Isnin, 18 Oktober 2010

~ kerana kejayaan dan cinta ~

as salam.....
bukan niat aku untuk menceritakan perkara yang buruk.
tapi aku cuma rasa nak tulis perkara ni disebabkan ingin jadikannya sebagai pengajaran hidup.

okey, mula mula sekali
semalam aku sempat tonton satu cerita kat tv3, tentang misteri ilmu alam ghaib.
yang menarik perhatian aku, peristiwa ini berlaku di negara barat dan pengubatnya adalah orang Islam @ Melayu @ insyaAllah warganegara Malaysia yang bermastautin di sana.
menarik lagi, dalam kisah semalam, mereka turut mengaitkan dengan penyakit yang pernah aku present dulu, Skizofrenia.
dan peristiwa ini bukan sahaja berlaku melibatkan rakyat kita, tetapi turut melibatkan rakyat negara barat tersebut.
ok, ni tentang situasi hamba hamba Allah yang diganggu dengan makhluk makhluk halus samada syaitan mahupun jin yang biasanya di sini berlaku kerana dihantar oleh manusia manusia yang dengkikan dan iri dengan seseorang manusia yang lain.
dalam episod yang aku tengok, hinggakan orang bukan Islam sendiri turut diganggu oleh makhluk halus dan menyebabkan emosi dan fikiran mereka tidak stabil. makhluk makhluk halus ini mengganggu dengan menghasut pemikiran pemikiran manusia ini, marah, dan buat macam macam perkara lagi sehingga manusia menjadi tertekan dan membuat pelbagai perbuatan yang negatif.
ada satu kes, wanita melayu kalau tak silap aku, telah dirasuk oleh makhluk halus yang dihantar oleh orang lain. makhluk itu mampu berkomunikasi dalam bahasa asing (english masa tuh..) dan mengatakan 'aku tak mahu keluar, aku nak bunuh gadis ini!'
dan warga asing, orang non muslim yang turut mengalami situasi diganggu, dan dikatakan mempunyai penyakit skizofrenia.
hakikat sebenar, mereka sebahagian daripada mangsa buatan manusia yang lain yang tidak inginkan orang lain berjaya dalam kehidupannya.
bagi mengubati penyakit ini, mereka hanya menggunakan ayat ayat suci Al Quran termasuklah kepada pesakit yang dikatakan mempunyai skizofrenia itu tadi.
sangat menarik apabila non muslim sendiri datang untuk menjalani rawatan ini.
dan di situ, turut ada kelas untuk mengaji ( kalau tak silap) untuk membantu mereka yang memerlukan untuk mendidik jiwa dan mengelakkan gangguan itu datang lagi.

aha, selesai untuk kejayaan yang sangat dicemburui oleh orang yang pendengki.
sekarang tentang cinta.
erm..kadang kadang aku rasa macam tak berbaloi je demi cinta sanggup bergadai nyawa duit segala bagai untuk memilikinya seorang diri.
alkisahnya, tentang seorang sahabat yang mempunyai pasangan. tetapi mereka bukanlah dalam satu course yang sama, but they still under 1 faculty.
dulu, sahabat aku ni diminati oleh seorang gadis B, tapi kerana merasakan hatinya tidak pernah terbuka untuk gadis B, dia menolak cara baik. dan boleh dikatakan mereka menjadi kakak-adik angkat.
dah beberapa lama kemudian, sahabat aku bercinta dengan gadis A, seorang gadis yang baik. rupa rupanya gadis A dan B ni satu kelas. beberapa lama kemudian, tanpa dijangka, gadis A jath sakit, separuh tubuhnya lumpuh.
sahabat aku suruh pergi ke klinik/hospital..takut takut ada komplikasi di otak.
tapi selepas buat pemeriksaan, disahkan tiada apa apa yang berlaku. sudah semestinya ada sesuatu yang tak kena.
ayah gadis A membawanya ke tempat lain, dan orang itu mengatakan bahawa gadis ini telah disihirkan oleh seseorang dan faktornya kerana sahabat aku. dan cara gadis ini terkena dengan makanan yang diberikan oleh seseorang.
dan selepas diselidik, dapat tahu sebenarnya gadis B yang menyihirkan, mungkin kerana cemburu dengan kebahagiaan sahabat aku dengan gadis A, kan dia tak dapat bersama dengan sahabat aku.

dan aku cuba menasihati, mengingatkan sahabat aku kerana sebelum ini dia tak pernah percaya kewujudan makhluk halus/ makhluk lain yang turut wujud di muka bumi Allah ni..
tengok, walaupun sebelum ni aku pernah dengar, aku tak pernah sangka berlaku kat sahabat aku sendiri. tapi itulah hakikatnya, dek kerana cinta yang tak dapat dimiliki ataupun tak dapat terima kejayaan orang lain, pelbagai cara yang mereka gunakan untuk kepuasan mereka sendiri. dan kepuasan mereka apabila melihat yang lain semua di bawahnya...

renungkanlah. . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan