Khamis, 11 Oktober 2012

Ada yang Tertinggal di situ.

Assalamualaikum.

" Aku rasa aku tertinggal sesuatu la. Tapi la ni aku dah terlupa benda apa yang aku tinggalkan tu. Hm... "

.:. Berfikir dan Berfikir dan Berfikir .:.

Senaraikan apa yang teringat sekarang. Hoho. Okey, memain je. 
Nak tahu tak, benda yang aku tertinggal ni berada di suatu tempat bernama Sha'anan. 
Nun jauh di sana. *padahal lebih kurang dua jam je perjalanan pergi sana*
Kenangan je yang aku sempat hangkut masuk dalam trak memori aku.
Rindu aku masih ada di sana.
Bukannya apa, kat situ aku belajar bertatih, berdikari.
Dari suka dan duka dalam persahabatan sampailah mengejar cita cita yang tinggi.

Kenangan sepanjang persahabatan dan ukhwah itu terjalin memang wujud je dalam aku. Riuh rendah sungguh.
Kenangan sepanjang bersukan. Kecederaan, kekalahan. Latihan yang aku sangat perlukan. Jog, Taekwon-do, Badminton bla bla bla. Weh, ini antara benda yang aku rasa sanggup nak ulang alik. *menipulah sanggup*
Kenangan ke kelas, exam, pressure sampai nak nangis. Seronok cari ilmu ni.
Kenangan ke lokasi yang memang berjaya sungguh curi hati aku sampai bila bila. Nak aku sebut? Okeilah, Masjid Biru Sha'anan. Pusat Islam merangkap Masjid Sultan Mizan. Tasik.Uni. iseeyou..eh bukan bukan. icity.

Sungguhlah, walaupun tiga tahun tapi itu dah mencukupi untuk aku merasakan keadaan ni. Sungguh aku nak pergi ke sana. Suatu hari nanti...

salam rindu.
contengan si gilo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan