Assalamualaikum.
Janda Baik. Woohooo..masa first time aku dengar famili nak merancang pergi ke sana, aku punya la rasa kegumbiraan sampai rasa nak melompat dari pokok. Eh, terlebih sudah.
Alasan untuk aku rasa tersangat la gumbira kerana aku dah berapa lama tak berjalan dan bercuti. Tu je? Ouh..tidak, ada lagi. Kerana aku tersangat la nak menjejakkan kaki ke Janda Baik yang ababang dan kekakak aku ni dah merasa sebab kekecik doulu dorang dah sampai sana. 'Almaklum la..masa dorang kekecik, aku masih lagi di alam roh. Jauh la plak kan jarak kami.Hee..'
Btw, aku memang bersyukur la sebab at last, berjaya jugak jejakkan kaki ke sana. Ehe..alkisah sebenarnya perancangan ke JB ni bukanlah planning betul ber'family outing' ni. Tetapi disebabkan mak aku kena berkursus kat nun sana, dah tu bila habis kitorang ni plan la amik mak dan tidur sana sekali. Nak kata famili outing ni half je la, sebab ayah aku pun pergi berkursus, tapi negeri lain la. CikLongAbang dan CikLongAkak plak memang ada urusan sendiri di hujung minggu tersebut. Jadi, yang selebihnya adalah kami.
~ Mami Atuk NannySu CikNgahAbang CikNgahAkak CikLangAbang CikLangAkak CikSu Ifah Adam Waya Sarah Dzulfikar Adriana ~
Disebabkan Ciklongabang tersangatlah selalu pergi training ke JB ni, so dia dah promote kan kami mana punya chalet yang antara da'best di situ untuk kami inap selama dua hari satu malam. Chalet Hawa menjadi pilihan kami. Takdelah jauh mana pun kalau dari Melaka, setakat 3jam. Best tu..sempat menyinggah makan di Genting Sempah. ps: makanan bekalan yang dalam kereta penuh 2beg besar. ni keje akak aku ye.
pss: masa ni, tengah sibuk ore klate pegi balik ke keyel sebab perlawanan bola antara klate dengan atm.memang meriah jalan dengan bendera dore.
Memang aku tak nafikan, yang sepanjang perjalanan nak ke destinasi, jalan dia likulikulikuliku. Normal, bagi aku Insyaa Allah buat macam mana pun takkan goyang la. (means mabuk ye. harap maklum) Sampai je kat chalet, tunggu en zaidi sambut. Tengok sungai tu masa datang rasa macam aku nak terjun la tu jugak la.
En Zaidi bagi kami 4 bilik. Setiap bilik kat situ dinamakan sempena nama nama pokok yang ada wujud kat dunia ni. Ala..macam Cengal, Jati etc. Masa memula aku masuk bilik tu, agak terkojot la. Sebab..hm, bilik tu just bersimen, 2katil single, penyidai baju, toilet comel dan kipas. Sebenarnya aku takda hal, cuma tengok keadaan macam tu buatkan tanggapan pertama aku, 'sejuk dan sejuk'. Oho.
Sesampai je, lepas selesaikan perkara yang wajib termasuklah solat *penting ye anak anak ~_~*, setel tukar baju basahan, terus cecah2 kaki kat ayak sungai yang jernih dan tak bape nak dalam sangat ni. okei, disebabkan kita sedang berada di dalam hutan, musim yang agak berhujan dan kawasan air sungai yang begitu, sejuk tetap terasa. kawasan yang sangat cantik sebenarnya. aman gile. dengar bunyi air sungai mengalir sepanjang masa. dan sepanjang sungai ni batu batu sungai penuh melambak la. Kawasan yang agak dalam sikit pun setakat paras pinggang je. Si anak anak semua awal awal dah keceburrr kebabom masuk air. Sampai naik pucat la tahan kesejukan aku tengok bebudak ni. Hee..
pss: kami sampai dalm pukul 2lebih petang yee~~
Aha..ada lagi satu benda yang agak menarik untuk aktiviti dalam air ni. Kasi rawatan kaki tangan sikit dengan cik cik anak ikan yang peramah. Best ouh, tapi kenalah pandai cari port dia. Ada dua tempat la dekat tempat tinggal aku tu. Siap pergi melawan arus air dengan Busu semata mata nak cari port baik dan mencabar. Tetengah sungai yang kawasannya berbatu. Mau ponat den. Nak melangkah perlu berhati hati la. Jatuh atas batu ni mau sakit tak sakit kan. Dah agak agak sejuk dan kelaparan tu, boleh la naik atas darat balik, duduk kat buaian besi tepi sungai dan makan megi cup. Terbaik jugak la. Dah setel tu, baru pergi amik mak kat ilmu. Tunggu tunggu, pegi beli makanan lagi, konon malam nanti takde makanan. ~ceih~
Sekali malam tu, En zaidi kata, memang ada makanan, yang dah di'BBQ. Antara menu yang ada: ikan bakar, ayam bakar, sayur salad yang fresh gile2. Nak pergi ke kantin ni kena la berjalan kaki sikit, sebab tu kat bahagian atas sikit. Gelap sikit la pemandangan tapi memang nyaman. Bersantai santai je. Malam tu, nak plak dorang pasal perlawanan bola live kat dewan. Nak kata dapat tengok fully tu memang tak la, sebab kejap kejap melayan yang ni jap2 yang tu. Ponat ouh, almaklumlah ramai sangat anak anak nak kena layan. Sampai ke tengah malam, aku la orang yang paling lewat tidur.
Pss: makanan yang dibeli petang tu, den kasi makan jugak tau. cuba jugak.sedap tau. 'kakikuatmakanmemangbegini.zzz~~~'
Di malam hari, aku boleh cakap, takyah nak pasang kipas tu lagi dah. Memang sejuk tahap gaban la 'orang tak berlemak macam aku memang akan cakap camtu la kan' sampai berbalut bape bungkus kain dah tu. Nasib memang prepare comforter nipis sendiri. Sepatutnya aku lena la kan, tapi tak rasa lena mana sangatlah bagi aku. Hee..
Di pagi hari, huiyoo...tersangat.Beku.!! tapi berani mati tu, nak jugak cecah kaki kat air sungai. Cool. sambil sambil tu, memang pegi buat lawatan sambil belajar la kat kandang or whatever term la yang terletak di antara tempat penginapan tu dengan kantin. Baru aku perasan. Dengan beberapa jenis burung yang pernah je tengok kat zoo. Hee..tapi aku, sapa yang kenal memang akan faham la. Excited terlebih! Yang aku kenal, ada burung merak, ayam belanda, ayam katik, ayam biasa, ayam albino, burung kakak tua putih, hijau etc. 'Etc mewakili nama burung yang aku tak tau' Hee..yang bestnye, aku boleh plak ajak burung burung ni bercakap. Aha, lupa, ada sekor ayam katik ni, sangat comel. Kalau orang datang, ayam ni akan mengekor sepanjang kandang tu. Serius! Lepas tu, ada burung yang bagi salam. Bila tengok sekali, memang tak nampak. sebab burung ni akan mengeluarkan bunyi macam biasa. Mak aku yang perasan. 'Tengok tenggorok dia'. Okay, dan memang betul. Burung ni bagi salam yang memang suara manusia. Lepas tu ada je dialog lain dia sebut. Gila aku siap mengadap burung burung ni.
Di saat orang lain mula masuk main air, aku nampak sesuatu yang menarik perhatian. Benda yang manjat manjat tu. yang kalau orang masuk kem tu, benda ni la dorang kena panjat. Aku cabar diri sendiri dan aku berjaya je panjat semua tu. Paham je la, antara benda lasak yang aku nak sangat buat dari dulu. Memula setakat aku dengan mak busu ngan akak je. Yang lain lain jadi penyeberang sempadan. Haha. lepas tu, dorang semua join skali. yang sportingnya, atuk ngan mak pun join panjat sekali tau. tapi dorang takdela panjat tinggi tinggi. si kecik si kecik tu sume? heh, tak payah cakap la.sibuk je nak join jugak.
Aku tak dapat lupakan bab tayar besar yang tergantung tu. aku yang pencetus untuk memanjat ni. lepas tu dah semua pun nak join. apa lagi, bergambar sakan la kat benda bulat tu. Sakan! lepas tu, pakcik aiskrim lalu, suma makan aiskrim. dah tu, masuk balik air beramai ramai. Sampai ke tengahari baru berenti dan bersiap siap untuk balik. sepanjang perjalanan, hujan. Best, aku harap sangat dapat pergi sana lagi. Dengan persediaan yang lebih lengkap la. Lebih lebih lagi yang kesejukan tahap gigil tu.
Apapun, Janda Baik antara tempat bercuti yang terbaik. Nikmati tau keindahan alam ciptaan Allah ni. tak rugi apa pun ~_~
salam pengembara.
ps:gambar akan dimasukkan kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan