eh), roda ferrrghiss yang besar di kawasan marina tu. Dan beberapa binaan yang ada berhampiran kawasan tu. Niat2, suatu hari nanti dapat merasa naik roda roda feerrrgghiss singapura ni plak.hoho.

Dah isi perut yang kebulur di Johor, dekat daerah mane tah (dah malam n penat, sume tu tak melekat kat otak sangat)..mungkin Danga Bay kan..Singgah selalu.agak meriah. Terus balik ke hotel. Pandangan malam bagi aku tersangat sangat cantik, lebih lebih lagi dapat tengok seberang Johor. Berehat untuk persediaan ke Legoland!

Pagi! Makan sebanyak mungkin untuk tenaga ke Legoland. Then, menuju ke kilang aka kedai coklat dulu. Menarik..ada info kesihatan yang aku boleh dapat kat situ. Dark choc ni baik untuk kesihatan jantung. Makan sebijik dua untuk setiap hari, in shaa Allah mampu melancarkan perjalanan darah tu semua. Eh? Plus2 kat satu produk coklat ni, dia salut dengan serbuk tiramisu. Nampak macam tak menarik la sebab coklat dia nampak dull xberkilat kan..lagi satu, aku cakap ni, sebab aku rasa tak berapa ramai sangat minat dark choc ni..yela, payyiit la katekan..

Ok..tibalah saat saat ke Legoland. Cuaca, alhamdulillah..terik.hehe..terus masuk, amik peta dan rancang. Mana yang patut masuk dan agak2 perlu dikemudiankan. Memang menarik sebab kebanyakannya sah dari lego. Err..yang game besar2 yg bergerak2 tu, takdela ye. Dan aku paling suka dengan taman mini dia..so real kata kau. Kebanyakannya monumen yang ada di Malaysia dan negara lain. Gambar? ada..tengok la kalau ada.haha..Okei bab makan pulak..memang senang, mostly Halal. Tapi dalam harga yang sama, hanya dapat nasi yang dari mangkuk tu, ayam masak kari, 2 ketul. Ohmo, don't worry..sentiasa bersyukur dengan rezeki Allah. Tugas manusia seperti aku untuk memerhati  dan menilai keadaan sekeliling. Ha..satu game yang aku dapat naik, yang agak macam nak terkeluar jantung aku..hee..ade la. Gambar tu dah siap beli, tapi sayang. Hilang sudah. Beli keychain *dah lesap ouh..sedih*. Jangan harap la ade letak harga 2 hengget, 5 hengget tu de. Haha..dan..ini juga adalah musim hujan, cuti persekolahan. Sila faham ye :)


Bergerak ke Johor Premium Outlet (JPO)! Woah..jap. Kenapa aku woah? Hehe..aku kurang berminat sikit dengan barang barang branded. Tapi menarik sebab aku dapat tengok perangai manusia. Yang berhabis duit. Sanggup beratur. Well, hak masing masing. Mestilah yang mahal itu berkualiti kan? Aku? cuci mata je..em..sempat lagi terserempak dengan staf satu tempat keje ngan aku. klaka sungguh.

Pasal Johor, memang aku jarang pergi ke sana. Tapi aku suka tentang masjid, Istana yang berada di tepi jalan..most of the historic buildings yang ada kat sepanjang perjalanan aku tu la. Itu yang penting. Baru la tau, apa yang ada di Danga Bay. * Haha..teruk betul bunyiknye aku ni.. *

Jadi, apa lagi? Silalah beramai ramai membuat perancangan untuk bercuti ke dalam negeri dan ke seberang. Banyak lagi yang boleh didapati dengan berjalan ni sebenarnya.


~ The End for USS-Legoland-JPO ~

Sincerely, 
Si kicil yang suka dapat merantau.