Ahad, 24 Oktober 2010

keinginan nan satu~

as salam

elok elok melayan menghadap subjek agama ni,
tiba tiba plak fikiran melayang ke tempat lain..
haisy, memang lah diri tak le nak control kan..
bukan pasal apa sangat pun,
setakat teringat satu perkara..
sahabat sahabat yang dah terbang jauh nun ke mana mana tah...
terbang ke sana untuk melanjutkan pelajaran..
seronok jugak..

nak kata, tak teringin nak belajar jauh jauh sampai tahap negara orang
tipu la kalau takde
memang aku pernah merantau untuk paling lama tempohnya sebulan lebih..
tapi itu jadi berbeza bila belajar

nak kata menyesal, itulah perkataan yang sebaik baiknya tak ingin aku letak dalam kamus hiudp aku.
Allah tak pernah suka dengan hamba yang mengeluh, mempersoalkan takdir mahupun menyesal dengan segala perbuatan yang dah dilakukan (except perkara yang buruk tu memang patut disesalkan la...)

entah la, pengalaman untuk berada jauh, survive di negara orang, mengenali budaya,
mungkin akan menjadi pengalaman hidup untuk meneruskan liku liku hidup.
lain rasanya...
cuma macam sekarang,
rezeki untuk aku melangkah jauh sehingga ke tahap itu belum tiba
ada hikmah yang Allah bagi terhadap aku bila aku belum ada rezeki untuk ke sana..
mungkin aku tak tahu lagi..

kalau nak ke sana,
keputusan perlulah baik..
bukan sekadar cukup makan, lepas tu banyak famili tanggung..
banyak kot bajetnya...
insyaAllah seandainya Allah beri rezeki dan peluang,
sampai juga aku ke sana..

belajar biarlah sampai ke negara China kan? :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan