as salam
tiba tiba hari ini jiwa terasa nak letak mode jiwang sikit..hehe..
orang sentiasa bercerita tentang apa yang ada dalam hatinya termasuklah merasa ingin dicintai dan mencintai.
ok, aku mengaku memang teringin..sometimes la..~~
tapi, hati aku ni bila orang dah hulurkan cinta..
tak mahu pulak dia..
sebab aku pernah berjanji dengan diri sendiri (doulu doulu....)
kalau aku jumpa my 'Mr Purfect',
biarlah cinta ini sempurna dengan terus melangkah ke alam seterusnya (Processing....)
kalau tak pun,
mungkin sebab aku mengalami peristiwa yang tak best dulu dulu?
erm..pernah..pernah...ngee....
lepas tu,
kalau orang tu tunggu pun,
hati aku ni tetap tak terbuka..
kesian..kesian...
sampai ke sudah orang tu akan tersesat semata mata nak cari kunci pintu hati aku ni..
nak kata pernah suka kat orang,
memang pernah je aku suka,
tapi suka tak bermakna cinta kat orang tu terus.
kalau betul, gila banyak cinta aku kena share dengan orang orang keliling aku..
haha....!!!
cinta dan suka kan tak sama,
jadi susah juga aku nak memiliki orang yang aku suka
walaupun kadang kala cemburu tu turut datang menggigit aku (haisy,rasa nak rising kick je ngan cemburu tu)
sebab aku just SUKA?!
kalau orang yang aku suka tu tau aku suka dia pun,
kadang kadang tak lepas jugak
macam macam hal...
nak kata suruh orang tunggu,
konon nak tengok kesetiaan dia mengatakan nak kat aku je..
haha..tabiat yang paling tak best..
takkan menjadi...
jeling kiri kanan..usha sikit sikit,
awek lain tersangkut kiri kanan dia...
itu nak suruh aku jadi orang yang setia dengan lelaki macam ni..
tak perlu..
ke sebenarnya hati aku ni demand sangat?
haha..kadang kadang la kot..
tapi nak demand ape je..
aku bukan nak yang semuanya perfect..
definisi perfect orang...baik, hensem, kaya, beragama..
psst...tapi agama tu memang penting!
pernah je aku suka dengan orang yang kawan kawan aku anggap bahaya..
itu la ini la...tapi agama tetap baik..
tapi itu mungkin lebih kepada sekadar suka..
nothing inside..
berbalik pada definisi perfect,
perfect pada aku...
erm.....ape ye?
ah, nantilah..sebenarnya aku pun tak fikir sangat..
bila jumpa depan depan, baru aku tahu kot.
jap, kalau aku nak yang terlalu perfect sekalipun,
adakah aku terlalu sempurna untuk Mr Perfect?
mampu ke aku jadi terlalu sempurna di mata dia?
(teringat blog k.tasya..hu...)
kawan kawan pernah berkata
tak perlu couple sekarang ni,
terus kahwin je
tapi aku ingat seorang 'sahabat' aku "suatu ketika" dulu,
kalau nak kahwin, mestilah ada kenal kenal hati budi dulu, cintan cintan outing dating sume tuh..
em..kadang kadang hampir nak terpakai je teori ni,
tapi..tak perlu..tak perlu..
ALLAH kan lebih mengetahui..
aku jual mahal?
cinta kan tak boleh dibuat main..mestilah begitu..
cinta melibatkan hati dan perasaan..
sungguh aku tahu cinta bukan atas dasar yang halal mampu buat seseorang hanyut
kerana itu kerja SYAITAN.
tapi itulah manusia,
seperti aku..
sampaikan kadang kadang boleh je nak terjebak.
paie pernah berkata,
aku ni sungguh cerewet,
cerewet memilih cinta lah antaranya kan?
kalau tak cerewet
maknanya aku tak serius dalam sesuatu perhubungan
maknanya aku tak mampu nak bertahan lama dengan perhubungan tu.
jadi, caranya sekarang...
teruskan dengan mode 'cerewet dalam memilih'?
suatu masa, kami pernah berbincang
dah lahirlah patah kata,
'Follow with the Flow'
separuh daripada diri aku mahu ikut ayat ni, separuh lagi memberontak.
kelakar...
impian aku,
'Mr Purfect' datang dalam jangka masa 10 tahun bermula 2tahun yang lepas.
bermakna 'dia' tiba di penghujung jangka masa tersebut.
aku mohon kepada Allah untuk temukan aku dengan jodoh aku
tapi dalam masa yang sama, lambatkan jiwa raga aku untuk cintai seseorang termasuklah sekarang.
andainya ada rezeki, Allah akan temukan aku dengan 'dia'
InsyaAllah. . .