Khamis, 26 Januari 2012

Malam dan Bungapi

Assalam.



sejak kecik *xterlalu kecik*, aku selalu 'follow' mak ayah kalau ada event kat bandar. mana yang aku dan akak *yang waktu tu masih bujang* boleh lepas masuk la. dah terbiasa dengan majlis keramaian yang sudah semestinya meriah dengan kehadiran beribu ribu umat manusia termasuklah tetamu jemputan yang penting. aku suka bila event besar tu berlaku di malam hari. sebabnya? aku suka suasana malam. meriah dengan orang tu satu hal la. tapi yang penting aku dapat tengok kemeriahan lampu dan..yang paling penting. mesti ada bungapi yang sangat cantik.

suasana tu akan terasa indah bila aku berdiri atau berada betul betul di bawah percikan bungapi besar tu. confirm la kalau event besar camtu, pihak penganjur keluarkan perbelanjaan yang sangat besar. that's mean, bungapi cantik tu sungguh lah mahal. bunyi dan corak setiap kali satu bungapi tu mewarnai langit malam yang gelap. rasa menghayati dengan penuh kegembiraan la. don't know how to describe it more. but i like it. that's the thing.

nak dijadikan kisah, kerana dah terlalu biasa dengan bungapi mahal ni..aku macam dah jadikan ia sebagai satu kegemaran *ke kemaruk??*. makin remaja, semakin la aku jarang dapat peluang macam dulu untuk pergi event. jadi, kekadang kalau kat shah alam tu dapat tengok dari jauh pun aku rasa dah cukup gembira.

kira pelik ke kegemaran aku ni? haha..kalau dianggap terlalu pelik sampai kekadang orang tak mampu nak melayan kerenah aku ni. nak dijadikan cerita, aku terlalu excited untuk bungapi tahun baru di icity. terlalu hampir. dan yeah, untuk berada di bawah keindahan cahaya, aku perlu masuk ke dalam ruang yang dah penuh sesak dengan umat manusia. itu tidak akan berlaku. nak dijadikan cerita, sungguh la aku sanggup buat kerja gila semata mata untuk lihat bungapi.hm...aku rindu berada bawah bungapi cantik di bandar aku.*ade jugak perasaan camtu wujud kat dalam diri aku ni.haha..*

satu hari nanti, aku akan pastikan aku cukup mampu untuk bergerak sendirian untuk melihat bungapi ni orang orang yang aku boleh labelkan untuk disayangi.

sincerely,
si gila bungapi.

Rabu, 25 Januari 2012

Saya dan Dia

Assalam.

aha, bermula sudah kegilaan aku untuk menaip di sini untuk kisah kisah hidup aku yang tak seberapa. biar aku coret sikit ape yang aku rasa patut.


aku dan dia. sungguhlah berbeza dari segi umur. tapi aku gembira dia ada depan mata aku. sungguhlah aku terasa aku ni boleh jadi semuda dia. mana taknya, duk melayan kerenah dia semata. jaga setakat yang termampulah. jadi kesayangan aku. ceih, sungguh la ayat aku ni.


si kecik arifah ni berjaya amik hati aku. walaupun aku ni kurang arif pasal budak kecik, tapi sejak si kecik ni ada, bahagia ouh rasa hati. perangai dia memanglah semacam tapi aku sangat suka kalau aku dapat berkomunikasi guna bahasa dia. ehem, tak cecah setahun pun lagi, baru setengah tahun. tak reti la guna bahasa melayu bese ni. yang penting tahu cara nak suruh dia bercakap, suruh dia gelak2 sakan. itu pun dah kira cukup.

dengan adanya si kecik ni, jadual aku takdelah macam dulu2 kalau bab bercuti. mau lagi sem yang dah nak hujung pengajian ni. lain daripada yang lain. kalau kat uma ni, kalau dah bercuti, sekurang2nya aku boleh jadi bodyguard terhormat untuk mereka ni. kira kalau dedua mak & nek kena buat keja, aku jadi bodyguard si kecik ni. kira lebih senang buat keja secara bergilir2 dalam keadaan aku ada. dan itulah yang aku akan pastikan untuk berlaku sepanjang cuti yang aku ada.

p/s: si kecik pun pandai buli ciksu dah. ~_~ luvyaifa

Jelajah Mencari Ilmu

Assalam.
agak lama tak masuk ke blog dek kerana kesibukan yang melampau *ops..tak melampau sangat.* nyway, aku rasa topik kali ni lebih kepada planning hidup dalam mengejar ilmu untuk tempoh beberapa tahun ni.


ilmu mula dicari sejak kecil. atas keberkatan ilmu yang aku pinjam dari Allah, alhamdulillah aku lancar membaca dan menulis sejak tadika. kanak2 zaman sekarang ni aku rasa lebih bijak dari tu dah bila dah tadika ni. bermula kehidupan di sekolah rendah, seronok. rasanya takdelah nak nangis sakan kena pegi sekolah. pencapaian aku baik kat situ. jatuh sampai berdarah2, menang itu ini still sempat aku rasa. setahun ke dua tahun ntah aku kat sekolah pertama, aku kena pindah rumah. berpindah ke sekolah baru. agak menakutkan tapi bak kata mak ayah aku, insyaallah aku boleh cari kawan dengan mudah. tahun ke-3, aku taktau pun pasal aku kena pilih ujian PTS. tup2, kena pegi kelas tambahan bagai. takpe, masa tu aku suka, sebab aku sangat suka belajar. then, exam begin. masa majlis perpisahan dengan guru besar *yeke??* tengah dok leka memain tiba2 nama aku naik. cikgu yang merangkap mak angkat aku dah bagi signal suh berdiri. aku pun berdiri je la. hambek kau, dah terpinga pinga. lepas tu, kekawan yang aku tatau la dok dengki or menyokong kat aku ke ape, memaksa aku suh lompat ke darjah 5. pheww, memang lurus bendul aku ni. aku pun ikutkan aje. kurang satu tahun, tapi masa tu kena kejar sket2 la kat uma mak angkat subjek yang tertentu.haru2~~ tahun5 & 6 aku pun penuh dengan cabaran. alhamdulillah UPSR aku lulus suma subjek. tamat sekolah rendah dalam umur 11 tahun. masuk menengah, 5 tahun di sekolah sama menghadapi PMR dan SPM dengan 'tabah'. cuti bermula dan sebelum tunggu tawaran, aku lebih rela isi dengan something.

masuk ILP. belajar komputer. rezeki aku lebih kepada UiTM dan still bidang komputer. kurang berminat masa tu tapi aku cuba bawa diri. satu tahun setengah aku berjaya survive untuk Diploma. buat kerja gila dengan apply Ijazah Sarjana Muda yang aku terbawak minatnya dari ILP, Network. tak menjangkakan apa yang berlaku. yep, berjaya menjimatkan lagi masa pengajian. tapi aku harus kejar ilmu yang aku 'tercicir'.

hampir 2 tahun di UiTM untuk degree, bermakna tempoh pengajian hampir tiba di penghujungnya. berbaki 2 semester, tapi orang dah duk tanya dan merancang.
yep, firstly bila dah penghujung degree dengan umur dan cecah 20 ++, orang merancang untuk bekerja, sambung belajar dan kahwin. *buat bunyi cengkerik jap*hee... bab ni, ada banyak cabangnya. aku pun ada bincang hal ni dengan kawan dan keluarga. cadangan yang kawan bagi dan famili bagi amatlah berbeza. yeah, it's me yang akan menentukan apa yang aku nak pilih. nyway, aku berfikir juga perasaan orang yang perlu dijaga. mau fening kepala fikir bab sambung dan kerja ni. beberapa hari lepas, dalam tempoh masa yang sangat dekat, abang aku bertanya dan 'bagi cadangan' untuk sambung dulu study. jumpa plak pensyarah UiTM, hm..suh ayah buat benda yang sama kat aku.yang sebelum2 tu pun suma cakap, sambung. berfikir dan biarkan otak berputar ligat seharian. yep, aku ada advantage sebab tak perlu bayar hutang melambung tinggi. cuma nanti pengalaman aku 'kureng' dan akan menyambung pelajaran secara direct. adakah saya sudah bersedia dengan cabaran ini ? wallahua'lam.

yang pasti, sebelum 25 *yang merangkap dalam planning 10 tahun*, insyaallah aku genggam Master dalam tangan. semangat mencari ilmu ada, cuma keyakinan perlu aku bina lebih lagi.

p/s:bernasib baik lagilah takde orang duk tanya pasai kawin kat kanak2 xcukup umur nih.haha..lega XD

sincerely;
~me~