Khamis, 16 Ogos 2012

Jangan pernah berhenti, Jangan sekali dilupakan

Assalamualaikum..

Fuhh..fuhh..berhabuk sudah blog kesayangan ni. maaf sayangku, terlalu sibuk dengan kehidupan ~_~
Lepas tu nak tunggu mood memblog masuk lagi..again, sorry dear.

Okay la, kesibukan melanda. Tapi bukan sesaja. Seminggu selepas exam melabuhkan tirai, aku kembali ke bandar shah alam dengan utih untuk meneruskan pencarian ilmu selama 2minggu (plusplus). Sebenarnya bila orang tanya kat aku, aku mesti tak reti nak explain. Haha..dan sampai sekarang sebenarnya aku tak tahu nak cerita camana. Jap, aku cube.

Program ini dinamakan Program 3P. Program in berada di bawah naungan KPT yang dibantu oleh Prestariang untuk para pelajar yang bakal menamatkan pengajian mereka samada di peringkat diploma mahupun ijazah. Pelajar diberi kebenaran untuk memilih sendiri kursus yang disediakan. Segala yuran kelas sehingga yuran peperiksaan ditanggung sepenuhnya oleh KPT. *wow! it's free....!!!!* Okei, agak seronok ditanggung semua. Penempatan pun free. Makan minum je tanggung sendiri. Untuk kursus yang dipilih, bila dah jawab exam tu, kalau pelajar ni pass (melepasi markah lulus - tak sama berdasarkan kursus masing masing), mereka akan diberi est cert / sijil yang sah sah dari company tersebut. Sebagai contoh, company CISCO yang tawarkan kursus CCNA/CCNP/CCENT. Jadi, bila dah pass, dapatlah sijil tu. Kelebihannya ? Nanti masa kerja bolehlah mintak up sikit gaji anda. Sebab sah sah la, anda ada skill yang dicari cari walaupun Instructor saya kata, student yang ada ccna ni dah ramai. Lagi satu, tempoh masa pengajaran dan pembelajaran *macam sekolah plak* terpulang mengikut kursus yang dipilih.

Okay...itu adalah explanation untuk program yang aku pergi ni. Macam aku, aku pilih ccna sebab subjek ni aku dah belajar sepanjang degree aku tu. Tapi jangan memain, markah nak pass dia - 825/1000 tau. Aku letak tahap kekondifenan ke tahap yang agak tinggi masa tu. Ha..lupa lak, masa program ilmiah ni berlangsung, masa awal Ramadhan. Agak mencabar la jugak kan. Tapi normal la, kalau nak ilmu anytime anywhere kite boleh tempuh. Betul ke idak? -angguk cepat!- Aku berpecah dari team aku yang biasa. -paieashibaintasyaain- dan tinggal jas je yang aku betul ngam masa tu. Itu tak pernah jadi penghalang. Aku jadi rapat dengan sis -bell and eza- dan yang lain2 dalam kelas aku tu. See, tidak pernah jadi masalah kan? Manusia perlu tahu cara untuk bawa diri. Seronok je bila dengan mereka, nak pulak dapat Instructor yang baik. Bersungguh sungguh sampaikan ilmu sampai kami paham. Itu la saat yang paling seronok sebab sebelum ni banyak rupanya aku tak paham dengan betul. -salah akukah?- ~_~ 
Saham akhirat meningkat ouh camtu.

2 minggu kelas tak bermakna genap betul dua minggu dari Isnin sampai Ahad. Ini dari Isnin sampai Sabtu punya kelas. Alkisahnya sebab nak elak dari terlalu dekat dengan raya *kang budak2 ni asyik nak masuk mode raye jer* and bagi peluang dekat student untuk reseat balik paper *bagi sape sape yang tak pass @ nak dekat2 ngan markah pass tu* Dalam bulan puasa, normal kalau tang tak cukup oksigen, mengantuk sakan dalam kelas. 2 minggu ini adalah satu tempoh yang agak pendek untuk aku spend time dengan kawan kawan aku tu sebelum berpisah dan berjumpa kembali konvo nanti *If Allah wills.* Disebabkan aku ada utih, perjalanan aku agak senang. Aku pasang niat untuk pergi ke tempat yang aku sukar untuk pergi sebelum ni disebabkan beberapa halangan. Walaupun ada sikit yang tak tercapai, tapi aku teruskan jugak. Kereta Riz rosak, ada hikmah. At least, aku still berjumpa dan hantar dorang pagi dan petang. Sebab dorang sume kelas dekat nun SAAS sane. Banyak gak la peristiwa yang berlaku. Seronok dan sedih. Semua ada.

Dan tiba lah saat-saat nak ambil exam. Aku tak fokus, nervous terlampau. Punca? haha..entah, better abaikan. Dan di situ la pit-stop kami. 

Dear friends, hope we can meet again later. Just pray to Allah that our ukhwah will never end. Amin.

ps: teringat sesi beriftar bersama, p Masjid SA, PI, Hosp Sg Buloh, n apape yg kite together2. mohon ampun atas segala kekasaran yang berlaku.

Sincerely,
Your friend. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan