Jumaat, 26 November 2010

~ The One that I Love to Bully ~


as salam

kadangkala baik kadangkala bergaduh. itulah aku, walaupun hakikatnya orang yang aku buli ni lebih kecik dari aku. sepupu perempuan aku yang paling kecik. sangatlah kelakar. nak kata aku ni jeles, mumgkin adalah sikit. dia cucu perempuan kecik, anak bongsu perempuan yang baru yang kononnya mencuit hati orang.

tapi itulah dia, budak umur 2 tahun yang aku suka buli, buat dia menangis dan melalak. tapi bila jauh, aku balik ke shah alam, aku rindu dia. rindu untuk buli sebenarnya.haha..

yang seronok, kadangkala aku pun jadi macam budak budak juga melayan dia. sebab ada mood aku baik, aku suka melayan dia, main golek golek, makan apelah...macam macam... kalau tak, memang aku kacau kacau tarik seluar die lah, 'cubit2lah' kejar dia ke ape ke...

walau apa pun, dak sorang ni memang sepupu aku. (selepas berabad aku bergaul dengan sepupu2 yang semuanya lelaki..haha..)

Sabtu, 20 November 2010

DALAM HATI

Salam.

dalam aku bercuti ni, sebenarnya banyak juga yang dapat aku kumpul.
bergumbira ber'dating' dengan abang akak dan mak aku.
bukan selalu dapat untuk betul betul nak bershopping.
aha...itulah yang aku tunggu.
terasa seronok disakat abang akak.
dan terasa seronok terkadang membuli balik dorang nih.
dulu kecik kecik lain rasanya.
besar lagi terasa kukuh ikatan tu.
mane taknya, kalau ada nak buat pemilihan sesuatu,
'adik' yang dulu memang tak boleh diharap,
boleh dibawa berbincang memilih itu dan ini.
walaupun takdela sehebat dorang kan.
dah dapat dating, sudah semestinya seronok jugak saat saat melepak di garaj kereta dalam gelap di malam hari.
syok lagi, hujan turun.
ape lagi, idea separuh bernas singgah kat otak aku
yes, mandi hujan tyme!!
kereta lalu lalang malam2 tu pun mesti pelik tengok manusia melompat lompat main hujan.
haha...
baru aku teringat sesuatu. dalam keadaan hujan malam tu, aku buat buat berkomunikasi dengan serangga (rama rama ke kupu kupu). sayap basah sebab kena air hujan, dan serangga ni cuba sedaya upaya untuk sampai di tempat kering kat bawah garaj kereta tu. seketika, serangga ni macam pengsan. beberapa minit, serangga ni start mengipas. Hidup lagi..!!semangat juang yang tinggi tu..bersyukur betul. tapi lepas leka main hujan, serangga tu pun hilang terus.hu....
beraya kali ni, berpeluang masak berdua je dengan mak dek disebabkan akak beraya di 'kl'. solat raya pun rasa lain, sebab biasanya aku boleh main sakat sakat dengan akak.
tapi seronoknya, aku 3beradik berkomplot untuk buat kenduri kecik untuk anniversary parents aku. tengok, betapa Allah tetap bagi kegembiraan kepada hambaNya.
hm...tapi, sampai sekarang jugak aku memegang satu perkara yang sangat berat. dalam bergembira jugalah, hati masih berasa susah. yang aku takut bertukar dendam. aku cari Allah untuk luahkannya. aku minta kat Allah macam macam. sukar untuk dipercayai lagi.
biarlah, sampai satu masa otak ni pun akan delete peristiwa tu. kes aku dengan sahabat aku pun selesai. lega pun ada, janggal pun ada. malas nak layan, biar takdir dan masa yang tentukan. Allah yang jaga pintu hati aku ni. :)

sincere,
-niez_za-

-sajesaje--

bercuti!

-plan asal cuti
>kerja
>refresh driving skills (hancus sudah..)
>preparation for my brother's wedding (sendiri mau sibuk ka?)
>jaga rumah elok2 (reti ke?)
>makan---makan---makan---xhengat dunia(yela,ingat kat akhirat,jiran tetangga...)
>berjalan--shopping--(jangan boros la...xreti2 lagi?)
>praktis pe yang patut...(erm..macam panjang je list utk 'praktis' ni..)
>menunggu debaran result exam keluar(masyaAllah,pe nak jadi dengan aku ni!)

-yang menjadi:
>hehehehehe....entah la...
>tunggu---lihat---!

Jumaat, 12 November 2010

~ kisah awal tahun nanti? ~

salam mulia,

selepas akak membina mahligai bersama insan ter'chenta,
sekarang tiba masa untuk abang aku pula.

aku mengharapkan aku dapat lihat majlis abang aku fully lengkap dari sebelum nikah, ketika nikah, majlis resepsi hinggalah penamat majlis.

setelah pelbagai peristiwa berlaku di majlis akak, aku rasa sudah cukuplah dengan 'penat lelah' dari pihak yang sangat 'ikhlas' dalam 'membantu' perjalanan majlis itu.

walaupun aku tak sekuat mana nak melindungi keluarga, aku tetap akan buat.majlis mereka pun dah selesai. next, bermulanya ekspedisi aku membantu cari barang untuk abang aku.

disebabkan terlalu simple,sampai aku pun naik blur nak pilih apa, tak cukup info masa diberi explanation. ke sebenarnya aku ni yang sememangnya blur.haha!!! (opss..)
2hari untuk telur2, baju belum dijumpai (ikut tema jugak), hiasan hantaran..no worries! as simple as a b c.

dalam sebulan ni aku akan beransur siapkan segalanya untuk abang aku. sebab aku ada kat uma (takpe,akak sure tak jeles sebab aku tak wat camtu kat die..). tadi pegi window shopping survey baju pun, boleh pandang semacam lagi.

aiyak!
but, know what?
i'm so exciting for my brother's wedding plak :)
harap sangat segala berjalan lancar (termasuk aku la,selamat wat keje gile ke majlis abang aku)

~ good one! ~

salam pembuka bicara,

aku seronok bila sahabat aku ini mula maju setapak ke hadapan dalam mempelajari ilmu Allah.
seronok bila sahabat ini yang masih baru, tapi masih ingin berkongsi dengan aku.
aku cuba menolong walau sedikit sahaja yang aku tahu
aku cuba menolong walau aku berada jauh beribu batu dari sahabat aku.
nur hidayah yang Allah berikan kepadanya makin lama makin besar.
aku seronok kerana walaupun dia begitu,
dia jugalah sahabat yang kembali mengingatkan aku perjuangan dalam Islam.

terima kasih sahabat :)

Isnin, 8 November 2010

~ hadirnya di dalam lena ~


salam.

semalam hari terakhir aku menjawab peperiksaan. nak kata 'kewl giler' tu takdela jugak. having some problems with that day actually. especially when 'enjoying' answered my OR paper. dush2!!
lansung tak jangka benda tu boleh berlaku.
aha, tapi biarlah peristiwa dalam dewan tu aku je simpan. okie, disebabkan semalam jugak adalah 'my sister's wedding'...yang sebenarnya aku memang terlepas habis untuk tengok kemeriahan, kekecohan, kesibukannya. yang sudah semestinya aku akan naik angin dengan cepat kalau dalam kemeriahan tu ada ketidakikhlasan dalam diri 'orang yang kononnya ikhlas membantu' (money..money..money..)

disebabkan tayar kereta pancit,aku sampai rumah dalam 10lebih malam, di saat famili sedang mengira 'duit hadiah perkahwinan'.aku terus join buat kerja.~kelaparan tahap gaban,tengah malam memaksa perut telan nasi jugak.haha....

lewat 2pagi..
selesai tugasan baru aku dapat tidur. dengan lena sebab terlalu penat dengan kesibukan pelbagai perkara. pada masa tu la 'dia' hadir. hadir dalam mimpi aku. samada memang 'dia' yang datang dalam mimpi aku atau itu hanya mainan tidur. igauan semata. tapi aku seakan yakin itu benar. nak kata aku ada terfikir pasal 'dia' sebelum tidur, tak jugak. tapi aku gembira 'dia' hadir. kerana aku cemburu bila ada orang lain bercerita dapat bermimpikan atau terjumpa 'bayangannya'.

aku tak bercerita dekat famili aku, takut airmata aku akan tumpah pabila hal 'dia' keluar dari mulut aku. ada sejarah, ada cerita di sebalik semua itu. aku tak ingat aku berada di mana ketika itu tapi yang pasti pabila ada nenek saudara yang lain ada di samping 'dia', semua boleh nampak 'dia'.
yang pasti, aku pun boleh nampak. dari jauh, walaupun hanya di dalam mimpi, aku terasa seakan ada keseronokan, kegembiraan di situ. seperti terubat rindu aku pada 'dia'. mana taknya, sebelum ni aku berfikir, kenapa aku seorang je tak pernah lagi terserempak, adakah 'dia' belum ditakdirkan berjumpa dengan aku kerana ada keburukan dalam diri aku ni?

aku menerpa pada 'dia', aku peluk 'dia' dengan erat, dengan gembira sambil berkata aku rindukan dia..terasa seakan pelukan erat yang penuh dengan perasaan rindu itu hangat, realiti. hati aku sebak tika aku berbicara dengan 'dia'. dan seketika kemudian, semuanya hilang dari pandangan.

terima kasih kepada 'dia' kerana hadir di dalam lenaku walaupun sejenak. dapat juga terubat rindu aku kepadanya. 'dia'. . .nenek.