Khamis, 16 Ogos 2012

Dia Sentiasa Ada

Assalamualaikum

Hai teman hai sahabat, moga ceria dan diberkati hari  anda. -haha..masuk mode bajet-
Okay, masa baca tajuk agak agak ada rasa macam kontroversi ke idak? Aha..Please think think positive ha.

Pendek je kisah kali ini. Sebenarnya nak cerita pasal seorang hamba Allah. Sentiasa berusaha untuk mencari redha Allah, berusaha untuk berjaya. Hamba Allah ini mungkin pernah tersungkur dua tiga kali di tengah jalan. Hampir berputus asa. Dia bangkit untuk kesekian kali. 
Ada kalanya, apa yang diminta dikabulkan Dia. Tapi tidak kesemuanya. Di saat keyakinan dia hadir di hujung kejayaan, apa yang diinginkan tidak terjadi. Begitu juga untuk yang seterusnya. Kemudian, di satu saat, kejayaan itu berjaya mendekati dia. Kemudian dia sedar, adakalanya ada perkara yang dia minta tidak dapat kerana suatu hari nanti dia akan diberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dipinta. Semuanya atas rahmat Dia. Jangan pernah berburuk sangka dengan Dia. Dia sentiasa ada untuk orang yang sentiasa mengingatinya. Sentiasa bersyukur. Kerana Dia adalah Allah.

-hambaAllah-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan