Selasa, 6 September 2011

Maassalamah ya Ramadhan, Ahlan Ya SYawal!

Assalam & salam aidil fitri






hadis Rasulullah ' Dan tibalah malam Eid Fitri, malam yang dikenali sebagai
Lailatul Jaizah yakni malam pengurniaan '




ramadhan berlalu, syawal menjelma. semoga segala amalan yang dilakukan sepanjang ramadhan akan terus diamalkan di bulan bulan yang seterusnya. sebenarnya terasa diri masih tak puas berada di bulan ramadhan ni. tapi apa kan daya, sebulan tetap sebulan.




syawal pertama, pelbagai peristiwa berlaku. paling penting, yang ada di pagi hari terus 'bekerja'. syawal kedua berlalu sekelip mata dan tiba syawal ketiga. dah macam rutin kehidupan sampai tak tau apa rasanya. yang penting aku seronok ada keluarga yang datang, walaupun tanpa sahabat bertandang. di syawal mulia ini juga, berjaya jumpa teman karib aku, yang datang beraya di rumah. syukran! hari hari lain berlalu seperti biasa.


menunggu pakcik sorang ni sampai 11malam,haih.. :D

titik.

aku.

Antara Somalia dan Malaysia



Assalam

salam takziah di awal coretan bagi keluarga wira negara kita, Allahyarham Noramfaizul. dan selamat kembali bagi 54 orang sukarelawan yang lain.





terimbau kembali kisah Somalia pada ramadhan yang lalu, masing masing berada dalam keadaan yang sangat daif dan kebuluran. terutamanya muslim yang sedang berpuasa. sungguh hebat dugaan yang Allah turunkan kepada mereka. hal ini sebenarnya berlaku disebabkan dek kekecohan, peperangan yang berlaku di sana sehingga melibatkan penduduk tempatan. serangan yang berlaku sejak tahun 2007. setiap kali ditunjukkan penderitaan mereka di kaca tv, diri terasa bersyukur atas segala nikmat keamanan dan segala yang kita ada tapi mereka tak ada. kemelaratan hidup ini berterusan sehingga anak kecil menjadi begitu kurus. sehari yang meninggal dunia hampir mencecah 200 orang. mereka mendapat makanan kadangkala diukur dengan kecilnya pergelangan tangan mereka. kalau bekalan makanan di kem pelarian a habis, mereka sanggup pergi ke kem pelarian b. bagi sesiapa yang lihat, rumah mereka bak kata media, seperti kawasan sampah. sampai sebegitu sekali keadaan di Mogadishu Afrika.





di atas kesedaran terhadap umat Islam yang berada dalam kesusahan ini, ramai yang sukarela untuk pergi ke sana menghulurkan bantuan makanan dan pakaian. media dan NGO bersatu untuk berlepas ke sana. betapa prihatinnya segolongan manusia. Malaysia jugak tak pernah miss untuk misi seperti ini. sungguh aku tabik hormat bagi mereka yang sanggup menjadi sukarelawan menghantar bantuan. sanggup bergadai nyawa. tapi pemergian mereka merupakan satu jihad, syahid.memang patut mereka digelar wira negara.





kelab putera 1 malaysia merancang untuk pergi ke sana seminggu sebelum syawal. dengan total seramai 55 orang menaiki air force. perjalanan mereka lancar. sehari sebelum pulang, berlaku tragedi hitam, tak sampai 200m dari kawasan penempatan mereka, walaupun diiringi dengan tentera sana, seorang meninggal terkena tembakan sesat, dan seorang lagi cedera di tangan. mereka warga media bernama dan tv3.peluru tersebut terkena 2 organ penting di dalam badan. allahyarham cuba diselamatkan oleh warga medik dari kumpulan misi malaysia jugak. tetapi tetap tak dapat diselamatkan. pemergian noramfaizul mendapat perhatian seluruh negara, kembalinya jasad yang kaku di dalam keranda bersama 54 yang lain, allahyarham mendapat penghormatan terakhir dari seluruh pihak termasuk perdana menteri dan menteri kabinet yang lain. berita tentang wira ini memenuhi dada dada akhbar. allahyarham meninggalkan ibu,ayah, adik2 perempuan, isteri dan 2 orang anak lelaki. mereka redha.

kita doakan bersama agar rohnya akan bersemadi dengan aman dan tenang dan dicucuri rahmat oleh Allah. tugasnya mulia, semoga Allah sentiasa membalas segala perkara yang dilakukannya. insyaallah, amiin.

Al Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul.

-the end-

Siapa ye yang dulu?





Assalam.

hm..korang ingat tak
soklan paling kompleks untuk dijawab. antara ayam dan telur, yang mana yang
dulu? kalau ikut stage, memasing akan memberikan jawapan yang 50 - 50. kalau
dari telur, dari mana datangnya telur tu. kalau dari ayam, dari mana datangnya
ayam tu.




aha..mesti memasing pun berfikir tentang jawapan yang paling
tepat. saya rasa saya mempunyai jawapan yang sedikit logik, yang di mana benda
ni boleh memuaskan hati saya sebagai pemikir.

ape die? camni.. pernah
tak berfikir dari mana manusia wujud. Allah cipta kita dari tanah. bagi aku,
gitu jugak la ayam. ayam tu bukan dari telur. tapi diciptakan untuk terus
menjadi ayam.

aha..tengok la kelogikan.