Ahad, 24 Oktober 2010

~ 7-11 ~




as salam

once again..
huhu..

ok,kalau dilihat dari angka di atas,
ada yang akan happy..
sebab tu last paper untuk kami...
mungkin juga seven eleven 'open for 24/7'
haha..

but for me,
selain dari paper terakhir aku (not bad minat jugakla..)
itu merupakan hari penting untuk akak aku (especially sabtu malam lagi dah jadi special)
termasuklah famili...(Aku pun!!)
selepas hampir sedekad ke(kalau tak silap aku la...)
akak aku pulak menyusul untuk majlis pernikahannya..
insyaAllah akan kekal dalam redhaNya..

diam tak diam(bising la tu..)
dah lama rupanya aku membesar dengan adanya dia kat rumah tu
gaduh bersama
senang bersama..(kurang berkongsi kisah hati..haha..ade ke??)
pakaian pun bukan setakat time raya je nak sama
waktu tak raya pun baju mesti nak sama
nak kata kembar..
boleh lah jugak..mana taknya, dua beradik je perempuan kat rumah tu...
'kembar 10 tahun'..ngee....

sampai satu masa,
dengan aku sekali boleh jadi kakak dengan dia...(iye ke?)
tapi boleh tahan rapat jugaklah kan..
ni bila dia dah nak kahwin,
yang rupanya tinggal tak sampai 2minggu akan menjadi isteri orang,
aku cuba membayangkan macamane keadaan aku
adakah seperti 'Seigi No Mikata' ?
hehe..akak aku belum sekejam tu lagi..
yang aku maksudkan adalah si adik yang terasa bebas bila akaknya takde di rumah..
cemburu ke aku nanti bila dia dah ada bersama yang tersayang
kongsi diri dengan abang ipar..
erm..1st time merasa dapat abang ipar..haha..

aku sedar di sebalik kelewatan dia berkahwin,
dia menjalankan tugas sebagai seorang anak
yang lebih baik dari aku
dia bekerja swasta untuk menyenangkan kerja kalau emak ada majlis (if driver busy..)
itulah yang paling utama (aku rasa..)

sepanjang persiapan untuk majlisnya,
masa aku balik seminggu lepas,
aku dah boleh nampak mak ayah aku mula sibuk menjemput ke sana sini..
seandainya aku boleh membantu...

tapi aku memang terlibat dalam persiapan perkahwinan dia..
sejak majlis pertunangan,
membuat hiasan hantaran,
memilih barang barang keperluan tertentu untuk majlis perkahwinan
sehinggalah hiasan hantaran yang bakal aku akan buat bersama kakak ipar beberapa hari sebelum majlis pernikahannya.
insyaAllah...
aku cuba bahagikan masa dengan study untuk subjek paper terakhir.
kedua duanya sama penting
sebab hakikat sebenar, yang tak terungkap tersimpan di hati,aku sayang kakak aku (sob..sob..sob..)
harap segalanya akan berjalan lancar (Ahad aku berjuang untuk exam, Ahad juga hari aku akan terlepas bersama famili besar aku yang dah lama aku tak jumpa..bukan rezeki aku di situ..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan