Selasa, 22 April 2014

Mimpi

Hampir setahun
Kini aku terjaga
Rupanya perjalanan itu hanya mimpi
Lena sehingga terkadang senyum 
Hanyut sehingga terkadang menangis
Hebatnya mimpi itu
Seakan kisah benar
Dan aku tak mahu bangkit 
Untuk kembali ke dunia nyata
Apa yang membangkitkan aku?
Satu rasa bernama kecewa
Kecewa kerana penghargaan itu seakan ditiup angin
Hilang dari pandangan
Kerana itulah kupanggilnya sebagai suatu mimpi
Aneh
Dek kerana hampir tidak dapat bezanya mana dunia nyata mana dunia fantasi
Tapi selepas satu tempoh
Mata yang terpejam lama
Kini kembali terbuka
Aku simpan mimpi itu
Dan aku mengharapkan agar ia tidak bertukar nyata
Aku tidak mahu dihantui mimpi itu lagi
Cukup sekali...

SiPencoretHati...SangPemimpi
0015_23042014

Ahad, 13 April 2014

XPDC Kinabalu

Assalamualaikum warga kotak. 

Here we're again. Kali ini mari berkongsi pengalaman Ke Kinabalu Ke Kita? Haha. Menumpang tajuk program tv plok. 

XPDC yang sudah lama aku idamkan dek kerana berada dalam wishlist aku ntah sejak abad bila ntah. Syukur Alhamdulillah setahun bekerja, jejak juga kakiku ke puncak. Woahh...sapa tak gembira weh. 

Well, it's a normal thing when you have to do a lot of preparation before going there. First and foremost, dont forget to be fit. Get your stamina guys! Training. Keep training. Ok, group aku telah menjalankan latihan asas di HQ, mini gym, Gunung Datuk yang gila mencabar, ber'gua' di Gua Batu Maloi dan tidak pernah dilupakan..Hutan Botanikal kat tengah bandar Melaka nun sana. 

Dah sudah training? Okay, should start thinking of other things. Hiking shoes? Bags? Oo no no no..not a goodie bag ya..Baju sejuk baju panas seluar sejuk seluar panas? Ahahaha..yang penting boleh cover badan dari cuaca sejuk yang menjadi salah satu cabaran apabila anda ingin mendaki ke tempat setinggi Kinabalu. *weh, 4095.2m kot!!!* ok, sambung balik. Jangan lupa kalau boleh dapatkan longjohn one suit. Stokin berbulu bulu kambing. Glove yang tapak boleh buat grab tali dengan baik masa climbing di lereng gunung. Raincoat sebagai persediaan sekiranya hujan di dalam perjalanan. Buff, tongkat dan topi sekali tau. Others? Makanan dan minuman ringan, mini first aid. Whops, please do your medical checkup before u go hiking k. Done. 

Our trip:
Berkumpul di HQ jam 1 pagi. Bergerak menaiki bas ke LCCT dan ke KLIA. 7.30 pagi dah fly. Sampai KKIA lebih kurang 2 jam kemudian. With complimentary nuts from MAS -thanks Mr Kacang, haha- kami bergerak ke kedai makan di PuteraJaya. Beli bekalan sedikit sebanyak. Kemudian bergerak maju ke Kinabalu Park bah. Wohoo..sampai di sana dan kami dibahagikan mengikut kumpulan kecil untuk tidur semalam. Aku, USS, KakFazz, Ms A stay di rumah ketiga termahal. A little bit misunderstood on that time la. Bermonopod bergambar sakan la weh. Sapo nak stay rumah tu, harganya RM2800 3h/2m k. Dah siap mengasingkan barang mana patut tinggal, barang mana patut bawak, kami bergerak bersiap untuk makan di Balsam Buffet Cafe. Sejuk tak sejuk? Masih bisa tahan lagi dong. Makan kekenyang dan dengan briefing dari PP. Balik rumah dan tidur! End of day 1.

Okay, wake up everybody. Morning morning. Lena atas katil empuk mahal bersama bantal bantal, bangun jam 4 pagi dan bersedia untuk mandi solat dan apa apa yang patut. Weh, sapo tak excited. Abang Saad Pak Ali Kak Azi ulang alik datang  tengok kitorang dan tunjukkan dalam gelap tu, depan tu la Laban Rata dan summit. Bersiap dan bersarapan di Balsam lagi sekali. Semua bertshirt merah. Baju official. Dah lepas penyerahan minum pagi dan tag, semua naik bas dan van. Bergerak ke Timpohon. Laluan kami untuk mendaki ke atas. Lebih kurang jam 9 kami melangkah. Dan melangkah. Kumpulan besar mula berpecah kepada kecil. Mengikut langkah dan kemampuan masing masing. Perjalanan aku adalah 5 jam sebelum tiba ke Laban Rata. Selepas melalui pondok pondok Kundis, Ubah, Lowii, Mempening, Layang-Layang. Aku rasa ada yang aku tak ingat. Haha. Ditemani si Guider bernama Marcellus yang mengangkat beg dengan banyaknya. Tipsss: sila berzikir, berborak bagi memastikan mental anda tidak menjadi lemah dan down sehingga mengesetkan badan jadi lemah. Itu yang aku buat dengan guider. Thanks to you. Ada yang kata, tak penat ke berborak? Anda hanya perlu bercakap secara normal sahaja dan gelak sikit. Dan lagi satu, kalau boleh elak tangga tinggi untuk langkah besar, elakkan. Cari step yang mudah supaya kaki tidak sakit. Aku asyik kena tegur tiap kali langkah besar dan ter'pacing' laju. Yang paling penting, aku teramat mudah lapar. Mengunyah sepanjang masa. Perjalanan macamana? Ok, memang ada track. Ada yang bertangga, ada yang berbatu dan ada juga landai. Whatever it is, please be careful with your steps. Sambil tu boleh nikmati kehijauan alam semulajadi tu. Best 👍👍 Subhanallah Maha Suci Allah!
Melangkah di Laban Rata dengan satu kepuasan. Cantik. Sejuk. Penat dan lapar tu memang ada la. Fyi, megi cawan adalah RM 5..harga puncak kot. Hargailah makanan, rezeki dan usaha orang orang yang membawa naik dan turun segala barang dari kaki gunung ke atas. Lunch kami adalah jam 4.30 petang. Dah makan kenyang2, masuk bilik hostel kami yang bercampur, bersedia untuk pagi nanti. Lebih tepat tengah malam nanti. Dengan berbaju tebal tu kami tidur. Suhu, hampir 6 darjah celcius. Jam 8 lebih kami tidur diiringi lagu dengkuran dari dua individu. Masing masing tak tidur lena kot. Haha. Apa kisah, yang penting tak sabar nak ke puncak. Kepada yang sakit, dah boleh start makan ubat juga ye. Ok, tutup lampu. End of day 2.

Jam 1 pagi, bangun! Bangun! Semua mata kelat kelat masuk toilet main air sejuk beku dan bersedia untuk late supper. Makan sampai kenyang. Bekalkan air panas. Sarung dan bungkus satu badan. Headlamp ready? Ok good. Let's go. Dengan Nama Allah kami memulakan perjalanan. Tangga dilangkah penuh berhati hati dalam gelap tu. Dengan bercampur kumpulan lain. Seperti biasa, sekiranya pacing anda adalah cepat, jangan tunggu orang yang lambat. Can cause injury to u. Dengan batu yang besar, dan paling bagus kau takkan tau kau sedang memanjat tali di lereng batu gunung. Atas bantuan guider tersayang, dia setia memimpin aku dan kakfazz sehingga ke puncak. Sampai ke Sayat Sayat pun masih ada hati mau mengusik kami. Bersama kami, adalah uncle Low dan bang Sham. Selepas lapor diri di Sayat Sayat, bermulalah langkah setapak dua tapak berhenti. Hehe. Berada di ketinggian 4000m dan sejuk, kena kawal cara pernafasan dan langkah. Bagi memastikan degupan jantung anda tidak terlalu pantas. Kami melangkah lebih kurang 10-20 tapak dan berhenti. Jangan lari. Anda akan ditegur lagi. Untuk pengetahuan, aku adalah antara climber yang BP rendah. Tapi syukur alhamdulillah aku tak menghadapi sebarang simptom2 yang tak ok. Sejuk? Sangat..tapi masih aku dapat kawal. Sehingga ke KM8.0, kami berhenti untuk Subuh. Nasib bang Sham ada spray tu. Berwudhuk dan solat di kawasan sedikit landai. Guider kesayangan setia menanti kami usai solat. Di hadapan kami, Low's Peak. Ala..yang dalam duit sehengget tu...jam 7 pagi kami sampai summit. Wuhuuu!! Subhanallah cantik!! Guider kami cakap, jangan pandang atas selagi tak sampai. Lihat langkah. Supaya anda tak rasa serun dan down. Aku hampir terlupa pasal papan tanda yang paling tinggi tu. Dan aku hampir tak mahu naik ke atas lagi. Mujur ada kakFazz. Gracias my dear. Dan seperti biasa guider kami setia meneman hingga ke atas. Tambahan lagi seorang, Subri. Dah siap gaduh gaduh kat atas dengan group yang bergambar lambat, kami turun. Lepak sebentar di situ sambil makan minum, ehem..paham paham saja saya ni cepat lapar. Kasi can guider kami berehat. Dan lihat group kecil Datuk ceo kami naik ke atas, barulah kami turun. Oit, seram tak seram? Tipu kalau kata aku tak fikir masa mendaki tu. Tapi Alhamdulillah sebenarnya tak berapa susah. Atas bantuan guider juga. Menggigil tak menggigil aku turun tu, bila tang cerun jela. Si guider yang baik hati turut mengambil gambar patung yang bermastautin di puncak. Terharu de. Sambil turun sambil berborak. Sampai Laban Rata semula, makan puas2. Topup energy. Dan bersedia untuk turun ke kaki gunung semula. Kinabalu Park. Aku tertinggal di belakang. Dan sampai aku tinggal dengan Suratin yang dah sakit kaki. Di ketinggian berapa tah aku dah start mabuk pening kenining nak muntah nak pitam. Sehingga di checkpoint Kundis, aku dengan Suratin. Dan aku terus laju tinggalkan dia. No guider. Mereka ambil laluan lain. Aku melangkah laju nengnong nengnong seorang diri. Sambil tu aku dah marah diri aku supaya bertahan. Paksa diri sehinggalah tiba ke destinasi. Nasib ada Zul Hana Mai Kamarul kak aziah en sham yang sampai awal dan kemudian dari aku. Naik bas pun terpaksa pejam mata. Tiba di Reception, berehat makan ubat makan nasi sementara tunggu group datuk. Well, memang bermain hujan skit masa tu. Hampir jam 6, group datuk tiba dan kami bergerak direct ke pasar filipin, makan makan makan. Ok la..bersyukur dapat makan kan? Dengan kaki masing masing berjalan macam Pingu dan busuk dengan peluh, check in kat Celyn Hotel. Lega dapat mandi. Rehat rehat dan tidur. End of day 3.

Wake up! Jam 6 sama seperti jam 7 di Semenanjung bah! Muscle kaki dah rasa macam kena skrew ketat ketat. Tegang gila2, nak solat dengan tabahnya. Jam 7 dah mulakan langkah mencuci mata, mencari sedikit buah tangan buat orang di Semenanjung. Tapi isi perut dulu. Kaw2 minta diskaun. Dah tu makan durian lagi, dengan faveretku...Jus Alpukat merangkap avocado. Tak lupa singgah kat kedai makcik Jamilah. Hehe. Ok, kena bersiap sebelum checkout jam12...
Makan makan, kemudian berada di airport semula. Weh, terasa pantas masa berlalu. Sijil berwarna dalam tangan, 29/30 berjaya berada di puncak. Dan kami akan pulang ke semenanjung. Transit ke Labuan selama 45 minit, dan tanpa diduga, cabin crew bertukar. Bergambar dengan Zarul umbrella dan dapat complimentary nuts lagi sekali. Wuhuu..! Tiba di KLIA hampir 7.45 malam. Dingdong dingdong, kami menaiki bas dan pulang ke HQ. Tiba hampir jam 10 kot. Bersedia untuk kembali ke rumah dan rehat. End of day 4.

-END OF STORY-

Pss: sangat rindu dengan aktiviti ini, sangat rindu dengan kinabalu. Thanks everyone! 💘