Jumaat, 19 Ogos 2011

Lega..tak..?

Assalam

Nothing special happen to me.
But this night really make me release ~little bit~
Janji ada dari terus terusan memenuhkan tangki perasaan yang tak sebesar mana.
Sesak.
Cemburu.
Abaikan.
Itu aku.
Ini pun aku.
Tapi aku yang orang tak nampak.
Sentiasa ligat otak ini berpusing memikirkan.
Perkara yang hanya aku simpan.
And last but not least, didn't know why i do it.
Thank you.

Rabu, 10 Ogos 2011

Pakaian Baru la!



Assalam.


Hm..awak jadi kesayangan saya sejak hampir 7tahun yang
lalu. dah lama rupanya awak bersama dengan saya. saya rasa sangat seronok.
bahagia bila awak sentiasa ada dengan saya. pagi petang siang malam pun saya
boleh bersama dengan awak.
hepi!hepi!hepi....sangat! ~_~

sebulan yang lepas, saya pergi tinggalkan awak. nasib baik awak tak merajuk dengan saya. bila saya kat sana, saya rindu kat awak. masa jalan2, saya sangat suka kalau dapat bagi buah tangan kat kawan2, tapi sebelum ni saya tak pernah jumpa barang yang sesuai untuk bagi kat awak. tapi kali ni, saya nampak sesuatu yang sangat sesuai. boleh la lindungi awak kalau time2 saya takde dengan awak. berkenan kat hati punye pasal, saya beli la barang ni. awak tau ape? pakaian baru tau..mesti awak sangat seronok. saya rasa awak sangat sesuai dengan warna biru. jadi, saya pilih biru corak bunga2 untuk awak.



bila balik, saya asyik lupa je nak bagi kat awak. sampailah satu hari tu. tengah2 kemas barang, saya nampak pakaian awak. then, saya terus pergi kat awak dan sarungkan pakaian baru tu kat awak. wa...kat mata saya awak nampak sangat blink2! lagi saya sayang awak..jadi, lepas dah pakaikan pakaian baru ni, saya amik la gambar awak dengan pakaian baru ni. so, saya akan letak kat dalam blog ni sebab saya sayang sangat kat awak. awak adalah perkara berharga paling saya.



khas dari saya buat awak ~_~
to my luvly quran..








Ramadhan 2011 ^^,






Assalam..




Salam Ramadhan Al Mubarak diucapkan kepada diri sendiri
~_~


Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini.
Ramadhan kali ini bagi aku sangat seronok sebab tak perlu makan nasi kawah
ataupun keluarkan duit beli makanan. selama sebulan aku akan duduk di rumah
berbuka temankan memana ahli keluarga yang ada dalam rumahku syurgaku ni. terasa
yang ni lagi bahagia. walaubagaimanapun, di mana pun Ramadhan ni disambut, aku
akan tetap rasa bersyukur. terutamanya kalau dapat sambut di Tanah Suci. sambil
buat umrah, kita beribadah banyak2, beriftar, bersahur di sana dengan pelbagai
jenis umat. cuma, nanti kalau dalam bulan penuh barakah ni, kena pandai cari
kekosongan dalam saf2 yang adalah.. ~_~



Aha, lagi satu..keseronokan Ramadhan yang aku inginkan, bila
abang long+kak long, kak ngah+bang ngah, alan_g+k.lang, mak, ayah dan aku berada
dalam satu meja untuk beriftar. bila ye? bukan untuk iftar je, kalau boleh
sesama lakukan yang wajib. macam solat fardhu. versi jemaah. Biasalah kalau
orang ni bekerja, orang tu merantau, orang ni dah buat appointment dulu, yang
ada kat rumah tinggal niiiii je la tang berbuka..haha..bertahun2 camni, dek
sebab part of family ni kena share ngan komuniti sekeliling.


Tapi yang pasti, tahun ni aku teringin sangat tengok part of
family aku ni lebih banyak berubah. termasuklah aku. kena berubah. dalam
Ramadhan mencari keredhaan, bukan kekenyangan, pembaziran atau lebih banyak dosa walaupun syaitan dah diikat. sebab? nafsu terlebih2 tak dapat dikawal sebab dah
terbiasa amalkan dalam kehidupan seharian. berhijrah biarlah ke arah yang lebih
baik. doakan aku, doakan dia, doakan mereka, doakan kami dan doakan setiap
muslimin dan muslimat supaya menjadi lebih baik dari semalam, semalam dan
semalam semalam. supaya akhirat kelak, segalanya dipermudahkan dan berjalan
lancar hendaknya, InsyaAllah..



Moga Ramadhan kali ini, lagi ramai umat Islam yang berebut untuk lakukan ibadah, hidupkan malam2 dengan ibadah, solat, zikir, qiam, doa, dan Quran insyaallah sehingga khatam. Quran bukan untuk dibaca sahaja, tetapi untuk difahami maksudnya dan diamalkan. jangan pernah biarkan Al Quran itu perhiasan cantik di atas rak sampailah berhabuk tak terusik. kalaulah boleh, lagi molek hukum Allah tidak dijadikan undang undang sendiri. yang hukumnya jatuh wajib tapi dek kononnya tak sampai hidayah, hukum sendiri kata ~nanti2la...~



Amalkan bukan sekadar di bulan Ramadhan. kalau dah berjaya lakukan, teruskan sampai bila2.


sambutlah kedatangan Ramadhan dengan gembira, perginya Ramadhan diiringi kesedihan.


p/s: seronok la atuk2 sedara aku dapat berpuasa & umrah di Mekah Madinah 2minggu dari 1Ramadhan...~jeles2~

rindu arwah nenek..yang genap 3tahun meninggalkan kami 7ramadhan yang lepas.