Sabtu, 25 Ogos 2012

Yeay, Duit Raya!

'Ha..salam kakak tu. Salam acik ni. Salam atok tu.'

'Ok ibu. Ok daddy.'
'Yeay!! Auntie ni bagi duit raya.. Angpau2.. Thanks acik.'

Assalamualaikum.
Okei..rasa rasanya semua orang pernah merasa pengalaman dapat duit raya. Tipula kalau idak kan? Lebih lebih lagi masa tempoh dari bayi ke kanak kanak. Ops, rasanya takdelah sampai zaman kanak kanak je.Hehe. Okeiii..apakah perasaan anda? 


Seronok?
Gile gembira melompat lompat berguling guling?
Rasa mau salam cium tangan lagi acik tu berkali kali?
Rasa nak directly pegi beli Diablo?
Ataupun...
'Mummy, ini BIRU. Adik nak duit color HIJAU! huaaaa!!!'

Duit raya or kite mau panggil angpau *in mandarin we called it - hongbao (cara sebutan - hongpau)* ni, bukan kate kanak kanak je minat tau. Orang yang semakin meningkat remaja ke dewasa ke semua minat. Senang cerita di semua peringkat umur la. Mana idaknye, dalam sampul raya tu ada duit. Bagi aku la, bila dapat duit raya, pertama sekali sampul tu pun aku rasa tertarik. Sayang ouh nak buang. Agak agak bersimpan bertahun tahun sampai kuning dulu baru buang. Ha..sape member aku, dia kenal aku ni jenis sayang sikit barang termasuklah yang pelik pelik.
-Duh, suke sangat nak jugak cerita tentang diri sendiri kan.-

Orang orang yang biasanya cenderung bagi duit raya adalah pakcik makcik mak ayah abang kakak yang sudah mula bergaji, pegang duit. Ala..senang cerita orang yang dah bekerja la kan. Nak bagi sapa? Haruslah pada yang single mingle muda remaja kanak kanak. Agak agak dah besar tu still dapat lagi, aha..ada alasan yang tersendiri bagaimana individu tersebut still boleh dapat. hehe...

Sedar tak, dulu..bila orang bagi duit raya. Isy...comelnya budak ni. Sekolah lagi ye. Mengumpul dan mengumpul la masa tu. Keliling orang mau bagi. Tak kire la sedara mara mahupun jiran tetangga apatah lagi sahabat handai mak ayah tu. Asalkan muka yang ditunjukkan masih lagi muka tak mature, muka cute mintak kena cubit, muka kanak kanak. Seronok tak seronok tak? Bahagia ye jadi budak budak.


Kemudian...jeng jeng jeng. Mula dah masuk kategori muka matang. Okei, ingat ni. Belum masuk tahap bekerja lagi. Tapi boleh kira tahap, 'Dah bosa dah ekau. Dah cantek dah ekau'..agak agak korang la kan..mesti la ni koleksi duit raya terkumpul anda berkurang sakan kan? Dalam tahap inilah, korang akan sedar..Okei, aku dah membosa la..asal cakap belajar lagi or kalau ada orang perasan anda..barulah dikira dapat duit raya. 
What about this, 'You're overqualified my dear' ... ~_~

Masuk tahap tertinggi. Mula masuk kerja, dapat gaji..Dan tak kurang juga yang berkahwin. Aha..ini sudah tiba masanya untuk korang sekalian pulak pigi bagi itu duit raya pada kanak kanak. Haha..amacam. Masa ni dok terfikir untuk berkira kira. Anak aku berapa orang? Anak anak buah berapa ramai eh? Belah mak belah ayah belah suami belah isteri? Bermacam cara la yang korang akan tunjukkan.

Dan...begitulah kisah itu bermula dan berakhir. Semua orang sedar hakikat ini. Tapi ingat, bukan bermaksud aku untuk set fikiran jadi orang tidak bersyukur ke ape ke..tapi berfikir kembali, ini yang akan berlaku dalam putaran hidup kat dunia kita ni. Bersyukur dan sentiasa bersyukur. Dan duit raya yang terkumpul..jangan pernah dibazirkan. Kumpul untuk simpanan masa akan datang.

Okei, renung renungkan dan selamat beramal my dear! Salam!!

Ikhlas,
Si_Pengembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan