Ahad, 5 September 2010

~ cerita yang memberi pengajaran ~




ok, semalam aku berjaya menamatkan bacaan tentang satu buku..


lebih kepada perjuangan jugak sebenarnya..


aku cuba menghayatinya, perjuangan umat Islam di Turkistan..


si penulis sebenarnya berasal dari negara tersebut dan buku ini telah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia..


yup, cerita yang sangat memedihkan..menyayat hati seandainya setiap orang memahami cerita ni..


komunis...yang datang dan menjanjikan pelbagai janji janji manis dan bagaimana umat Islam telah ditindas, telah terpengaruh dan seksaan yang diberikan sangat teruk..


seksaan ateis..


mereka pandai mempengaruhi akal fikiran manusia, terutamanya umat Islam di Turkistan ketika itu..


MasyaAllah...!


dalam buku ni ada jugak tertulis, di mana umat Islam yang lain? kenapa tidak datang umat Islam yang berada di Turkistan? betapa teruk mereka diperlakukan tetapi mana semangat kesatuan umat Islam itu? yup, dan aku sendiri pun memikirkannya...di mana umat Islam yang lain?? situasi ni seakan akan sama saja dengan apa yang berlaku beberapa tahun yang lepas di negara arab yang lain kan...pakistan..afganistan...


aku mengharapkan sangat semua orang akan membaca penulisan ini dan mengharapkan dapat buka minda dan mata umat Islam tentang perlunya kita semu bangkit dan bersatu seperti dahulu...


InsyaAllah kemenangan akan tetap menjadi milik umat Islam suatu masa nanti..! ~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan