Ahad, 10 September 2017

MENULIS

Assalamualaikum.

Terasa begitu lama aku tinggalkan dunia blog.
Aku tinggalkan karya.
Tiada masa untuk coretan idea dan karya terbaru.
Banyak cerita tetapi segalanya hanya tersimpan di satu sudut.
Hati dan jiwa.

Terlalu lama memendam rasa.
Terlalu gila dengan urusan kerja.
Di mana hati dan di mana jiwa?

Berhujung minggu,
Dan aku cuba membuka si mesin taip,
Memaksa diri bekerja
Pabila diingatkan kerja tertunggak melebihi sehelai kertas A4,
Aku rasa gila.

Bukan aku taknak percayakan orang,
Tapi amanah tu susah untuk aku lepaskan.
Sebab,
Sekali ia diturunkan,
Ia boleh disalahguna.
Aku kenal manusia di sekeliling aku
Mungkin sebahagian dari sifat mereka
Seperti juga aku.
Hanya sebahagian diri yang aku kenal.

Aku gagahkan membuka si mesin pintar,
Mencari senarai kerja yang ingin dibuat,
Tetapi akhirnya aku berakhir di sini.
Lawak hambarkah aku?

Mengejar sang ilmu,
Pabila di akhir waktu aku seakan ingin menjauh
Aku rasa menjadi lemah.
Seakan ini bukan diri aku yang sebenar.

Wahai diri,
Janganlah kau pergi,
Sisi baik yang masih bersisa,
Mohon kau pertahankan ia,
Kerna aku tidak mahu yang jahat melebihi kau.
Makin kau menjahat
Makin kau menjauh dengan Tuhan
Makin hitam jiwa dan hati
Tiada ruang sinar
Dan kau akan terus hanyut.

Moga aku akan kembali menulis
Menulis perkara yang diizinkan Sang Pencipta
Mencipta kebaikan demi kebaikan
Untuk manfaat manusia sejagat.