Selasa, 24 April 2012

ehem..nama saya kan..

assalam

nama saya: A.
awak boleh panggil saya: A.

okay la, al kisahnya kat sini..berbalik pada nama aku yang aku rasa cam sikit je kat dunia ni. setakat pernah nampak 2 -3 orang je ada nama ni.. *kot la..xsempat nak usya kat jabatan pendaftaran negara*

ok la, nyway..disebabkan nama aku ni agak2 cam susah nak jumpa. jadi pelbagai cerita la yang keluar. dari nama aku ni, memacam la orang doq create nama pendek aku..antaranya adalah seperti berikut: *ceh..melampau je..*
-nama penuh aku
-az
-azni
-niza
-ija
-za
-iza
-as
-my name w/o h.
ehem..ni da kira tahap normal la kot..then, my bff create nama aku lain dr yang lain skit..
-niez.
nama yang aku sangat suka gunakan untuk diri aku..utk communicate dgn dri aku..
then, ada org doq bagi nama aniz, anis..hm..asal name aku ni pendek je..tapi kalau bab nak modified..haih la..memacam. sampai yang xde kena mengena pun boleh.. tapi aku paham bab ni..nama susah nak ingat sikit..

teringat masa last training haritu..alkisahnya aku ni dah lama la tak pegi training..*ehem,ade sebab okei* tengah dok pandang orang kiri kanan.. tibe2 dengar sir sebut nama penuh aku. rupanya sir tengah dok tanya kat member aku, sapa nama aku.. haih la..susah eh nama saya? sorry la ye..
bercerita tentang nama ni sebenarnya aku nak khabarkan tentang..nama ni penting untuk seseorang. andai hidupnya sukar diingati, matinya jugak orang akan terus melupakan tentang dia..aku tak berapa tahu pasal ni..jadi manusia, kenala sentiasa berbuat baik..mungkin dengan cara itu, orang mampu ingat siapa kita..

#haih la..sesi mengarut tul aku ni..

adios amigos, me..niez

Isnin, 23 April 2012

~ 100 hari tanda kematian ~

Assalam.

hati tiba tiba la ni teringin lak nak pos informasi tentang ni.. mungkin ada hamba Allah yang masih tak tahu. kalau yang dah tau, tak salah pun nak baca lagi. jadinya, aku doq letak kat sini sebagai salah satu perkongsian. untuk mencapai keinsafan diri. ye la, manusia..kadang2 terleka sampai tak tahu yang sebenar benarnya sok lusa nyawa dia bakal dicabut. dengan cara yang macamana? aku pun tak tau. tu suma keja Allah. at least, lelepas ni..makin bertambah umat manusia yang akan ingat tahap mana dah amalan kebaikan dia. aku ni pun sama ja..tak baik mana kan.. sebelum mati huhahuha..dalam kubur nanti doq nangis, kena seksa. sapa nak tolong dah..amalan sendiri tak banyak mana la plak.. azab kubur satu cerita. azab neraka lagi la satu hal.

1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3. Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

4. Tanda 3 hari

Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5. Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu ‘Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.

6. Tanda akhir

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Penutup

Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahu a’lam…

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya

“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.

Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati sebagaimana firman Allah SWT

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, ”

(Al-Imran :185)

Jadi bermula hari ini gunakanlah peluang yang berbaki untuk beramal soleh, berazamlah serta panjatkan doa agar kita mati dalam keadaan Husnul khatimah –

seelok-elok Kesudahan/kematian” dan mohon juga dari Allah dijauhkan kesudahan yang tidak baik.

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 (ziarah Izrail) = 20.571 minit.

Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit, Subhanallah.. Allahu Akbar.

Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita dikembalikan..

#ni pun aku doq cari dari site orang lain.

harap dapat jadikan pengajaran.. dan manusia, bersama samalah kita mencari redha Allah. yang mana salah, sama sama kita betulkan. yang baik, sama sama kita kongsikan. yang terbuka sama sama ditutupkan, yang tertutup, sama sama dikemaskan.

harap maaf ya sahabat andai ada silap dan salah.

ni link utk movie yg ak pernah tgk..

http://www.youtube.com/watch?v=BehjHZqKnM8

seikhlas hati, niez

Ahad, 15 April 2012

nukilan hati

nak tahu bila hati dan perasaan mula berbicara ?
bila dirinya bersendirian.

mencari cari Tuhan di dalam diri
untuk meluahkan apa yang dirasa
untuk menceritakan penyesalan
untuk mencuci kekotoran hati


bila sang manusia mula berbicara
mula berfalsafah
saat itu, pasti ada sesuatu yang terpendam di hatinya
ada perkara yang berputar ligat di fikirannya
atau mungkin di hatinya terletak di suatu sudut yang jauh
suatu kerisauan yang tidak mampu ditafsirkan
orang berkata dia gila
ada juga menggelarnya lemah
tapi sebenarnya bukan begitu
dia bukan sebegitu

mencari seseorang yang benar benar memahami diri
bukan suatu yang mudah
tatkala dirinya diberikan sebagai pinjaman
sebentar cuma.
di saat itu, rasa kehilangan
dan mula berdoa
dan meminta berkali kali
agar dia hadir sekali lagi
untuk berada di sisi sebagai seorang yang amat mengerti dirinya.

begitulah manusia,
berkali kali mencari kekuatan
meminjam dari Yang Maha Esa
agar diri tidak akan jatuh dan lemah sekali lagi.

ps: aku mungkin nampak begini dan begitu di mata kalian. tetapi aku tiada kekuatan untuk segalanya. aku hanya aku. yang sentiasa memerlukan. itu yang aku rasa.

nukilan hamba: saya_az

Sabtu, 14 April 2012

PurpleAndWhite

Assalam...

okay, i'm swear this will be my last post on this day. haha... saja nak main rajin2 nak menaip ni. *motiff!!* haih.... ~_~

seminggu sebelum event:
hm..jejalan dan terserempak dengan poster yang tulis tentang.. majlis penganugerahan...
menarik2..nak pegi!! *mood exciting* dan terus rasa nak pergi ke tempat nak sahkan kehadiran. sekali tengok, xda orang. okay, chill2...

beberapa hari kemudian,
'ouh..there they are! let's go!!'
pheww...lega...
yeay!! dapat p :)

aim: balik ke rumah dan dapatkan baju!
result: done.

  • on that day:
  • hah! xbape sesuai lak kaler..tudung..?tudung..? camna ni...
  • aha! blink2 idea datang ~~~
  • di kelas Cisco : "mak...xde tudung.nak cari lepas ni..jum2!!"
  • petang, di pkns lak..hm.. 'beli yang ni...yang ni..'
  • okay, take it!


malamnya, aku menumpang mia ke majlis tersebut di datc. gumbira di hati sebab pertama kali dapat 'moment' ni.
'kat sini saya nak ucapkan timakasih bebanyak kat suma...'
okay2, cut it out. hee...
ramai yang cantik malam tu..mane taknya, kaler purple putih tu kan nampak cute.
so, berkumpul la di situ bersama 14 orang yang lain yang sama course. bergambar la ape la..
meja lak paling belakang, dekat dengan makanan..pergh, perut dah berbunyi2..bila ucapan dah nak tamat, memasing dah mula buat lawak nak bukak kasut, tarik meja main lari2 kejar2 nak ke buffet.macam2...dengan encik jamil lagi la..

menu malam itu:
-nasi hujan panas
-ayam masak kari
-sayur
-telur rebus masak sambal
-buah2an

dah abis makan, kami mula la kene aware untuk nak beratur amik penghargaan kt ats. macam pre-grad je gamaknya..hee..nama disebut, naik dengan rasa nervous-system-break-down. ceih, sukati je ayat aku ni.. amik plag then turun amik sijil..bestnyee...
abis tu, still amik gambar. kat situ jugak la jumpa dengan mas, syatun, zakwan..n kawan2 lain..mane2 dak junior yg knal pn ade...majlis abis dalam kul 11 malam. okay la tu..
walaupun saya xberapa nak ikut tema purple n white, tapi saya sangat gumbira. :))

thnx n sorry to everyone yg sntiasa ada utk sy di saat2 ni.
ps: tukang besarkn mata sy yg kecik: ashi
tukang pin tudung sy: tasya
tukang cri tudung bersama: mak @ bain, paie, ain n riz

sincerely,
me

Bersakan BBQ

assalam.

hoyei hoyei, cuti datang lagi. di pertengahan minggu lagi. apa citer? nak dijadikan cerita, di suatu hujung minggu, adalah si sahabat ni text dan mengatakan,
' jom plan p melaka cuti rabu ni! '
dalam hati,
' wah..ini tawaran menarik lagi istimewa!! yippie!!! '

nak dijadikan cerita, aku dan partner mula la pencarian lokasi, survey itu dan ini. tetapi dari segi persetujuan untuk ke sana, tidak la cukup. nak dijadikan cerita, bila saat dan ketika mula menghampiri rabu.. keputusan terakhir mula dicapai. kes dah dapat kata putus la.
' okay, let's make a BBQ. '
di malam rabu, kami ni *termasukla aku yang sakit buat2 sihat* pegi ke Tesco beli segala alatan, barang, bahan etc untuk persediaan BBQ. totally almost in the budget. that's great. okay, then anta barang yang patut ke rumah tukang perap ayam. *fuyoo...2tingkat gitu.* abis dah tu, kami p la makan2 kat sambal belacan. menariknya sebab minum air cam minum sup. pinggan lak sebesar meja kalau boleh. dah tu, lepakss sikit kat hai-la-m. setakat layan borak skit..


pada hari kejadian *ceih, cam buat ayat laporan skema je..*
pepagi lagi da bangun sebab ade je la barang yang perlu dibeli. tengahri selepas zohor, kami mula bergerak. lokasi? sudah semestinya tasik. kat seksyen 2 pada mulanya. dan pelbagai kejadian yang brlaku. not bad. memasing datang with their own style. stylish2..hehe..yang best sebab ada belon warna warni yang ada gas helium dalam tu. *len kali try letak nitrogen ke Co2 ke lak.haha* yang bergambar, bergambatr sakan la. yang dok membakar, membakar sakan. memacam..sampai la satu saat dan ketika..jeng jeng jeng...
" encik, dari mana ya?"
"dari sini jugak"
"encik ada buat surat ke untuk wat BBQ kat sini?"
hm...geleng geleng kepala...
"encik, maaf ya..kat sini takle nak bakar2...asap2 ni suma..kalau nak buat, buat kat s7, kami da siapkn tempat. kami harap encik dapat padamkan api skrang...nnt org lain pn ikut nk buat..."
'baik encik...timakasih...'
haih la..dari situ kami stopkan 'pembakaran terbuka' kami yang agak pecah rekod *hahaha* dan mulakan makan2 dengan hidangan yang ada...antaranya:
  • -nasi goreng
  • -nugget
  • -mihun goreng
  • -red velvet mak buat.sedap2...
  • -karipap
  • -ayam/hotdog mane2 yg sempat masak...
  • -jajan jajan

dah makan skit, kami mula buat operasi pindah tempat ke s7 punya tasik. apalagi, dengan sedikit bahang *cuaca 11/4* abiskan masa di situ sambil2 mengambik gambar sakan...
last2 plan nak wat ala2 'running man' xde la seberapa menjadi. just handle on part pecahkan belon n see what they have to do. ngan teka orang based on their personalities. xbape nak menjadi sebab sepatutnya benda tu sorang pilih sorang jawab. last2, sume sakan jawab. okay la tu..haha

majlis tamat dengan sesi 'photoshoot' oleh model sambilan yang amatur. ngahaha...tapi apa pun, kami tetap sangat enjoy dengan event of the sem ni.he...

thnx to: all members *yg bkait atau pun x* n photographer.

~niez~

Khamis, 12 April 2012

Netrider 2012

assalam

sabtu lepas, hati dengan rasa girang mau kembali ke melaka dengan bas uni. sekali bas hijau yang bawak. pergi dengan tujuan untuk bertanding di uni sana. wakil uni untuk cisco netrider 2012. semalam untuk membaca hampir 4 buku tebal biru tu. haih la, tak pernah terjangka langsung. haha..bas hijau tiba lewat, jadi ada kebarangkalian untuk tak lepas nak join competition besar tu. orang dalam bas dah dok tanya,


'water world arah mana?'
'ada diskaun x?'
'apa best jalan2 kat melaka?'
'kalau tak pun, g uma az je la..makan2'
yang aku lak bagi jawapan
'jom! jom! jom!'
aku memang sangat suka kalau dapat part kawan2 datang rumah ni..teringin sangat ajak dorang ke rumah..ok, ni dah terpesong ke cerita lain plak..

bersambung kembali pada topik asal, sesampai di sana, rupa2nya masih lagi pintu rezeki tu terbuka untuk join in. sedikit masalah timbul tetapi tetap berjaya diselesaikan. setiap pasangan dibahagikan kepada setiap satu lab yang ada kat uni ni. dan dikira merangkap fakulti dia..masuk2, dengan gelabahnya..masih belum mula. syukur syukur.. xsampai berapa minit, penyelaras tu da dok bagi kata kata aluan *psst...tu namanya suh start la..* bagi arahan bukak website, login, password...

bermula la sesi pertama, dengan jawab soalan teori yang berkaitan dari ccna 1 sampai la 4. *but mostly came from ccna 1 and 2* kuantiti soalan = 100 soalan dalam masa 60 minit. tu boleh diterima lagi. tapi tengok jenis soalan yang dibuat, camana dalam 100 soalan tu macam2 sub lagi dia letak.tapi tiap 1, still dengan markah = 1. huih..berpeluh nak bertekak, berbincang, menconteng conteng, nak penuhkan ruang jawapan dengan memerah otak yang dah serabut sakan tu.. haih la, leh la siap..markah direct dapat kot..

breaks for 5-10 minutes.

sesi ke dua, buat la packet tracer tu.masyaallah, soalan..memang la aku ni dah paham dah cara nak buat packet tracer..tapi memang susah la..tahap gaban sebab aku taktau mana nak mula, mana nak troubleshoot, mana nak config.. siap dengan 20 soalan yang perlu dijawab lagi..sungguh la..ashi pun kene bersabar dengan aku kot..

dalam masa yang sama, aku dapat berita kematian. arwah nenek sedara. maaf, tak sempat nak ziarah selalu..terkilan buat kali kedua. aku tunggu dan, tak berangkat jugak telefon. last2 abang n akak jugak yang terpaksa tunggu amik aku. maaf2.. dengan nak tunggu event tu abis..
uitm perlis berjaya gondol untuk peringkat dipl. dari level lecturer - student..majoriti TAR yang kumpul..chinese.. all chinese.. how cool they are. teringat pemenang sebelum tu pun from TAR..tapi nak menang punya pasal, student engineering ni sanggup skip kelassss sampai cgpa drop abis..berbaloi sebab pegi ke San Fransisco - HQ Cisco.n hadiah duit beserta piala dan barangan Apple.

rezeki2..bergolek2 kat orang yang sentiasa berusaha.

ok la, sambil tu..kitorang ni dapat la jugak barang2 cisco ni..kat bawah ni adalah part of them. *sijil belum lagi dituntut*

ok , sekira ada pertambahan maklumat dan cerita..mungkin akan diubah.
NPC# copy running-config startup-config
NPC# no shutdown

NPC#conf t
NPC(config)#banner motd ^ seikhlas hati, niez^

Ahad, 1 April 2012

~P.W.S~



i'm so sorry
sometimes i made myself just like a kid

to get some/more care and attention from you.
but do no need to worry
i'm still strong


as long as your spirit, your memory are with me
and it can be more than enough

thank you thank you and thank you!
:)

ps: penjaga welfare saya ya! ;)