Sabtu, 25 Ogos 2012

Eid ul Fitri ~ Syawal Datang Lagi!

Assalamualaikum.

Sebulan berpuasa menahan segala nafsu lapar dan dahaga etc, Allah telah memberikan umat Islam untuk meraikan kemenangan dengan adanya Syawal. Bergumbira sungguh teteman sekalian ye? 
Bercerita pasal Eid ul Fitri ni, banyak benda yang berlaku kan? Masa ni la anak anak pulang ke rumah bersatu dengan famili-a. Bercuti sakan. Saling ziarah menziarahi. Well, tak lupa jugak la tentang jamuan rumah terbuka ye. 
-missta, tolong jangan berangan pesong2 cerita masuk jalan senget benget boleh idak-

Okay la, nak bercerita pasal raya sapa dulu ni? Aku? Wokeyh la, aku bukak cerita sendiri dulu.
-woit sedari! ape nie...!-

Raya tahun ni dikira aku takdela nak berapa bersedia sangat. Sebabnya...aku tak puas merasa Ramadhan. Aha, bukan bermaksud untuk poyo maupun berlagak alim. Tapi aku dapat rasa ketidakcukupan Ramadhan tu selain daripada bulan 'cuti'. Pelbagai ujian yang Allah beri masa ni. Syawal aku lebih dari biasa dari sebelum sebelum ni. Mane taknye, memasing dah besar, keja pun ada je atas bahu tu. Ha..tu tu..jangan sampai tersenget sebelah bahu sebab tak seimbang ye. Paham je la maksud aku. Yang balik rumah mak mertua, yang bekerja. Nasib baik ada si Pengarang Jantung lagi satu. Hee. Tak berhias tak bergambar walau satu pun. Huisy, macam sesedih benau la bunyik kan? Kelam kabut pepagi raya ni. Siap la sampai satu peristiwa, si Nokla ni nak sibuk2 tercicir dalam bakul orang lain. Mau lagi serabut pagi raya tu. Not going anywhere yet. Open house. Dan sesi berkunjung ke rumah atok nenek sedara. Simple je la. Know what? Gold-choc punya picture adalah satu-satunya gambar raya aku untuk tahun ini. This is not cool sayangss! Huu.
-okei, teringat iklan Aaron Aziz.haha ~_~ -

Okay, walau apa pun...masa masa kita tengah bergumbira sakan kat sini dengan ala ala meriah, jangan pernah lupa pada umat Islam yang lain. Hidup mesti saling membantu. Ada yang beraya dalam keadaan ketakutan di tempat lain. Ada yang sedang sengsara. Mereka tidak dapat merasai nikmat kesenangan seperti kita. Mereka sedang sibuk mempertahankan Islam di luar sana, berjihad kerana Allah. Jangan, sekali pun jangan pernah abaikan mereka. Perayaan mereka penuh dengan darah, mayat bergelimpangan, kecederaan, kekejaman dan kesengsaraan. Kita bermain mercun sambil gembira, mereka penuh dengan bom, peluru etc. Kata kata dan ayat aku ini mungkin tak dapat menggambarkan segalanya. Tapi aku berharap kita bersama bersatu untuk mendoakan mereka dan sekiranya berkemampuan, bersam menghulurkan bantuan.-Amin...Insyaa Allah-

ps: dengan ini, aku mengucapkan Salam Eid ul Fitri Mohon Maaf Zahir dan Batin pada semua.

Bersama Bersatu,
suara si pengembara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan