Isnin, 25 Julai 2011

Cahaya baru keluarga

Assalam..

Alhamdulillah, jumaat yang lepas bertambahlah seorang lagi ahli dalam keluarga aku.
Cahaya yang amat dinantikan selama ni.
Selamat datang ye awak
Welcome!
Ahlan wasahlan!
Si kecil ni kata 'terima kasih mami melahirkan saye..nyang,atuk,nenek,uncle,aunty..panggil saye Arifah ye!'
'Sila beri tunjuk ajar :)'
Ok la, sekarang aku plak yang jadi makcik..nak lagi smart, aku soh dorang ni panggil aku cikcu je.
Sempoi sikitkan?hehe..
Cikcu cikcu pun, garang tetap garang, gaduh tetap gaduh, sayang tetap sayang..
Baru merasa ke'excited'an dengan si ahli kecil yang baru ni, kerja banyak gak la,tapi berbaloikan..
'Everything just for you' ~ cikcu said. Selagi cikcu bernyawa ye :)
Ramai tau sayang awak, dak kecil. Tengok nyang nyang yang datang tengok kamu..
Aku plak yang rasa excited.
Kamu memang menjadi cahaya indah 'Abad Baru'~.~
moga kamu jadi lebih baik dari cikcu..

Salam sayang,
Cikcu..

Khamis, 21 Julai 2011

Kisah Perjalanan Mencari Chenta i~

assalam


kisah yang aku ingin ceritakan sejak aku balik dari menunaikan umrah pada penghujung jun yang lalu. beberapa minggu yang lepas, aku hanya coretkan sebahagian dan terus terputus.maaf kerana aku rasa aku patut mulakan kembali yang baru.


setelah bermulanya cuti pada mei yang lepas, aku mendapat khabar gembira bahawa akhirnya Allah memberi ayah, mak dan aku peluang untuk kembali ke tanah suci mekah dan madinah. syukur alhamdulillah. memang aku sentiasa merindu. seperti muslimin muslimat yang lain jugak. dijangka pemergian kami pada mulanya adalah 10 jun, kemudian ditunda kepada 12 jun 2011. tidak sabar menunggu detik tersebut. tapi, yang penting masa tu, kena uruskan pasport baru dan suntikan jarum pendek untuk memasukkan ubat. tempoh masa kami akan berada di sana adalah 14 hari - 3 hari di madinah, 10 hari di mekah - di mana kami mengikuti pakej umrah bawah THTS.


10 jun bersamaan hari jumaat, bagasi sudah siap 95%. selepas solat jumaat, kami sekeluarga mengadakan sedikit kenduri kesyukuran. ramai yang hadir. tinggal sehari je lagi, kemudian kami akan berlepas. tiba tiba terasa tak percaya. tapi keseronokan, gelisah segala galanya terasa.


akhirnya pagi 12 jun bersamaan ahad menjelma. seawal jam 8 lebih pagi sahabat ayah dah mula datang. kami bertolak dari rumah seawal 10 pagi. bersama kami menuju ke KLIA adalah abang kakak, atuk, makcik pakcik, sepupu sepapat, anak buah, kenalan ayah dan rombongan kampung. langkah kami dari rumah ke kenderaan diiringi azan dan doa. berhenti seketika untuk makan, dan bertemu dengan abang sulung yang baru sampai dari sarawak. setibanya di KLIA, kami bawa beg menuju ke kauter khas TH di mana ada staff sudah menanti ketibaan jemaah. kami ambil tag pengenalan diri dan pelekat untuk beg. hanya kami bertiga yang bertali hijau. aku ikut akak untuk check in bagasi di kaunter lain. aku perlu tahu. kali ni, hanya aku yang akan mengiringi ayah dan mak. mak angkat aku dan beberapa orang kenalan lain dah berpesan kepada aku - boleh aku kirakan sebagai serahan amanah dan tanggungjawab la jugak - supaya jaga mak ayah. dan sebenarnya aku risau dengan serahan tu. beberapa ketika sebelum kami pula masuk, kami diberikan sehelai kertas risalah berinformasi dan taklimat serta doa ringkas. lupa plak, pengiring TH dari Malaysia adalah Tn Hj Ahad. ketika taklimat barulah aku nampak wajah jemaah yang lain. setelah hampir tiba dengan masanya, kami mula meninggalkan keluarga dan kenalan yang menghantar. aku buat muka 'hati tisu' bila aku salam orang yang terakhir, akak aku. sebelum pergi jauh, kami jama' qasar zohor dan asar dulu. di situ, perkenalan pertama dengan jemaah serombongan kami. berasal dari melaka, sepasang suami isteri dan emak mereka. pemeriksaan pasport lepas, dan perlu menaiki 'ulat gonggok' ekspress menuju ke terminal kami. di terminal, aku berkenalan secara ringkas dengan seorang warganegara saudi berstatus pelajar di Malaysia yang mengucapkan selamat berangkat ke Saudi. menaiki kapal terbang SV 831 milik Saudi Airlines, aku dapat duduk tepi tingkap, cuma sayangnya pemandangan aku lebih kepada sayap lebarnya. jantung berdebar. doa dibaca. dan kami selamat berlepas. di awal penerbangan, segalanya berada dalam keadaan yang baik. cuma sedikit gegaran ketika melepasi awan dan gegaran yang kuat sedikit yang mendebarkan sehingga air dalam cawan tumpah dan beberapa penumpang bertakbir. perjalanan ambil masa selama 8 jam. beberapa jam yang pertama pun dah cukup buat aku rasa nak bangun dari tempat duduk.


8 jam berlalu, dan kami selamat tiba di lapangan terbang Jeddah pada 6 lebih petang. kalau ikut waktu malaysia, dah pukul 12 tengah malam. syukur alhamdulillah kami selamat sampai. dari kapal terbang, kami perlu menaiki bas menuju ke terminal haji. setibanya di sana, selepas beberapa ketika, kami perlu melepasi pemeriksaan imigresen dan mengambil beg. ia mengambil masa sedikit kerana kebanyakan staff ada yang leka buat benda lain dan ada yang bersolat jemaah. aku lihat beg sudah diatur, aku pantas mencari beg kami bertiga. setelah segalanya selesai, kami terus keluar dan menunggu petugas dari TH & AL Firdous menjemput rombongan jemaah kami. terus terang aku katakan, terasa seakan kenikmatan bila akhirnya aku berjaya menghirup udara sana dan menjejakkan kaki sekali lagi. hm..cuaca di sana agak berbeza. hujan yang jarang, dan ketika itu panas dan kering. jam menghampiri 8 malam dan kami menaiki bas yang disediakan. perjalanan dari Jeddah ke Madinah akan mengambil masa hampir 6 jam. dan itu bermakna kami perlu duduk lagi. di awal perjalanan, kami telah diperkenalkan dengan seorang ustaz bertugas yang asalnya dari Indonesia bernama Ustaz Salam. beliau akan mengiringi kami dari awal hinggalah kami pulang semula ke lapangan terbang Jeddah ini. doa dibaca. di pertengahan jalan, kami berhenti seketika untuk makan dan rehat. sesiapa yang mahu menunaikan jama' qasar mahgrib dan isyak di sini pun boleh. sebaik sahaja menghampiri bumi madinah, kami berdoa. dan ustaz memberi sedikit penjelasan tentang waktu solat dan perjalanan aktiviti di bumi Madinah. rombongan kami tiba dengan selamat di Movenpick, tempat berlindung kami yang amat dekat dengan Masjidil Nabawi. hotel ini bersambung dengan shopping complex kerana kami dalam tower yang sama. lif pun terasing dari kaunter hotel. alhamdulillah, selamat tiba di bilik. rasanya jam dah menunjukkan pukul 2 lebih pagi. di bilik kami, tersedia dapur dan kemudahan lain. tapi masih tak boleh guna heater. dan siaran di tv bilik boleh melihat rakaman di masjid nabawi dan masjidil haram beserta waktu solat tiap negara islam. risau terlewat pergi, saf akan penuh. jadi kami mula membersihkan diri, isi perut dan jam 3 lebih kami bersiap menuju ke masjid.


bersedia dalam penuh keterujaan. tak sampai lima minit, kaki kami dah melangkah masuk ke halaman Masjidil Nabawi, subhanallah! keindahan masjid di waktu pagi. aku melangkah bersama mak dan ayah. masuk melalui pintu yang dikhaskan untuk an nisa' - muslimat, seperti biasa akan melalui pemeriksaan diri dan barang bagi mengelakkan kami membawa masuk handphone berkamera ataupun kamera. kami berdua melangkah hinggalah ke kawasan yang dilarang untuk anak kecil. depan sekali. banyak kosong sampai rasa tak tahu nak pilih yang mana satu. bersyukur kerana perjalanan kami dipermudahkan di sana. aku dan mak memilih untuk duduk berdekatan dengan tiang. berdekatan kami ada jemaah dari negara Islam yang lain. dan uniknya, semua bersatu di bawah nama Islam dan berjemaah bersama sama. walaupun kita akan melihat sedikit perbezaan ketika bersolat disebabkan mengikut mazhab yang berbeza. azan Subuh tanda masuknya waktu adalah pukul 4.01 pagi. alunan bacaan yang dialunkan Imamnya, azannya adalah sesuatu yang aku rindukan untuk dengar sebelum ni. merdu dan indah. bak kata orang, mampu menusuk ke dalam jiwa tiap muslim la. selesai solat jemaah Subuh itu, kami kembali ke movenpick. sarapan hanya disediakan bermula 6 hingga 8 pagi. 13 jun, hari pertama kami di sana. jam 7 pagi, ustaz salam memberitahu kami akan dibawa ke Raudhah mengikut kumpulan muslimin dan muslimat - muslimat akan dibimbing oleh seorang ustazah warga indonesia juga -


untuk pengetahuan, Raudhah adalah salah satu taman syurga. raudhah terletak di dalam tapak asal masjid ini, untuk pengenalpastian kita boleh melihat terdapat kubah hijau di atasnya. di sini jugalah terletaknya tempat tinggal Rasulullah SAW ketika hidupnya bersama Saidatina Aisyah dan di sini juga terletaknya Maqam Rasulullah dan 2 orang sahabat seperjuangan. permulaan bagi raudhah boleh dikenalpasti apabila kita berdiri di atas karpet yang berwarna hijau. raudhah ini tidak terhad bagi muslimin. hanya muslimat yang perlu mematuhi batas waktu - jam 7 pagi hingga 11 pagi, selepas zohor dan selepas isyak yang berakhir hingga 11malam. - kenapa ada batasan? itu hanyalah undang2 kerajaan Saudi Arab. sebab tu lah, kalau pergi ke sana, kaum muslimat ada yang tak sabar hinggalah berebut dan bertolak tolak. ustazah memberitahu rombongan yang menunggu selepas kami adalah Iran. dan, amatlah perlu berhati hati kerana mereka sangatlah tak kisah pasal orang lain, selagi boleh rempuh, pasti akan dirempuh. ketika menunggu untuk masuk ke dalam raudhah, kami bersolat tahyatul masjid dan solat sunat lain serta doa2. ustazah juga ada menerangkan tentang tiang2 yang ada di kawasan asal ni dan beberapa simbol di tiang yang berkaitan. dan ada juga menunjukkan lokasi muazzin azan dan mihrab untuk berkhutbah. untungnya bagi sesiapa yang bertugas untuk posisi itu. aku bersyukur sangat2 sebab aku dapat jejak ke raudhah dengan selamat dan dalam tempoh yang agak lama. ustazah beri tips, bagi elak dari melanggar jemaah yang sedang bersolat. cubalah jalan mengiring daripada merempuh. alhamdulillah dapat bersolat yang pertamanya di bahagian tengah walaupun amat sesak. dan seterusnya, aku bawa mak untuk terus maju ke depan, dan aku tak sangka ustazah yang bawa kami sudah berada di hadapan. sedang menjaga beberapa orang daripada jemaah kami yang sedang bersolat. aku dan mak maju ke bahagian hadapan dan bersolat untuk kesekian kali,then berdoa dan sampaikan salam dari kenalan. pada mulanya, kami mahu keluar selepas usai semua tu, kemudian terkepung. jadi, dapatlah kami berlama sedikit. lega rasanya bila ada kat situ. tenang~ kami amat berterima kasih dengan ustazah yang iringi kami ke Raudhah. itulah aktiviti untuk hari pertama, dan sayangnya kaum muslimat tidak dibawa menziarahi Maqam Baqi'. di sana waktu solat - zohor 12.32, asar 3.43, mahgrib 7.01, isyak 8.30 - hampir tiap kali tiba waktu solat, aku bertiga akan bergerak hampir sejam awal. risaukan saf yang penuh. tapi bersyukur kerana tiap kali solat, segalanya amat lapang dan lancar. mudah untuk cari tempat. di malam pertama, kami bertiga akhirnya berjumpa kembali dengan kenalan famili. Hj Ibrahim berbangsa Pattani. dia dan sahabatnya bawa kami ke satu kafe selepas isyak untuk minum dan berborak.


hari kedua. selepas solat Subuh, pukul 7.15 pagi jemaah diminta berkumpul untuk aktiviti seterusnya iaitu ziarah. antaranya Masjid Qiblatain, Masjid Quba', pasar kurma, etc. aku, mak dan ayah xfollow sebab dah berjanji dengan Hj Ibrahim untuk bawa kami ziarah menaiki kereta. ketika kami sampai, keadaan di kawasan masjid memang la sedang sibuk dengan kehadiran jemaah lain yang ramai. yang pasti setiap lokasi ini ada cerita tersendiri. Masjid Qiblatain - satu solat sunat seperti ganjaran membuat 1 umrah. dan hj ibrahim ade cerita pasal cuti musim panas budak2 sane hanya akan bermula minggu depannya, selepas mereka habis peperiksaan. aku sendri dapat tengok depan mata bagaimana tahap kenakalan remaja arab di sana. dan yang pasti, mereka belajar di sekolah yang berasingan. itu je aktiviti untuk hari kedua. selebihnya aktiviti rutin. masjid ni yang menariknya, ada bumbung terbuka. pada waktu tertentu. aku dan mak duduk di saf bawah bumbung terbukak ni, betul2 selepas usai solat sunat, bumbung tu terbukak. untuk pengetahuan, tiap kali sebelum dan selepas masuk waktu solat, pasti ada peniaga yang mencari rezeki, terutamanya yang di jalanan. pada aku, suasana itu nampak meriah di pagi hari. mereka gigih mencari rezeki. 1 part ni, bila polis datang, tengok2 jalan dah lengang. lari elak dari ditangkap. dan akhirnya tibalah hari ketiga. hari terakhir kami di madinah. sebelum meninggalkan bumi madinah, di pagi hari kami bersiap mengemas beg, mandi sunat ihram, membuat perkara2 sunat, ziarah Wida' - mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah, berpakaian ihram. aku, mak ayah menapak dari movenpick ke pintu menuju ke raudhah. sampai saja di sana, kami berdoa. cukuplah dengan doa saja boleh buatkan hati jadi sayu. terasa singkat sangat. 'suatu hari nanti aku pasti akan ke sini lagi' ~ ha, yang lagi satu indahnya, payung2 yang kat halaman masjid tu. kalau tak silap, dalam jam 7 pagi, payung tu akan terbuka bagi melindungi halaman tersebut dari cahaya matahari. sebelum bertolak, sempat lagi aku dan mak cuci2 mata di kedai berdekatan.okeh, untuk ihram, bagi muslimin, hanya berkain ihram, tanpa pakaian berjahit, tak boleh menutup kepala dan beberapa syarat lagi. bagi muslimat, ihramnya adalah bertelekung menutup aurat.


dalam bas, selepas zohor, semua jemaah nampak sangat excited untuk menunaikan umrah. seperti biasa, ustaz salam membimbing kami. di awal perjalanan, doa dibaca. ouh ya, perjalanan dari madinah ke mekah mengambil masa 7 jam kalau xsilap. dalam 2lebih petang kami bertolak untuk perjalanan sejauh 400km. kami perlu berhenti di Bir Ali, miqat untuk kami berniat ihram. dan bagi sesiapa yang belum menunaikan solat sunat ihram, pun boleh ditunaikan di sana. di dalam bas, ustaz salam membimbing untuk baca niat ihram. bermulanya perjalanan, kami turut bertalbiah dan berzikir. sempat lg beliau mengajak kami pandang ke luar, kawasan berbukit bukau dan berpadang pasir yang berada di kiri kanan kami. kembali ke masa silam, bayangkan perjalanan Rasulullah dan para sahabat yang penuh berliku, bahaya dan berhari2. sekarang, kalau kenderaan cam kereta bas, ambil beberapa jam je. kalau dulu, yang ada unta kuda lak, berhari2 pun boleh jadi. di pertengahan perjalanan, hampir pukul 6, kami berhenti di perhentian untuk isi perut. kemudian, perjalanan diteruskan dan seperti biasa, hampir tiba di bumi mekah, kami bangun dan berdoa. beberapa kawasan turut ditunjukkan ustaz. tapi tika tu malam, hampir 10 lebih. disebabkan kami dari pakej yang berbeza, akan ada jemaah yang terpisah kepada 3 hotel. aku mak ayah tinggal di hotel Dar el iman di Al Safwa tower. paling dekat kerana melibatkan kesihatan ayah. yang selebihnya perlu berjalan sikit dari Al hejra dan Hajeeb. kami diberi pembimbing lain, yang bertugas menjaga jemaah di hotel tersebut. razif namanya. beliau tunjukkan tempat makan dan bilik kami.


sesudah usai solat dan kemas diri skit di bilik, kami yang masing2 masih berpakaian ihram menunggu ustaz lain untuk bimbing kami meneruskan ibadah rukun dalam umrah kami. hanya tinggal tawaf, saie, bercukur dan tertib. malam tu, ketika kami melangkah masuk ke dalam Masjidil Haram, mereka sedang bersolat jemaah. sedikit sebanyak melancarkan proses ibadah kami ketika itu. melangkah masuk ke Bab Al King, dari situ aku dah nampak kelambu hitam yang menyelubungi Kaabah. rasa tak sabar. sangat2. letak selipar, dah nampak lagi jelas dah. menapak lagi turun tangga. betul2 depan mata. serius! syukur alhamdulillah. di situ, kami terus baca doa apabila kali pertama melihat kaabah, rumah Allah. then, kami masuk dalam kumpulan jemaah yang sedang tawaf. mata rasa nak melekat je,xnak alih2. jantung ni samada nak berenti berdegup atau nak terus berdegup kencang, tak tau mane satu dah. subhanallah. sampai di garisan yang sebaris Hajar Aswad, kami berniat tawaf umrah 7 kali kerana Allah, kaki kami mula melangkah, bersama jemaah2 asing yang lain. kami berdoa, berzikir sambil memastikan bahu kami di posisi yang betul. air mata, confirm bertakung di mata la. rindu aku selama ni akhirnya membuahkan hasil. aku di sini - saat itu. yang pasti, niat tu jangan pernah berubah. kalau x,xsah. sepanjang 7 pusingan, walaupun ustaz tu bawak laju je kami, tapi laluan kami kira alhamdulillah mudah. ada masanya, memang betul2 dekat ngan kaabah tu.tinggal sedepa, sejengkal je. tamat tawaf, kami menunaikan solat sunat tawaf dan saie pula, bermula di Safa berakhir di Marwa. masih sama, 7 kali. jam dah pukul 11 lebih. tamat saie, kami berdoa dan bercukur di bukit marwa. done 1! ketika tiba di bilik, hampir pukul 12 dan masuk tidur. masa solat masih lagi sama, cuma berbeza beberapa minit.


hari keempat dan kelima, tiada aktiviti secara rombongan berjemaah kerana bagi rehat dan hormati hari jumaat. cerita pasal tempat tinggal ni, bilik masih lagi seperti di madinah, cuma tiada dapur. di tempat makan, kalau diikutkan masing2 hanya dengan individu yang mereka kenal. buat hal sendiri. tapi di situ jugalah kami berjumpa dengan kenalan ayah ~waduh,ni yang haru ni~ ha, kalau nak solat kat masjidil haram ni, lagi la kene datang awal kalau nak dapat saf yang nampak kaabah ni. kalau tak, either naik tingkat atas ataupun berada di tingkat bawah sikit. sini tak sama dengan madinah kerana di sini, tak pernah putus dengan jemaahnya. kalau tengok masa solat jemaah tu, sampai ke perkarangan kaki lima hotel pun penuh tau. tapi yang pasti memang meriah lah dedua tempat ni. tiap kali pergi balik dari situ, mesti ambil air zam zam. masa ni la dapat peluang minum, mandi air zam zam sepuas2nya. memang seronok la. nak buat ibadah, insyaAllah rasa sangat tenang. terasa mengecut lagi diri aku ni bila ada kat sana. masyaAllah..khamis, biasanya pasti ada jemaah yang berpuasa dan memberikan buah tamar dan makanan lain kepada jemaah yang berdekatan. memang untunglah kat situ. sentiasa murah rezeki. di malam harinya, kami rancang untuk tawaf sunat. ustaz salam yang bawa kami. alhamdulillah, memang sentiasa dapat betul2 dekat dan lapang perjalanan la. kalau bersesak skit tu biasa la..aku dapat tengok je bila jemaah sentiasa memenuhi keliling kaabah sambil mengusap2 dan mengucup Hajar Aswad. boleh je nak join, tapi lebih baik bersabar. Hijir Ismail dan Maqam Ibrahim pun memang betul2 kat sebelah je..sepanjang tawaf aku berdoa kepada Allah.biarkan itu..selepas usai tawaf sunat, kami solat sunat di multazam. antara tempat termakbul doa. aku rasa aku sentiasa mampu kawal apa yang ada kat mata aku tu. tapi itu la yang susah. sebabnya, terlalu banyak. di situ jugalah aku dapat buah tangan dari seorang hamba Allah, wanita yang memberi kaum hawa di sekeliling tu dengan tali disertai 7biji batu. yang aku rasa sesuai untuk tunaikan tawaf dan saie. takdir yang menentukan jadi begitu dan aku kira itu pemberian Allah kepada hamba2Nya. - aku pakai di phone - tertarik aku dengan hadiah kecil yang amat besar maknanya buat aku.


hari yang keenam, sabtu sudah. kami bertiga perlu bergerak pagi2 dari hotel kami ke hotel rombongan jemaah yang lain. kami perlu berkumpul di sana untuk ziarah kami pagi tu. perjalanan ke sana sangatlah menarik perhatian aku. burung2 sangat banyak di laluan tu, ada je hamba hamba Allah yang beli dan beri makanan kepada burung2 ni. sangat jinak. kalau dah terbang satu grup tu, boleh nampak depan mata je. rileks je lalu depan2. kalau da terbang atas kepala, dorang xberak atas kita. cuba tengok kawasan masjid pun cukup, burung pun pandai menghormati rumah Allah. sepanjang tu jugs, kedai2 di kiri kanan jalan tak banyak yang bukak, masih pagi. lagi satu, menarik perhatian aku, si anak & bapa yang berihram sedang berjalan pegang tangan, ada yang dukung. mesranya. cukup bertanggungjawab dlam menjaga anak. itu yang aku tafsirkan. sebelum jam 7 pagi kami sudah berada di sana. pada hari tersebut, destinasi kami hanyalah ladang unta dan miqat Hudaibiyah. ketika menunggu, ada sedikit miscommunication dengan jemaah tentang masa yang tepat untuk berkumpul. dan tak semena2, bas yang kami naiki ini disaman oleh polis kerana berada terlalu lama di situ.nak jadi alkisahnya, pemandu bas tu amatlah marah sampai habis ustaz salam 'dibisingi' dalam bahasa arab. tak pepasal kena bayar saman. tapi, mereka lebih tahu selesaikan masalah. katanya, saman di bulan rejab ni lagi mahal dari bulan2 biasa. sebabnya?ntah la..mungkin kerana ramai jemaah yang masuk ke tanah suci tu. selesai kisah tu. kemudian ustaz salam yang berdiam diri akhirnya buka mulut untuk bercerita untuk sepanjang perjalanan. di satu persimpangan, kami diberitahu tentang sebuah rumah yang tidak boleh dirobohkan walau dengan apa cara sekalipun. berkemungkinan ada makhluk lain dah mula tinggal di rumah yang tak berpenghuni tu. buktinya rumah tu masih kekal dan kami lihat dengan mata kami sendiri. sebelum tiba di ladang unta, kami melalui muzium 2masjid* dan kilang kiswah. kali ni kami tak dapat masuk mungkin kerana kerajaan Saudi telah hadkan bilangan jemaah yang boleh menziarahi muzium itu. tapi muzium ni memang menarik kerana memang banyak sejarah dan barang2 yang ada. termasuklah pintu, perigi air zam zam yang digunakan pada waktu dulu. selain tu, ada hospital yang sangat besar di mana, kos rawatan adalah percuma. dan gurauan pak ustaz 'walaupun free, moga2 kita xsakit'. dan satu lg yang menarik, mahkamah saudi* -maaf,ade name nye- di mana, seandainya nak buat derma/ sumbangan/bantuan ke negara2 yang ditimpa bencana, mereka akan berbincang di sana. buat keputusan. ok, beberapa minit sebelum tiba di ladang, beliau bercerita tentang uniknya si unta ini. istimewa. ada kisahnya dalam AQ kn? ladang2 ni terletak di tepi jalan saja. masing2 berkandang la. masa turun tu pun, aku paling malas nak kena serang dengan peniaga2 ni, suruh beli susu unta. ikutkan hati, memang teringin, tapi sekali lagi..masa tak sesuai. aku suka tengok kasih sayang si unta2 ni. tapi kena merentas tahi2 unta ni sket la masa tu.nyway, kali ni xbergambar skali ngan unta cam sebelum ni.~kalau nak naik unta, tunggu sok aja~ kemudian, barulah kami bergerak ke Hudaibiyah. tempat bersejarah. masih ada tinggalannya di sana. ceritanya, mestilah ada kaitan dengan perjanjian tersebut. dan sinilah terletaknya salah satu miqat, tempat untuk berniat ihram untuk menunaikan ibadah umrah. majoriti jemaah buat, kecuali kami bertiga dan pak ustaz. atas sebab kesihatan. rugi rasanya, tapi pasti ada hikmah.


selepas usai asar, kami saja minum2 di safwa tower tu. Felda d'saji, kedai makan yang dibuka warga malaysia. saja2 duk minum teh tarik yang sedap. bagi aku, penyedapnya adalah susu tin Luna.ala2 F&N la. ayah terserempak dengan saudara kami @ sahabat sekolah dia. pakcik ni ngan sorang pak ustaz muda. berboraklah mereka. dan sedang makan roti canai ni, pakcik ni kata la tadi ada sorang pelakon ni. 'ala..yang berlakon cite Nur Kasih tu'. aku pun toleh depan sket. ouh, dia ni. pakcik tu dok tanya kat aku nama laki ni. punyela penat dok perah otak. brape minit kemudian, barulah aku teringat nama dia. Ashraf Muslim. artis faveret wanita. except aku. haha..rupanya pakcik tu dah bergambar masa order roti canai.


hari ahad plak, sesi ziarah yang kedua. disebabkan tak mahu perkara sama berlaku, set masa bebetul, jam 7 pagi. kami bertiga seperti biasa sampai sebelum tu. sesi kali ni kami akan pergi ke Jabal Nur, Jabal Tsur, Jabal Rahmah, Mina, Muzdalifah, Arafah. di jabal2 @ bukit2 selain jabal rahmah, kami hanya singgah 5 minit. tempat tu jauh, tapi sekarang sudah disediakan tangga untuk naik ke sana. kami ke jabal rahmah. kesian mak aku. aku nak naik atas, dia ikut. dari bas ke kawasan tersebut, memang banyak unta. unta2 dihias macam pengantin, lawa2 tpi aku tak suka mulut dorang ditutup. walau aku tau ada sebabnya. tiap kawasan anak tangga, warga kurang upaya pelbagai rupa sentiasa menyebut 'fisabilillah!' meminta sedekah, dan pelbagai jualan oleh para peniaga. hinggalah ke atas bukit. paling kena bersabar, cameramen..ramai..sedikit memaksa bergambar untuk mencari rezeki halal. beberapa jemaah panjat tangga dengan gigih, ada yang guna jalan adventure - panjat batu - berdoa, bergamabar.itu normal di atas sana. lupa, sebelum naik, ada speaker memberitahu bahawa dilarang untuk menulis nama dekat tiang atas tu. aku tengok, sampai naik hitam dah. sebabnya?...di sini aku tengok beberapa jemaah lelaki rombongan aku khusyuk berdoa. bermacam doa. hanya Allah yang tahu. kemudian, sepanjang perjalanan, kami dapat lihat pembinaan metro mekah, pengangkutan yang akan digunakan untuk jemaah haji. dengar khabar, staff ktmb malaysia dipanggil untuk projek ini. tahniah. sebenarnya saudi banyak memberi kepercayaan kepada warga malaysia ni. termasuklah menara jam besar yang boleh dilihat dari jauh tu. dan memang benar, aku boleh nampak ia dari area mina muzdalifah tu. kawasan jamrah semakin besar dan bertingkat, demi memberi kemudahan jemaah haji. bagi jemaah muassim -muassasah malaysia-, mereka tinggal di sebalik lorong. perlu berjalan sedikit jauh untuk tiba di kawasan jamrah. aha, di situ ada satu masjid, Masjid Jamrah. kalau masa haji, tempat tu takda dalam kawasan haji. luar sempadan. kalau berada kat situ, haji tak kira sah. kami berniat di miqat dan kami balik dan terus menunaikan ibadah umrah yang lain seperti biasa. pukul 11 pagi di mekah. berbeza sedikit. usai tawaf, saie dan cukur, sudahpun azan zohor. dan kami terus bersolat berjemaah dari bukit Marwa.


ada satu masa, aku puas dapat lepaskan apa yang terbuku, sampaikan bacaan aku pun tersangkut2 dibuatnya. abaikan..aku merasa berada di saf tingkat bawah, atas dan tingkat biasa orang keluar masuk. dari atas sebenarnya lagi terasa indah tengok kaabah. pemandangan dari atas pun menarik. syahdu. pernah la aku dok masuk area wheelchair tawaf, dapat tengok dekat dari atas kan, dah hujung2 pakguard halau sebab ade wheelchair lalu. kalau ikut style pak arab ni, dah kene halau, lepas tu datang balik. ada sekali, aku balik ke bilik sekejap antara maghrib dan isyak, aku nampak orang mengusung jenazah masuk ke masjid untuk disolatkan selepas solat fardhu. sebenarnya perkara ini adalah biasa. selepas solat fardhu pasti akan ada solat jenazah. kadangkala 4 - 5 jenazah sekali solat. ramai yang solatkan untuk mereka. di masjidil haram dan madinah lagi. ketika dalam saf, sementara menunggu isyak juga, seorang kenalan brunei yang duduk sebelah aku menegur aku. berborak sket dan dia minta fb n no phone. aku yang dah lama tak selalu ngadap phone sampai lost memory jap no phone sendiri. aku suruh otak bekerja dan yes,walaupun tak brapa pasti, aku bjaya ingat balik. :) dalam solat, kekadang akan duduk di sebelah ibu mempunyai anak2 kecil. pelbagai cara dorang ni nak control anak2. lebih2 lagi bile sume orang da start solat. tapi kalau da nangis juga, takleh nak buat apa tau. mereka lebih tau. ada juga makcik2 dari negara asing yang ajak berborak, sikit2 boleh la. masa tu aku dah jumpa inai dan pakai, ada makcik ni tanya aku dah kawin ke? keletah jemaah dalam satu tempat. ustaz salam ada cakap pasal rumah Saidina Abu Bakar dan Rasulullah. saidina abu bakar punya tapak rumah adalah area hilton dan kfc tu, Rasulullah plak antara bukit Safa dan Marwa. sayang sebab dorang tak rezab or lindungi rumah2 ni kan.


di tempat makan hotel lak, ada jugaklah nampak satu famili ni yang sangatla familiar mukanya. sampai la ni, aku tak dapat fikir mana aku nmpak dia.tapi serius aku rasa dia golongan korporat. tapi isteri dia ramah la jugak. ha..ni lagi satu keluarga penyayang yang menarik.ramai sangat anak2 dia. meriah. aku pun suka. yang si kecik pun comel je. keluarga bahagia islamik la pada aku. jeles sebenarnya. si anak lelaki suka bagi teka teki, tapi yang aku ingat sampai la ni beserta jawapan adalah : antara menara klcc, menara kl dan menara masjid, mana paling tinggi? ~pkir2 siap reason r~ dan ini, satu cerita. anggaplah sebagai pengajaran. tentang 1 famili, elok je dorang borak2. aku pun tercuri dengar sebab kuat sangat dorang cerita.' dok cakap pasai apa la imam ni baca ayat panjang2, baca surah2 lazim cukup la. dah la tak paham.' cukupla darah ni menyirap, rasa nak tengok je wajah pujaan tu. tapi aku kawal diri. buat teman2, ayat AQ tu dibaca dialunkan untuk kita umat islam ni hayati dan fahami. kalau boleh diamalkan, lagi bagus. tu suma ayat Allah yang suci. kita perlu belajar. harap kita sama2 ambil iktibar. doakan mereka paham.


yang lain, seperti biasa la aku dan mak p dok cuci2 mata sambil shopping sket buah tangan untuk orang kat malaysia nun..tinggal beberapa hari lagi untuk balik, jadi kami buat ibadah umrah buat kali terakhir. kali ni hanya miqat di Tan'em. miqat yang terdekat. hanya bertiga. dan kami perlu bijak memilih kenderaan. teksi yang biasa cas penumpang 30 riyal. yang selebihnya 80 - 100 riyal. di tan'em pun sentiasa ada jemaah yang bermiqat. segalanya seperti biasa. jangan lupa tentang air zam zam. sentiasa mengambilnya untuk diminum di bilik dan ketika menunggu masuk waktu solat. pernah kami melalui kawasan pak imam baca khutbah. tapi masa tak digunakanlah. 10 hari di mekah, sebenarnya sesiapa yang pergi sana pasti akan akui tempoh tu sangat pendek. tak puas. rasa nak berlama je. tapi aku kena sedar. tempoh tu hampir tiba.


sehari sebelum pulang, mak aku mula rasa kurang sihat. petangnya kami pergi ke poliklinik asia dibawa oleh pak ustaz. aku menjadi translator antara mak dan doktor arab tu. tengah malam tu, batuk mak aku sangatlah tak boleh berenti, badan pun panas. aku tengok bekalan air zam zam pun abis, terus aku pergi ambil. bersyukur sangat masjid dekat dengan hotel. pada mulanya, aku berniat nak ambil air kat luar je. rupanya yang luar ditutup. terus masuk ke dalam. tengah2 isi, ada budak kecik ni pandang2, macam mintak tolong dia penuhkan botol air besar dia. sampai kena halau ke sinki belakang jugak la. then, lepas penuh, dia terus hilang. subhanallah..alhamdulillah, selepas beberapa ketika mak aku dah ok sikit. paginya, usai subuh, masing2 dah bersiap untuk buat tawaf wida'..selamat tinggal. pandangan sayu mengharap untuk sampai lagi ke sana. insyaAllah, jika Allah izinkan. masa tu aku dah berjubah..masa aku ambil gambar sekitar masjid, ada sekumpulan mak arab berpurdah tanya aku something. ape lagi, aku blur dan geleng untuk tiap apa yang dia kata. kemudian ada plak mak arab yang tengok kelakuan kami, terus bertanya 'isy fi?' alamak, aku tau tpi aku taktau nak reply ape. last2 geleng je la sampai dia pun pergi. kami berkemas. hm..ustaz kata, kalau dah buat tawaf wida', xle tidur..sampai kluar sempadan tanah haram. masa tu kul 7 pagi. kami kena keluar awal sebab haritu hari jumaat. kenderaan akan ditahan masuk dari perkarangan masjid tu. aku bertiga dengan bantuan pak ustaz naik teksi bawak bagasi ke hotel rombongan jemaah di al hijra. sampai masa, 8 pagi ++, kami meninggalkan mekah al mukarramah. kami melalui masjid qisas, masjid untuk dijalankan hukuman bagi yang bersalah. tu ada yang kata dapat tengok pesalah kena pancung, potong tangan tu. kami singgah di 1 hotel untuk makan2 dan rehat hinggalah usai zohor. dan naik bas sampai ke masjid terapung @ rahmah. hal ini kerana, ada seorang wanita bernama rahmah yang memberikan dana untuk membina masjid tersebut dan terus hilang. di situ aku mula rapat sikit dengan jemaah satu bas ngan aku. main air laut merah yang seberangnya adalah mesir. tempat yang aku ingin pergi juga suatu hari nanti. ayah pun mula berjangkit xsihat. spanjang jalan aku dapat lihat artifak2 yang besar dipamerkan sepanjang jalan menuju ke jeddah. ada juga cam taman tema air o tempat makan di mana, boleh ditempah untuk majlis kawin. tapi siyes nampak mahalnya. kami tiba di lapangan terbang jeddah dlam jam 4 lebih. nak check in bagasi sekali lagi memerlukan skill. dah masuk ke dalam, tau2 kami punya flight delay. tengah malam ke pukul 1 pagi. hu, berkali kali aku ulang alik masuk kedai duty free tu. kejap2 cari ubat, pastu makanan, dan kegilaan aku..buku. sampai tertidur bangun balik brape kali la jugak. bile da tibe saatnya, masing2 bersedia untuk bergerak. tiket tunjuk kami bertiga dok berpecah, aku pun duk tengah je..last2 dapat duk skali.hm... dan alhamdulillah flight kami tiba dalam pukul 2 lebih petang dalam keadaan selamat. sesi menunggu beg selesai. disebabkan pakcik aku ada situ, dia n da geng rela pegi tunggu air zam zam yang memang last skali la baru naik. syukran pakcik! :)


setibanya di rumah, dah jam 6 lebih petang. masa tu direct buat kenduri kesyukuran n cukur jambul si kakak. ada marhaban. masa nak hujung2, ade kenalan ayah bawa kelab basikal dok minum2 kat uma aku malam tu. yang pasti aku pulak cari tidur lena malam tu.


moga Allah memberkahi perjalanan dan ibadah kami serta moga kami boleh kembali ke sana dengan izinNya sekeluarga, insyaAllah.


-tamat-