Assalamualaikum
Hai kawan kawan. Pernah tak kita dengar manusia belajar dari kesilapan ? Bagaimana pulak dengan pengalaman dalam kehidupan yang mematangkan seseorang itu ? Semestinya la kebanyakan dari umat manusia dekat dunia ni pernah dengar. Apatah lagi merasai situasi seperti itu. Ha..macam berfalsafah la pulak.
Pengalaman boleh kita ambil daripada setiap perjalanan dalam kehidupan yang kita tempuh. Yang indah, kita ambil dan sematkan di dalam fikiran. Bagi yang buruk pula, kita cuba fikirkan. Dari segi mana yang boleh mendatangkan keburukan itu. Bagaimana perlu kita perbetulkan kesilapan itu. Belajar dan cuba untuk elak daripada berlaku perkara yang sama.
Tapi, bukan semua manusia yang belajar dari kesilapan terus daripada kesilapan pertama. Pengalaman yang akan mengajar manusia sedikit demi sedikit tentang kehidupan. Bahagian mana yang benar, mana yang realiti mana yang khayalan semata.
Benar, dari situlah yang akan kita katakan. Manusia itu tidak sempurna. Manusia bukanlah malaikat. Sedaya upaya untuk melengkapi diri. Berusaha untuk mencapai matlamat dan cita cita. Semuanya tercoret dengan pelbagai warna yang dicubit dari jalanan kehidupan itu.
Di situ, kita akan belajar untuk menerima dan melepaskan sesuatu.
Bukan dengan sewenang wenangnya. Tetapi tiap satunya sarat dengan alasan yang rasional.
Matang. Itu yang akan kita dapat setelah melalui setiap selekoh dalam kehidupan.
Manusia memang tidak pernah sempurna. Begitulah juga aku. Tapi sentiasa ingin mencari kesempurnaan di sisi yang Maha Esa. Itu tidak mengapa.
-penulis jalanan-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan