Rabu, 26 Januari 2011

Today!

Assalam
Bak kata ustazah, pembuka bicara ringkas yang baik biarlah bermula dengan assalam.
- ok, just selingin sedikit tadi tu.
harini yerk..hm..ape yang berlaku harini? ada satu peristiwa yang aku buat2 lupa ke? hehe..
nope, sekarang dah takkan lupa kot. sebab harini ulangtahun kelahiran yang ke 21 tahun buat kawan aku, classmate lagi - Ridzuan Razali. =) gongxi! gongxi! gongxi facai! *harap Riz paham.hehe...
sekejap je kan masa berlalu dan umur pun makin lama meningkat setahun lagi. Aku doakan agar Riz sentiasa je gumbira gumbiri *ade ke??* , terjaga iman,akal dan segalanya serta sukses2 je dalam hidup. But, be more matured guy *ops, sory riz..mungkin sepatutnya aku cakap benda ni kat diri sendiri sekali.* =)
selepas menunggu selama hampir setengah jam di dewan sejuk di pagi hari, kami terus keluar. dan rancangan mereka pagi2 ni, pergi ke kedai Izzah *aku nampak tulis Nur Qaseh je tadi.hehe..* breakFAST lah, ape lagi.
- blablabla..etc...tengok HBO-makan roti telur-teh tarik-sosej-borak2 sket...etc..blablabla - :D
ouh,lpe sket..3kereta -credit to Riz*Ilyas*Pjax*Azfar-dan incik2 motor.
masa nak kluar kereta dari parking- terjadi peristiwa kemalangan sedikit,Allah takdirkan plak sesma sendri. *Ilyas, be careful lagi yek pasni :) *
-------------------------------------------------------------------------------------------------
di pagi hari plak macam2 cerita ada. thanks to paie, pendengar yang setia. cerita telah disediakn di sana. pergh, masih lagi rase weird. malam ni lagi...aiyak, what will happen to me? : confusing myself. xpe2, gunekan pinjaman semangat Allah. :)
okeh,lepas2 ni nak ngadap badminton, cuti*cuti lah sangat* , projek2, etc.....
sorry can't join any event. ada hikmah kot. sorry for being too mOody ngan orang tertentu jugak.*saya ade reason*
k,c ya..
-me- :)

Isnin, 24 Januari 2011

mana ? mana ?


as salam.
kat mana ek yang terasa macam tu? nak kena cek doktor ke? tabib ? bomoh? ustaz ? hahaha... nak kene buat 'pengimejan' ke? bius ? bedah ? haisy...macam macam tul.
saya taktau kalau kalaulah saya ni masuk tahun ni je merata injured, sampai boleh bagi impak ke satu pusat. tapi itu la yang saya rasa.


emo la saya ni ~~

Jumaat, 21 Januari 2011

Going Out with My Classmatessss!!

Location : Pantai Tanjung Biru * dekat dengan Pantai Tanjung Tuan , - of course Port Dickson
Date/ Day : 20-01-2011 * Khamis_Thaipusam Day. =)
Bilangan : 25 orang - kereta* of course 5 bijik.
Perjalanan aktiviti sebenarnya bermula dari rabu petang -aktiviti membeli belah barangan yang penting untuk khamis. pergi ke tesco shah alam dengan 2 kereta. barang 'muat2' je dalam kereta. *duh, kepenatan tapi masih enjoy. tak sabar menunggu keesokan hari! **sebenarnya dalam keadaan tak sedar diri kaki sakit. haha..
kemas barang,tidur awal.ZzzZZzzzZZZZzz~~~
Seawal 4 pagi, tasya kejutkan saya dengan ketukan pintu. *hehe. rasa macam liat nak bangun, tapi tetap kena bersiap. hampir pukul 5 pagi, bergerak menuju ke arah kereta kelisa. ditanya encik pengawal, kami jawab mahu balik. *zunnur akan diambil sedikit lewat =)
bergerak menuju rumah jas dan membuat persediaan makanan. sandwich dan mihun goreng~~ sambil menyelam minum air la kan, rasa2 sket... ~_~
solat subuh, kejut kawan lelaki dan menunggu ketibaan mereka.
bersarapan di khalifah. bergerak menuju ke destinasi!!
terus sediakan tempat, BBQ bermula *tak jadi ice breaking-truth or dare-hehe..
cubaan demi cubaan untuk memasakkan cik ayam 5 ekor.. kemudian, pergi solat zohor, menukar pakaian, sampai di sana, makan dan MANDI!!!!!
yes, laut menanti ketibaan kami - kami boleh pergi sampai ke tengah disebabkan air belum pasang lagi. macam2 kat tengah laut tu, nak terapung la, nak naik banana la, main bola, tangkap gambar, baling2 lumut..semua ada..hehe...
*Peristiwa di Banana tu paling enjoy, macam2 berlaku. Seronok!
Selepas beberapa jam berendam dalam air dengan macam2 aksi, sesi mengeringkan badan di tepi pantai- kalau ada yang nak sambung makan,makanlah jugak..
Main freesbies la,ting2 separuh jalan la..
Dalam pukul 5 petang,beransur2 bertukar pakaian dan bersedia untuk balik.
*Lupa plak, thanks to mak tasya sebab sediakan air masak.. pergi dan balik kami ke rumah tasya.
Pukul 6 lebih petang, mula bergerak mencari masjid. Makan2 dan balik. Tiba sedikit lewat dari jangkaan, janji selamat.
End of the report =)

Wii!


As salam.
Saya sangat teruja dapat tulis di blog ini.
Tapi saya teruja lebih lebih menulis di suatu tempat yang lain.
*ooppss...maaf, salah. =)

tapi,yang penting di sini, saya nak kongsikan satu lirik. sangat menarik untuk dibaca, sangat lunak untuk dijadikan halwa telinga. tetapi, tiada maksud tersirat dari saya. cuma dari lirik ni saja. =)




Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Jumaat, 7 Januari 2011

-hindari promosi dosa-

Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solatmenjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pulaakan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpasinar.

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jikadosa yang memenuhi buku catatan amalan?

Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajah kepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agarkita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan.

FILEM, DRAMA DAN DOSA
Perlu kita semua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa.Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudahdiperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya.
Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.

Sudahmenjadi norma hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggi manapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya.
Diketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box office' karya Hollywood juga adalah karya hedonimse Barat dan Yahudi Zionis. Itu juga sepatutnya diboikot.

Namun,desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihatkisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampur baur adegan dosa ( berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.
DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA
Benar, secaraumumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabis.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.
Bilakahitu?
Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, dramaTV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.
Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkanaurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.
Mungkin terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti Kung Fu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah,Akademi al-Quran dan sebagainya.
Memaparkan minat kita rancanganTV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti ‘Desparate Housewives', ‘Friends', ‘Pretty Women', ‘Notting Hill', ‘Kuch Kuch Hota Hai', ‘HEROES' dan jutaan lagi filem sepertinya.
Walaupunseseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkanbanyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehinggaterjebak dalam dosa sebegitu.
Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figure atau artis (khususnya di facebook).
Sayabimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forumakan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.
Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingindikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like' itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh pengajaran tetapi masih dilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihi dan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar danditonjolkan dalam senarai drama diminati. Dengan niat agar orang lain turutmendapat pengajarannya.
Selainberkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanyamelalui gambar. Gambar seperti :
  • ketika sedang minum arak,
  • hadiri parti penuh maksiat,
  • hadiri majlis dosa,
  • sedang berpelukan lelaki wanita
  • atau bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan)
  • dan sebagainya,
Sekiranyasemua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebardosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-
كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه
Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan keucali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
SEMBUNYIKAN DAN TAUBAT
Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menontonfilem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, ata melakukan maksiat secaraf izikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil ataubesar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit denganAllah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayahuntuk bertaubat sebelum maut menjelma.
Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya'.
Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telahatau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit !tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelau dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orangramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda :
اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْأَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْيُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.
Ertinya : "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yangtelah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepadaAllah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepadakami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azzawa Jalla." [Dikeluarkanoleh al-Hakim dalam al-Mustadrak,hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-duasyaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Inidipersetujui oleh al-Zahabi.]
Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aib dan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketika merujuk kepada kaunselor diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahuihukum dan kaedah pemulihan.
Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan. Didalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan :-
أن النبيصلى الله عليه وسلم قال : يدني الله عبده المؤمن ، فيضع عليه كنفه ويستره ، فيقول: أتعرف ذنب كذا ؟ أتعرف ذنب كذا ؟ فيقول : نعم ، أي ربِّ ، حتى إذا قرره بذنوبه ، ورأىفي نفسه أنه قد هلك ، قال : سترتها عليك في الدنيا ، وأنا أغفرها لك اليوم
Ertinya: Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini?Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akanmengampunkannya ( Riwayat Al-Bukhari)
Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebagainya sejak didunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allahserta pengampunannya.
KESIMPULAN
Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah,Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauh manapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.
Semaklahfacebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.
Sekian
ZaharuddinAbd Rahman

wedding! wedding!

today, 8th Jan -
i'll be home this evening. my big bro and spouse - for sure my sis-in-law lorh - will take me home with their black-cool-stylo myvi. not a maybe but must do 2nd-big-bro 'hiasan hantaran' before tomorrow morning. get to go early because of my big bro have another appointment for tomorrow.
sigh *** insyaAllah, we can do it!!

psstt: saje nak selit - hope that he can say something more than just 'like' !

tomorrow, 9th Jan -
must complete our target on 7 -must-cute-black-silver-things. go back to my beloved campus.

psstt: harap sempat @ abang boleh hantar terus ke bukit cherakah for our first event - Jalinan Mesra - Pemantapan Ukhwah =)

Monday,10th Jan -
nothing happen with the wedding. but my sis have to complete them to make them more beautiful. **hope that i can help her...but i can't. -sorry sis!
having my usual class - micro-P - please read-understand-study-jotnote - you have the book, rite?

Tuesday,11th Jan -
i guess, i can't be there with them. in addition - hekeleh ayat -, i have a vocabulary-mandarin-quiz that afternoon! **i'm so glad if there's someone that can be a hero or heroin for me that evening to bring me home. historic nite for my 2nd-big-bro @ 'sis-in-law the 2nd' birthday. going to Masjid - Lendu - for sure la untuk nikah! -
sedikit kenduri. -finish for that day-
psst~~ oh ya my bro n sis, SELAMAT PENGANTIN BARU.
-semoga kekal kebahagiaan hingga ke syurga-kan cinta sampai ke syurga.moga diberkati Allah sepanjang masa duniawi ukhrawi. binalah dan kemudilah keluarga kamu ke arah yang benar dan lurus dan semoga mampu mendidik menjadi keluarga sakinah -

Wednesday,12th Jan-
still having my class.
blablabla...


Thusrday,13th Jan-
my family can rent a lorry or call towtruck-kiddin'only- or army to take out all the full of boxes. can sleep at Queen from this day. boil eggs o boil eggs ~~ ready to serve ya uncle omar ? preparation from Queen for the wedding.
psstt: owh ya, forget this important-event (insyaAllah) AGM-NETS,foods...~~hm....

Friday,14th Jan-
still be there. i hope i can get there as soon as possible to help my family and Queen's staff complete the task. sleep there maybe!
~~ where's my baju-kurung-lawa-maroon-purple!?! ~~

Saturday,15th Jan -
the reception wedding begin! Queen's H next to H.Jebat Stadium. **jom kite berlawa-makeup1-wat santek2 klah pngantin.hehe~~
what's my duty? overall la-bukan nak jadi penyambut tetamu je.fuhh, ditakdirkan mempunyai cuzzys laki yang ramai,mudah sket kerja. -
hopefully & pray that all this thing-event can be done fluently, okay ? no more kelamkabut-nakbuatAKUrasanaknaikhangindengankedengkiankamuharitu-danjanganmasatujugaksibuk2nakjumpaakuuntukhalyangtaksepatutnyapadahariyangsibukni,nakbuatkeje!-

all done-nyte-after finishin'everything,okay!
deal =)
psst~~no hadiah2 ok-adikbuatmacam2dahni-hehe..nanti upah buku ok :) kena baca tau.
-makepositivechange -

Sunday,16th Jan -
dah2, tak reti reti lagi ke nak balik shah alam balik.aiyak!! tugas selesai-misi insyaAllah selamat =)

tengok dia tengok hati saya

saja nak gempak. hehe...
tapi sebenarnya macam ni, tadi dlm fb - nanpak kanda sy yang sangat lama tidak ketemu dek kerana jurang masa yang sangat dalam lagi besar. faham jelakan bila masing masing dah ada life yang tersendiri. sampaikan lansung tak nampak batang hidup sampai bertahun tahun. kalau sehari dua ke sebulan dua ke setahun -enough setahun !- tu kira ok la lagi.
haiya...
but, i'm really miss them so much even i'm already forgot their nickname - panggilan manja2 gitu - haha..
hope so that one day, or this historic day for my big 2nd bro, they can come - and we can laugh hug and kiss 'only ' - happen after i'm already can't make myself free on reunion day at my 'kampungku sayangku' and on my sis historic day.

sy nak sangat semua ada - hope and pray -

missing all of you - kanda & dinda,
a**e @ adik

this week-today

my first week = subjek yang boleh tahan menarik, jangkaan pengajar mahupun pelajar tentang kehadiran sepatutnya perlu diubah. tetapi,nampak gayanya yang seronok dalam ilmu Allah yang sedang Allah pinjamkan kepada kita ini hampir menyerlah. tetapi masih awal menilai segalanya. yang penting, bila dah set pada otak, akal pemikiran - ke arah yang lebih positif - insyaAllah segalanya mampu berjalan lancar.

hanya menunggu pengajar Network Programming untuk masuk dan mengajar kami. can't wait for it. 'all is well' =)

ada pengajar yang mengajar, ada yang baru 'warm up' dengan bagi kuiz dan penerangan silibus. pelajar pun perlu consider dengan perkara tertentu. dan mencari cari buku yang diperlukan untuk semester kali ini.

peristiwa best dalam minggu pertama, jumpa lecturer, belajar, mesyuarat, watikah perlantikan, melaksanakan tugas sebagai seorang biro event, kuiz, dan jangan dilupakan inchie hitam kuning lebah yang tumpang tidur bantal aku untuk kejut aku dari tidur dan dalam masa yang sama meninggalkan kesan di tangan,tourist,karok,buku,jimat,makan tak seperti dulu,birthday el.

aha,tak dilupakan seorang sahabat tkd aku.haha,xsngka ak jumpa dia dan aku sakat kaw2 lepas dia malas da contact aku.tapi aku tau dia tak kesa sebab aku biasa berkasar dengan orang yang tunjukkan cara begitu.
tomorrow,for my dearest bro - i'll help to finish decorate your barang hantaran selagi termampu even in short time. itulah gunanya adik untuk seorang abang yang dia sayang.ahaks! kantoi..ngee....dediam sudah.. =)

gotta go,adios and nyte.
salam

Anda Lainlah~~

Manusia sememangnya dilahirkan setiap satunya lain dan berbeza antara satu sama lain. Walaupun ada yang dilahirkan kembar, mempunyai minat dan suka benda yang sama, tapi akan ada satu sudut di mana kelainan tetap ada walaupun hanya orang tertentu sahaja yang mampu menyedarinya.

Mungkin kelainan yang aku adalah, kadangkala aku lebih suka hidup yang main taram sukati aku nak buat macamana, degil yang terkadang tak bertempat tetapi bagi aku yang penting masih lagi perlu membataskan diri dengan perkara yang tertentu. Senang, mudah kerana itu cara aku. Dan aku adalah lain dari orang yang lain.

Ikhlas,
niza =)

Saya Nak Sebijik Yang Macam Dia!



dia berada di celahan orang ramai


hari ini aku teringat pada seseorang yang dah lama aku tak berhubung. entah dia ingat akan aku lagi atau tidak agaknya. si comel yang pernah menarik perhatian aku pada masa silam aku. segalanya bermula apabila seorang sahabat lama meng'upload' gambar gambar ketika kami berada di pondok ilmu yang sama. hanya orang yang tertentu dapat kenal tentang dia. tapi, mungkin bukan itu tujuan utama. hanya ingin mengimbau semula peristiwa berkenaan dengan dia yang membuatkan aku teringinkan seorang insan yang mempunyai nilai nilai seperti dia untuk hidup aku - mungkin 7tahun lagi sekarang? hehehe...



ketika di dalam makmal komputer, aku selalu meminta pertolongan padanya walaupun hubungan ukhwah persahabatan antara kami sekelas baru sahaja bermula. - masih fresh gitu. sampaikan suatu ketika, pengajar kami ingat aku dan dia adik beradik dek sebab muka yang seakan akan sama. entah, aku tak nampak itu sebenarnya.

aku dan dia sama sama meminati bidang nasyid, nyanyian mahupun sebagai percussion. tetapi sesungguhnya suara dia memang best - kalah aku - dan lebih rancak pergerakan rentak ketika percussion - sehinggakan aku selalu cemburu, memerhatikan gerak tangan dia untuk belajar dan meminta dia untuk ajar aku pergerakan tersebut. dia juga pernah berduet dengan aku lagu nasyid yang secara kebetulannya adalah lagu kegemaran kami berdua juga ketika itu - lucu tapi manis. nasyid yang dia minati bukanlah setakat terhadap genre terlalu jiwang semata, tetapi yang betul dicipta tersendiri, gubahan mahupun selain daripada versi jiwang - ilikeit. aha, ada suatu ketika entah macamana mood aku adalah bermuram pada hari tu, dia lihat aku dan terus memanggil aku untuk duduk di sebelah dia (zon selamat ok) untuk lihat video dia mengetuk meja - see, ketuk meja pun dah cukup!

ok, next. kucing menjadi kegilaan kami. aku dan dia suka melepak di meja komputer sebijik yang sama untuk berborak. tika di asrama, dia sanggup membela kucing yang sarat mengandung sehinggalah beranak di dalam dormnya/bilik study. sanggup meberi makan dan dia sendiri pernah menunjukkan gambar2 kucing2 tersebut pada aku.

aku adalah seorang peminat nombor ganjil. terutamanya salah satu nombor yang sangat berkait rapat dengan tarikh lahir aku dan etc. dan, mungkin seakan satu takdir Allah, dia menyukai angka yang sama dengan aku. aku sanggup bertelagah sesaja untuk usik dia. ada banyak peristiwa yang aku sangat suka kaitkan dengan dia.

shuffle, di saat itu, orang heboh dengan trend terbaru itu. dan di saat itu aku dapat melihat, di masa lapang yang pengajar takmahu masuk mengajar atau lebih tepat berkursus, dia dan geng lain akan ber'shuffle' di dalam kelas kosong kami. aku sangat suka rentak shuffle yang dia buat - sangat comel kreatif lagi cute - kerana saiznya yang sesedang dan secomel alam lagi lembut gemalai - haha..!!

yang paling menyeronokkan ketika bersahabat dengan dia ni, dia bukanlah seorang perokok, jauh lagi perokok tegar - aku harap dia teruskan walau di mana pun berada. dan itulah yang sangat susah. dan itu menjadikan bibir dia bukan bibir lipstick hitam blackmaria.

penting juga untuk mengetahui dia ini sudah semestinya mempunyai latar belakang yang baik - walaupun dia berada tapi bukan itu yang menjadi ukurannya - dia seorang yang ala ala hacker atau lebih best digelar orang hebat IT. ayahnya mempunyai syarikat berkaitan IT- bukan si ayah yang ada ciri-ciri yang dikehendaki. bijaknya dia kerana dia juga lepasan MRSm, dia juga mempunyai keputusan SPM yang lebih baik daripada aku dan dia juga pernah menasihati aku dalam perkara tertentu. ada suatu peristiwa di dalam perpustakaan. aku duduk berhadapan dengan kawan aku - ini ujian - dan aku buatlah aksi2 yang ala2 menggunakan bahasa isyarat -kononnya meniru..isy3- dan aku tak perasan yang dia duduk bertentangan dengan aku dan dia memerhatikan aku. tatkala mata aku tertembung mata dia yang melihat gelagat ntahapape aku dia tersenyum. dan aku sangat suka senyuman manis lagi ikhlas dia itu. -rosak2...

banyak peristiwa ketika nasyid dan sepanjang berada di sana yang tiba tiba melahirkan satu jarang yang memisahkan jarak persahabatan kami itu. dulu dan kini, aku sangat suka dengan sweater hitam putih besar lagi geleber lagi hiphop. dan dia juga begitu, cuma mungkin saiznya sesuai untuk dia -sweater dia la. ketika aku menghantar sedikit bantuan di suatu malam, dia memuji sweater aku. baiknya dia di mata aku berbeza dengan orang lain.

dari segi seni mempertahankan diri pula, aku sudah simpan dalam fail delete agaknya. tak ingat sedikitpun tentang itu. tapi, rasanya dia baik dan aksi2 ganas pukul2 ni mungkin juga dia ada.

yang ini seronok, dan aku rasa antara kerja yang paling luar alam di saat itu aku buat. aku tolong menyeterikan jaket pengajian kami berseorangan dalam bilik aku yang dikunci-aku sorang ok!-di malam hari, aku usik dia katakan baju dia sudah berlubang dan lubang itu adalah lubang butang. cuak sungguh dia. dan tugas aku,keesokan harinya, pagi buta aku memanjat tangga surau kami untuk tinggalkan jaket dan bajunya di sana. -haisy!!-

dan utama sekali, tidak akan dilupakan sifat yang satu. sudah semestinya dia seorang yang mempunyai bacaan untuk solat -imammuda- yang baik.tahu batas solatnya di mana.



tapi,sehingga kini..di saat ___ aku kadangkala terasa tinggi terhadap kaum dia, membuatkan aku tak boleh nak hubungi semula dia.akhirnya 3 tahun pun berlalu begitu sahaja kerana aku tahu...sesuatu.hehe... ok lah, till we meet again ya RNA!haha..

salam

Rabu, 5 Januari 2011

bersyukur dengan pemberian nikmat yang Allah beri

as salam.

sebenarnya aku teringin tulis tentang perkara ini selepas kejadian di siang hari tadi. ada sesuatu yang buatkan aku tersedar bahawa manusia ini, walau di sudut atau ceruk mana sekalipun, pasti akan wujud perasaan tidak bersyukur di dalam diri masing masing.
entah, terus aku berfikir tentang banyak pemberian pinjaman yang Allah dah beri tetapi manusia lalai dan alpa daripada mensyukuri nikmat tersebut. terkadang, mungkin sehinggalah sesuatu itu telah pergi, hilang atau mendapat sesuatu yang dirasakan kurang memuaskan daripada sebelumnya barulah kita menginginkan kembali nikmat tersebut.
Allah sebenarnya sangatlah Maha Pemurah kepada hamba - hamba Nya sehingga meminjamkan nikmat yang sangat banyak pada makhluk ciptaan Nya. Manusia pula, paling tidak mesti akan tetap merasakan perasaan yang sedemikian. Dan sebenarnya perkara seperti itulah sepatutya kita elak atau kit bendung dari dalam diri kita.
banyak peristiwa yang kita boleh saja kaitkan dengan situasi seperti ini.
cuba kita sama sama fikirkan, imbau kembali dari dalam kotak memori walaupun kadangkala ianya pahit.

sekian,
niez

Ahad, 2 Januari 2011

no title also can rite?

not in a good mood
not in a good health
not in pink
but in orange..

selamat menyambut tahun baru 2011

salam..

selamat menyambut tahun baru kawan kawan!

selamat menyambut tahun baru 2011

salam..

selamat menyambut tahun baru kawan kawan!