Asssalamualaikum.
Dear my blog, hari ini terasa nak mencoret sesuatu la plak kan. Terasa sesak pemikiran ni memikirkan ayat yang berterabur yang perlu disusun rapi untuk menjadi bahan bacaan sendiri pada masa akan datang. Dan terasa sebu jugak sebab memikirkan topik ini.
Aku bersyukur sepanjang perkenalan aku dengan sahabat sahabat, semuanya adalah tergolong dalam golongan sahabat yang sihat dari segi pergaulannya. Insyaa Allah. Environment yang sihat dan selamat lagi hendaknya. Tetapi, makin dewasa, makin bertambah teman baru, aku sedar. Di situ, kita perlu berkembang dan berjumpa dengan suasana persekitaran yang baru. Dan di situ aku nampak sesuatu. Yelah, kadangkala kita ni kena la jadi observer atau apabila diMelayukan, pemerhati.
Berat aku ingin katakan sebenarnya, yang aku agak terkilan pada teman teman yang ada di luar sana. Baik lelaki mahupun perempuan. Mereka yang menjadikan dirinya begitu murah. Harga sebuah maruah yang kalau diikutkan tidak ternilai. Aku tidak mengatakan yang aku hambaNya yang terlalu sempurna mahupun baik. Cuma aku ingin meluahkan apa yang ada di dalam fikiran mahupun hati.
Aku sedar keadaan sosial sekarang. Berkenalan. Bersahabat. Bercinta. Kemudian, apa? Bernafsu. Nauzubillah. Sungguh, dugaan menjadi seorang hamba ini tersangatlah tinggi. Nafsu yang tidak dapat dikawal apabila hak kebebasan diberikan. Seorang manusia menjadi hanyut dan sesat apabila iman tidak mampu mengawal diri. Kalah pada nafsu. Dalam keadaan yang tidak stabil, emosi mempengaruhi diri. Kemudian, satu persatu perkara yang ingin dicuba.
Sebagaimana nampak baiknya dari segi luaran, sebegitulah yang sepatutnya berada di dalam dirinya. Tolonglah, jagalah diri. Peliharalah diri. Mohon sentiasa kepada dari Allah untuk dilindungi diri daripada sebarang perkara yang memudaratkan.
Aku tak sanggup lihat ataupun dengar apabila demi sebuah ikatan yang belum ada, diserahkan diri dan maruah. Kerana kepercayaan. Ingat, Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Demi sebuah perkenalan, segala yang haram seakan menjadi permainan harian dalam kehidupan kita. Allah. Aku tak kuat. Cuma, benda yang sama aku ingin katakan. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.
bliss6thjune.blogspot.com
Allah menguji hambaNya, kerana Allah tahu di tahap mana kekuatan hambaNya itu. Sekali jatuh, jangan pernah benarkan diri untuk terus jatuh selamanya. Allah sayangkan hambaNya. Moga kita kuat dalam menghadapi dugaan yang Allah berikan. Serius, terasa berat di dada apabila memikirkan perkara ini.
Aku mohon sekali lagi, perkukuhkan iman kita. Aku mohon, jagalah dirimu. Baik lelaki mahupun perempuan. Yang buruk, kita betulkan semoga menjadi baik. Yang baik. kita terus beristiqamah dengannya.
mohon jaga diri,
~niez~
notakaki: untuk ingatan diri sendiri dan mereka yang lain. #seikhlashati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan