Selasa, 19 Oktober 2010

~ Rindu. . . ~



As Salam.....






rindu...




cemburu...


mungkin itu saja yang ada dalam hati aku..
bila tiba hujung tahun, musim sekarang...


musim haji...


ramai umat Islam yang menanti untuk menjalankan ibadah fardhu yang satu ini...





bertemu dengan Allah, di tempat yang suci, mulia, teragung...








terasa kemeriahan umat Islam yang bersiap sedia untuk menuju ke Tanah Suci...


bersyukur melihat mereka mula berangkat pergi..


mendoakan yang terbaik untuk mereka...


tapi dalam hati, aku turut berdoa agar aku juga akan dipanggil untuk ke sana semula.


bersama sama jemaah yang lain menjalani ibadah ini..




menyambut Aidil Adha di sana..

berbeza..mempunyai kelainan yang tersendiri, tapi masih lagi istimewa di hati aku.


kerinduan aku untuk ke sana masih lagi belum terubat..

aku menunggu masa..

menghitung hari..
menyusun doa...

semoga Allah menerima dan menjemputku untuk kesekian kali ke sana..

di saat jejaknya kaki di bumi Allah, di Tanah Suci.. tiada yang lebih indah selain keindahan Baitullah Al Haram , cahaya bumi Madinah...ar Raudhah..

kekhusyukan berdoa menghadapNya termasuklah di Muzdalifah dan Mina...
mengumpul batu batu kecil untuk dilontarkan ketika di jamrah..
berjalan kaki sepanjang perjalanan sambil mulut tidak berhenti henti dibasahi dengan kalimah kalimah Allah..
tanpa pernah mengenal erti penat, tak hiraukan suasana yang sejuk mahupun panas tika itu..
indah... kerana di situ kita membuat menunaikan ibadah dengan pelbagai kaum, jemaah dari setiap pelusuk dunia dalam pakaian yang sama..ihram..berkain putih..suci..menandakan betapa kedudukan kita di sisi Allah adalah sama sesama manusia.
melalui lorong lorong jalan untuk menuju ke tempat melontar jamrah..bersesak sesak..
kawasan yang pernah berlakunya beberapa peristiwa kemalangan seperti terhempap dan kematian.
INDAH! SEGALANYA INDAH!

dan aku ingin bermunajat di sana

beribadah dengan sebaik mungkin...
menginsafi diri yang terlalu banyak diukir dosa dosa..

semoga Allah mendengar doa hambaNya nan satu ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan