Isnin, 12 November 2012

Jangan pernah menghalang!

Assalamualaikum.

Duhai teman,
Pabila kau lihat dia yang penuh noda.
Pernahkah kau terfikir sesuatu?
Pernahkah kau terfikir untuk membawa dia kembali ke jalan yang benar?
Atau kau berfikir,
'Ah, biarkan dia! Bukannya mau dengar kate pun!'
Sehingga terdengar oleh dia
Terkilan
Mungkin kerana di dalam hatinya terlintas niat mahu berubah
Kerana di hatinya mahukan seseorang untuk membantunya
Dek kerana kejelekan itu
Dia meneruskan dengan jalan hidup yang sebegitu
Mungkin di dalam jiwanya menjerit memberontak
Meminta seseorang menariknya keluar dari situ


Duhai teman,
Kau bantulah dia
Berikan dia peluang untuk berubah
Bukan dengan cacian
Tetapi dengan kesabaran
Berhemah
Bantulah dia dengan doa
Semoga lembut hatinya untuk kembali menjadi
Insan yang sejati
Berpegangkan Ad-Deen.

Duhai teman,
Walau sehitam mana kisah silamnya
Walau sejahat mana dirinya yang dulu
Walau sejijik mana kisahnya
Jangan kau terus menjauh
Jangan pernah kau abaikan dia
Jangan kau biarkan dia hanyut
Demi Allah,
Kita manusia tidak pernah sempurna
Bantulah agar kita dapat saling melengkapi
Sebagai hambaNya
Sebagai satu ummah.

notakaki seikhlas hati: mohon jangan halang jika mereka ingin berubah. bantulah mereka walaupun kita bukanlah ustaz mahupun ustazah. bantu dengan ilmu yang kita ada.

si_pengembara: niez

2 ulasan: