Salam..
akhirnya aku selamat sampai di rumah petang semalam..syukur alhamdulillah..
okey la,cerita sebenar aku adalah tentang majlis khamis malam jumaat di fakulti..
yang sepatutnya aku menjadi seorang 'emcee' di situ..
haha..secara tak rasmi aku terlibat dengan majlis tuh..
seharian dari pagi aku sibuk dengan kelas..petangnya berkejar dalam jubah hitam yang ayah aku beli ke fakulti dalam keadaan yang agak terik dan 'sumthing' yang nak meleleh dari hidung aku..
owh..sungguh tak selesa..
sesampai di khemah, aku dapat tahu, majlis akan bermula pukul 6.30 petang nya..dan aku perlu membincangkan semula teks aku.. masa tu,miss ajak aku naik bas untuk ambil anak anak yatim dari Rumah Anak Yatim Hembusan Kasturi yang terletak di Klang.. aku ikut, dan perjalanan sepanjang petang tu sedikit sebanyak memeningkan aku sebab sesak..semua orang nak balik rumah kan..aku dan sorang akak nih,kak ain namanya..sesama tolong masukkan duit raya untuk mereka.. lupa nak bagitau, dalam majlis penyampaian duit raya nih, fakulti jemput dua rumah,satu yang Hembusan Kasturi..lagi satu Bustanul Cahaya Cemerlang,TTDI..
sampai di rumah tu dalam pukul 7.10 petang jugak la..lepas sedikit perbincangan dengan pakcik bas, barulah kami bergerak ke fakulti..kami sampai dengan selamat dan masa tu,student sume dah abis solat maghrib. dan bersedia untuk makan..
aku berbuka hanya dengan sepotong tembikai dulu..rasa seronok tengok anak anak ni dan tetamu lain makan (walau hakikatnya aku 'nobody' kat dalam majlis tuh..tapi aku dah terbiasa..)..bermain dengan seorang bayi kecil..dan kemudian maghrib bersama kak ain dan kak anis..
tiba tiba aku teringat, yang berkaitan anak anak yatim nih..abang aku pernah bagitau dan bawak aku pergi ke satu rumah anak yatim di puchong.aku tak ingat nama rumah tuh..tapi seingat apa yang abang aku cakap dan sepanjang aku dengar perbualan mereka..kalau dalam bulan Ramadhan ataupun hari biasa,anak2 yatim ni sangat murah rezeki mereka..syukur kerana Allah sentiasa menjaga mereka..mungkin selalu dapat sumbangan dari segi kewangan,tapi pihak2 yang memberi ada yang lupa,ada keperluan dari segi lain yang mereka tak nampak..mungkin dari segi makanan..bahan bahan asas seperti beras dan makanan untuk minum petang..ataupun pelajaran dari segi kelas mengajar memasak makanan local ataupun kelas komputer/it ataupun motivasi..seronok sebenarnya bila bersaa mereka nih..mendidik diri aku walaupun mungkin tak terlalu banyak..
ok lah,sengaja nak meluahkan perkara ini..sambung pasal malam tu..secara mengejut,lepas tak jumpa aku,miss cekup orang lain yang lebih layak(kes..aku ilang gak la.miss pun tak sempat nak hubungi aku..) untuk jadi 'emcee'..aku pergilah makan dengan kakak2 nih..ada jugak abang kakak smf dan pn masrina..aku tak sangka aku boleh telan daging yang bercampur dengan lauk rebung..mungkin sebab takde bau or sebab hidung aku tersumbat or aku dah lapar..haha..tapi,aku bersyukur sebab at least Allah still bagi aku rezeki untuk makan..plus ada lauk sayur tinggal sket..ok la tuh..
disebabkan aku cancel nak bergabung solat jemaah,aku tolong kosongkan lauk2 katering dengan yang lain2...isi dalam plastik2..
walaupun aku orang yang tak dikenali,tapi still lagi boleh bermesra sikit sikit dengan abang kakak nih..ok la tu kan..lepas abis masuk dalam plastik2..aku pun macam taktau nak buat apa..niat nak anta dorang sekali balik.tapi bila tengok jam dah nak dekat pukul 10 malam,akhirnya aku buat keputusan untuk balik disebabkan ada program 'kejar kupon' di situ..haha..
di saat saat akhir,bila miss dah kenalkan aku dengan sorang student dari melaka jugak,aku saja jemput datang open house..tak sangka plak dia ni jadi catering untuk seseorang..dan di situ,terjadilah peristiwa sedikit background aku terkantoi secara tak sengaja..huhu..
biarlah perkara tu,yang penting aku seronok berada di situ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan