as salam
suatu ketika nanti, ajal sudah semestinya akan menjemput kita. dan kita akan dimasukkan ke dalam liang lahad. bersendirian. tanpa ditemani sesiapapun. bermula dari saat kematian. bermaksud kita telah melangkah ke alam yang baru. alam kubur.
tadi, sempat aku membaca satu artikel tentang kematian. aku membayangkan ianya terjadi ke atas aku. selepas tu, baru terfikir perkara yang sebelum ni memang aku pernah fikirkan juga.
amalan yang aku lakukan di dunia. adakah ianya cukup untuk bekalan di akhirat kelak. adakah cukup tebal imanku. adakah cukup pahalaku. terlalu banyakkah amalan burukku. adakah aku bersedia dalam menghadapi kematian?kerana bila nyawa sudah diambil, kita takkan dihidupkan semula ke masa sekarang.
kemudian terdetik lagi. bagaimana saat kematianku? dengan cara yang bagaimana aku akan mati? kerana sakit? kerana kemalangan? dalam tidur? mengejut? ketika aku belum sempat usai solat atau amalan fardhu yang lain? ketika iman tidak sempurna? atau kerana mati tua?
kemudian, datang lagi satu perkara, apakah kemanisan atau azab yang bakal aku terima di ambang malaikat mula mencabut nyawa? pengakhiran yang baik? pengakhiran yang buruk? bercahaya ataupun hanya kegelapan di muka?
urgh, terlalu banyak yang akan difikirkan.
seterusnya, ketika dihantar ke penempatan yang terakhir. ramaikah insan yang menghantarku. atau hanya segelintir. adakah di saat itu ada yang menangisi. atau ramai yang bertepuk tangan. melompat kegembiraan melihat lenyapnya aku dari muka bumi ALLAH? adakah mereka mendoakan aku? hm...
selepas dibacakan talkin, sanak saudara dan keluarga mula meninggalkan aku. datang malaikat. adakah aku akan menyambut dengan perasaan takut. ataupun senyuman. mampukah aku menjawab persoalan persoalan yang ditanya? adakah nikmat atau seksaan yang bakal aku terima di alam kubur sehingga menunggu hari pembalasan nanti?
Allah, terlalu banyak persoalan. terlalu banyak juga harapan. memikirkan semua. ini sudah semestinya hati aku takut. cuba berubah lebih baik. dan baik dari semalam dan sebelum ini. tapi hati juga terkadang diransang nafsu yang tersangat kuat. yang kadangkala hanyut dengan begitu mudah. diri mudah terleka. walaupun pernah jiwa ini menjerit untuk meminta dillindungi dari perbuatan jahat diri. ingin bertaubat. ingin dipenjara dalam penjara kebaikan. semoga Allah ampuni segala kesilapanku yang begitu menggunung tinggi.
sampai suatu saat, dedaunan akan gugur dari pohon. begitulah juga manusia. daun yang tertulis nama kita di atasnya, suatu masa nanti akan gugur dari pohon di Luh Mahfuz. tiba saat itu, malaikat maut mula mengikuti dalam tempoh yang tertentu. menunjukkan nyawa bakal dibawa pergi, berpisah dari tubuh. begitulah kematian.
suatu ketika nanti, ajal sudah semestinya akan menjemput kita. dan kita akan dimasukkan ke dalam liang lahad. bersendirian. tanpa ditemani sesiapapun. bermula dari saat kematian. bermaksud kita telah melangkah ke alam yang baru. alam kubur.
tadi, sempat aku membaca satu artikel tentang kematian. aku membayangkan ianya terjadi ke atas aku. selepas tu, baru terfikir perkara yang sebelum ni memang aku pernah fikirkan juga.
amalan yang aku lakukan di dunia. adakah ianya cukup untuk bekalan di akhirat kelak. adakah cukup tebal imanku. adakah cukup pahalaku. terlalu banyakkah amalan burukku. adakah aku bersedia dalam menghadapi kematian?kerana bila nyawa sudah diambil, kita takkan dihidupkan semula ke masa sekarang.
kemudian terdetik lagi. bagaimana saat kematianku? dengan cara yang bagaimana aku akan mati? kerana sakit? kerana kemalangan? dalam tidur? mengejut? ketika aku belum sempat usai solat atau amalan fardhu yang lain? ketika iman tidak sempurna? atau kerana mati tua?
kemudian, datang lagi satu perkara, apakah kemanisan atau azab yang bakal aku terima di ambang malaikat mula mencabut nyawa? pengakhiran yang baik? pengakhiran yang buruk? bercahaya ataupun hanya kegelapan di muka?
urgh, terlalu banyak yang akan difikirkan.
seterusnya, ketika dihantar ke penempatan yang terakhir. ramaikah insan yang menghantarku. atau hanya segelintir. adakah di saat itu ada yang menangisi. atau ramai yang bertepuk tangan. melompat kegembiraan melihat lenyapnya aku dari muka bumi ALLAH? adakah mereka mendoakan aku? hm...
selepas dibacakan talkin, sanak saudara dan keluarga mula meninggalkan aku. datang malaikat. adakah aku akan menyambut dengan perasaan takut. ataupun senyuman. mampukah aku menjawab persoalan persoalan yang ditanya? adakah nikmat atau seksaan yang bakal aku terima di alam kubur sehingga menunggu hari pembalasan nanti?
Allah, terlalu banyak persoalan. terlalu banyak juga harapan. memikirkan semua. ini sudah semestinya hati aku takut. cuba berubah lebih baik. dan baik dari semalam dan sebelum ini. tapi hati juga terkadang diransang nafsu yang tersangat kuat. yang kadangkala hanyut dengan begitu mudah. diri mudah terleka. walaupun pernah jiwa ini menjerit untuk meminta dillindungi dari perbuatan jahat diri. ingin bertaubat. ingin dipenjara dalam penjara kebaikan. semoga Allah ampuni segala kesilapanku yang begitu menggunung tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan