Isnin, 1 September 2014

Nota Seorang Perindu

Si Perindu
Bukanlah sang perindu tegar
Diri masih mengejar dunia
Diri masih gemar rencah alam
Walau hakikatnya sang sunyi bertamu di sudut hati
Beza rasanya...

Si Perindu,
Kala bersendiri
Mencari punca sang sunyi hadir
Lantas hampir rasa berputus asa
Sedangkan realitinya
Terdampar jawapan nyata di satu sudut
Nun di sana...

Si Perindu
Akhirnya diam membantu
Kembali refleksi diri
Mencari kitab penenang jiwa
Merangkak meniti setiap bait nan indah
Menyusun jari menutup mata
Memohon pada Ilahi
Meraut wajah yang hampir keruh
Menzahirkan sang hati yang makin gelita...

Si Perindu
Hayati tiap langkah yang berlalu
Yang bengkok mahupun yang lurus
Yang indah mahupun yang perit
Pastinya yang mekar tika di taman Syurga
Mahunya jiwa sentiasa ke sana
Mahunya langkah kekal terurus
Tika berperang dengan diri sendiri
Terasa rindu bersama Ilahi kembali bertaut
Moga tertautnya ia kekal abadi...

Si Perindu kecil.