Isnin, 8 November 2010

~ hadirnya di dalam lena ~


salam.

semalam hari terakhir aku menjawab peperiksaan. nak kata 'kewl giler' tu takdela jugak. having some problems with that day actually. especially when 'enjoying' answered my OR paper. dush2!!
lansung tak jangka benda tu boleh berlaku.
aha, tapi biarlah peristiwa dalam dewan tu aku je simpan. okie, disebabkan semalam jugak adalah 'my sister's wedding'...yang sebenarnya aku memang terlepas habis untuk tengok kemeriahan, kekecohan, kesibukannya. yang sudah semestinya aku akan naik angin dengan cepat kalau dalam kemeriahan tu ada ketidakikhlasan dalam diri 'orang yang kononnya ikhlas membantu' (money..money..money..)

disebabkan tayar kereta pancit,aku sampai rumah dalam 10lebih malam, di saat famili sedang mengira 'duit hadiah perkahwinan'.aku terus join buat kerja.~kelaparan tahap gaban,tengah malam memaksa perut telan nasi jugak.haha....

lewat 2pagi..
selesai tugasan baru aku dapat tidur. dengan lena sebab terlalu penat dengan kesibukan pelbagai perkara. pada masa tu la 'dia' hadir. hadir dalam mimpi aku. samada memang 'dia' yang datang dalam mimpi aku atau itu hanya mainan tidur. igauan semata. tapi aku seakan yakin itu benar. nak kata aku ada terfikir pasal 'dia' sebelum tidur, tak jugak. tapi aku gembira 'dia' hadir. kerana aku cemburu bila ada orang lain bercerita dapat bermimpikan atau terjumpa 'bayangannya'.

aku tak bercerita dekat famili aku, takut airmata aku akan tumpah pabila hal 'dia' keluar dari mulut aku. ada sejarah, ada cerita di sebalik semua itu. aku tak ingat aku berada di mana ketika itu tapi yang pasti pabila ada nenek saudara yang lain ada di samping 'dia', semua boleh nampak 'dia'.
yang pasti, aku pun boleh nampak. dari jauh, walaupun hanya di dalam mimpi, aku terasa seakan ada keseronokan, kegembiraan di situ. seperti terubat rindu aku pada 'dia'. mana taknya, sebelum ni aku berfikir, kenapa aku seorang je tak pernah lagi terserempak, adakah 'dia' belum ditakdirkan berjumpa dengan aku kerana ada keburukan dalam diri aku ni?

aku menerpa pada 'dia', aku peluk 'dia' dengan erat, dengan gembira sambil berkata aku rindukan dia..terasa seakan pelukan erat yang penuh dengan perasaan rindu itu hangat, realiti. hati aku sebak tika aku berbicara dengan 'dia'. dan seketika kemudian, semuanya hilang dari pandangan.

terima kasih kepada 'dia' kerana hadir di dalam lenaku walaupun sejenak. dapat juga terubat rindu aku kepadanya. 'dia'. . .nenek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan