Selasa, 31 Ogos 2010

Minggu ini. . .

Salam..
minggu ni sebenarnya minggu yang minda aku dah terbang balik ke melaka dulu..
walaupun esok aku ada presentation Bel (yang aku sendiri tak siap lagi sebenarnya..haha) dan kuiz QMT..semangat aku untuk terus berada di shah alam ni macam dah berkurang..tak tau lah tinggal lagi berapa peratus lagi..
hailoo...kan seronok kalau hari khamis sok jugak aku balik..tapi sayangnya,ada event lagi kat kolej dan mungkin di fakulti yang aku perlu hadir..atas sebab yang semua penetap kolej pun tahu..haha..
kalau aku boleh balik khamis,aku dah boleh sibuk sibuk dengan majlis yang berlansung esok petang..
majlis berbuka puasa dengan satu kawasan Tg Bdra..walaupun aku akan rasa kepenatan, sibuk dan marah2 orang yang berkenaan..tapi itu lah yang seronok bagi aku. bersama dengan penduduk penduduk kat sana(ceh,konon berjiwa rkyat la tuh..he...)
hangin jugak lah sebab event kali ni aku tak sempat nak balik untuk buat semua tu.tapi yang pastinya, aku rindu rumah..rindu mak ayah abang lan akak linda atok busu dan si kecik aku sepanjang masa..
tu lah,nak sangat merantau jejauh kan..tapi kalau aku tak amik keputusan untuk belajar jejauh,nanti macamana aku nak belajar hidup berdikari??kan..kan..rindu memang rindu..tapi camane kalau Allah bagi rezeki kat aku untuk belajar lagi jauh..macam pegi over da sea ke(Amin..insyaAllah..)..takkan la plak aku nak balik setiap bulan ke ape ke..macam banyak la pulak duit terkumpul aku macam tu kan..
tapi,takpe..lepas ni aku tak sabar nak tunggu masa hari raya..
Hari Raya ke 3 di dewan japerun baru kat kawasan nih..haha..aku tak kisah pasal pakaian lagi..yang pasti aku akan jaga kat depan menyambut tetamu masuk (lagi seronok bila aku dapat tengok kekawan aku dan cikgu2), bagi duit raya (tugasan setiap tahun walaupun hakikatnya kdg2 aku suke ngelat..hu..)..kepenatan yang berbaloi untuk aku..
huhu..apa pun,tak sabar rasanya nak balik rumah ku syurgaku!! *_*

ScHiZo... ?!?


selepas 6bulan (iye ke??thanks paie coz gitau..haha)..

okehla, sebenarnya apa yang aku nak cerita sekarang ni lebih kepada penyakit schizo. . . ni.. mungkin ramai yang tak tahu nama saintifik penyakit ni..
bak kata dalam paper dan informasi informasi yang lain, penyakit ni tak boleh nak disamakan dengan bipolar dan psikotik.. berbeza..
dan yang paling menarik, selepas aku tau nama penyakit ni dan buat la bacaan sikit sikit..penyakit ni tengah banyak berlaku dalam masa kini..(oh ayatku..haha)
kalau tak percaya, baca kat paper..tengok kes kes jenayah yang bunuh bunuh,bunuh diri ke.. ada yang kata dapat arahan daripada satu suara..suara tu berbisik memberi arahan dan pesakit @ mangsa seakan akan patuh dan ikut arahan tuh..huh,siyes tak sangka berjaya kuasai pemikiran manusia!
ha..ada lagi satu ni, bila si mangsa @ pesakit ni dapat arahan dekat dinding..seakan akan tertulis, tapi sebenarnya hanya dia sorang je yang boleh nampak.. jadi, bila dia rasa arahan tu sangat penting..serta mertalah dia akan buat apa yang disuruh..
hm..sebenarnya, bagi aku..insyaAllah penyakit ni booleh diubati. kan dalam Al Quran sendiri dah tertulis, setiap penyakit pasti ada ubatnya selain daripada mati.
bagi umat Islam, kalau setiap umat Islam sepatutnya kena sentiasa meletakkan Allah sehampir hampirnya dengan kita. seandainya kita kuat, fizikal dan mental..insyaAllah perkara ini mungkin dapat dielakkan.
ada hikmah di sebalik tiap kejadian.. aku yakin pada yang itu.. seandainya perkara ni terjadi pun, sebab Allah nak uji hamba2Nya..uji sebagai tanda kasihNya dan uji sebagai tanda supaya kita sentiasa mengingati Allah dalam susah mahupun senang..


-------------------------------------------------------------------------------------------------

salam..

tiba tiba rasa macam terpanggil untuk tulis kembali pasal penyakit ni..

aku baru teringat yang aku sempat terbaca tentang kes yang bunuh 4ahli keluarga di negeri sembilan tu..memang tepat jangkaan aku yang dia telah menunjukkan simptom simptom skizofrenia dan dalam akhbar semalam, pakar sakit jiwa telah mengesahkannya..

ada pihak yang telah menyatakan bahawa kenyataan tu nampak tak munasabah sebab dia boleh bercakap macam orang biasa. yup, memang dia boleh..sebab sebenarnya dia bukanlah terlalu gila. itu yang sebenarnya perlu diterangkan..sebab,aku teringat cerita 'a beautiful mind'..sebab aku buat presentation pasal penyakit nih..kan diadaptasi dari kisah John Forber Nash Jr,pemenang Nobel 1994 dulu..genius matematik..beliau pernah alami penyakit ni..pernah juga dihantar masuk ke hospital mental..tapi sampai satu masa,beliau dapat rasakan yang dengan makan ubat,tak bagi apa apa kesan,John berhenti makan..

dan John cuba untuk sesuaikan dengan keadaan tu..dalam 3dekad John hadapi penyakit ni dan..??SUKSES..not suksis..

tengok apa yang berlaku sekarang??beliau masih normal..sehingga kini..