Sabtu, 30 Ogos 2014

Realiti mengejar mimpi...

Kehidupan realiti. Sentiasa berperang strategi dengan masa. Mengejar kerja. Berhadapan dengan manusia. Tangan dan kaki digunakan sepenuhnya. Akal fikiran, sudah tak tahu mana yang mahu didahulukan. Aku lari. Memenatkan diri dengan sukan. Melapangkan diri dengan minat baru. Bukan bermakna sehingga lupa diri mensyukuri nikmat dari Ilahi. 

Fikiran kerap menerawang jauh. Bagaimana misi ini boleh diselesaikan dengan baik satu persatu. Mencari satu demi satu solusi. Selagi termampu dek akal fikiran. 

Akhirnya, realiti itu ingin masuk ke alam maya. Meneroka fikiran ketika aku di alam mimpi. Jadilah ia kisah yang memenatkan. 

Di alam mimpi, aku ditekan dengan pelbagai kisah dari setiap sudut. Kisah cinta yang aku tak faham kewujudannya, kisah kerja yang bertimbun, kisah ukhwahfillah yang diuji hebat. Subhanallah! Sungguh di alam nyata sendiri aku tidak tertanggung. Inikan di alam mimpi yang aku rasakan lebih berat. Sehingga aku tersedar sendu aku bukan hanya di alam mimpi. Ia terzahir nyata ketika aku terjaga dari lena. Depresi yang aku rasai terasa berat di pundak hati.

Aku cuba cari kekuatan. Aku cuba mencari diri. Supaya aku tidak kembali hanyut dengan depresi itu. Aku tak tahan. Tapi aku tak boleh lari dari tanggungjawab. Aku tak boleh tinggalkan medan jihad aku. Dengan cara tersendiri aku perlu pantas bangkit dan mencampak sang depresi dari terus menerus menyakiti aku. 

Ya Allah, hambaMu si lemah ini sangat memerlukan kekuatan dariMu Ya Rabbi. 

Mohonku dari si kecil di alam realiti. 

1419~310814