Isnin, 17 Disember 2012

Di dalam aturan-Nya

Assalamualaikum

Ohaiyo! Lama sudah tak mem-belog.
Aisemen..nape aku guna ayat 'klasik' nih.

Okei,aturan..it's about our life my dear.
Perancang dan pengatur terhebat yang mencipta kita tahu apa yang terbaik. Pertemuan. Perpisahan. Perkenalan. Silaturrahim. Ada yang terjangka. Ada yang langsung tak pernah terlintas di fikiran. Fuhh.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Hebat.

Di sini -->  memang Allah lah teratas. Kau jangan pernah menduakan Dia. Tetapi dia juga in shaa Allah berada antara yang teratas dalam 'carta hati' aku. Selepas segala yang terpenting dalam hidup aku.

In shaa Allah, aku takkan pernah menyesal untuk kenal dia. Kerana Sang Pencipta telah mengatur pertemuan ini. Pasti ada hikmah. Ya, pasti! Dalam aturan-Nya, dia mengajar apa itu 'melengkapi diri' walaupun tahu setiap orang tidak pernah sempurna. Bukanlah maksud saling melengkapi yang berpacaran itu. Tapi melengkapi untuk kehidupan. Untuk beragama. Aku berusaha. Dia juga berusaha. Inginkan Jannah untuk ukhrawi. Walau apa yang berlaku, aku tidak mahu menyesal. Kerna dia hamba Allah. Begitu juga aku.

Itulah aturan-Nya. Kerna perkenalan mampu mengajar apa itu mendidik diri. Apa itu mengawal diri. Terima kasih kepada Dia dan dia.

i-l-w-h.i-s-i-i-n-s-e.
niez

Ahad, 2 Disember 2012

Zaman Moden dan..makhluk halus?

Assalamualaikum

Ouh ya..selamat melangkah ke bulan Disember ye kawan kawan. Dah nak dekat penghujung tahun dah pun. Apa perasaan korang, nak beralih ke tahun 2013 ni?

Okay la..berbalik kepada topik di atas aje la. Korang kenal makhluk halus? Syaitan? Iblis? Hantu? Ha..kalau dari segi term, aku jamin semua orang pernah la mendengar. Tapi kalau dari segi pernah melihat, aha..aku rasa tak semua ada 'kelebihan' ini. Hanya orang yang tertentu je. 

Bukan itu yang aku nak bangkitkan. Tapi aku rasa nak kongsikan tentang ni. Orang era dulu *ceit, kemain nak era lagi..* kalau dengar pasal hantu syaitan ni suma, baru dengar je dah takut seram sejuk. Tak masuk lagi yang sampai demam tak kebah kebah. Hanya segelintir yang tak rasakan begitu.

Tapi zaman sekarang ni, yang dah agaklah moden sikit, orang kata hantu ni tak muncul sangatlah. Kira takdelah nak percaya sangat. Aha..itulah yang silapnya. Kalau korang perasan, orang zaman sekarang ni la yang paling suka berkawan dengan hantu syaitan ni semua. Bukan setakat orang yang duduk di kawasan luar bandar. Yang duduk kat tengah tengah bandar tu lagi gila berkawan dengan makhluk ni semua. Kepercayaan ini semua masih ada. Nak tahu kenapa? Aku rasa korang pun sedar, dorang sanggup berkawan dengan makhluk ni dek kerana mahu menjatuhkan orang lain yang meraih kejayaan lebih dari si manusia ini. Itu bermakna, penggunaan makhluk halus dalam kehidupan zaman sekarang ni lebih melambak dari dulu. Adakah itu betul? Aku hanya berkongsikan pandangan sahaja kerana itu yang aku boleh lihat dalam senario masyarakat sekarang. 

Ya, manusia banyak yang berubah ke arah kebaikan. Dalam masa yang sama, masih ada lagi yang tamak dan terus-terusan jahil berkawan bersama makhluk halus. Ingatlah manusia, sementara hidup ni..mungkin mereka ini akan sentiasa bergantung dengan makhluk ini, tapi ingatlah yang di akhirat nanti makhluk ini akan terus mengabaikan anda terkontang kanting. Hanya Allah tempat kita bergantung dan berharap. 

sang manusia