salam..
aku tiba tiba rasa terpanggil untuk tulis tentang nih..
sabtu hari tu aku tengok satu drama melayu..
as usual,bila dalam bulan Ramadhan yang mulia ni,memang akan keluar drama yang Islamik..
it's okay.i can give u a credit for that.
cuma aku memang tak seronok bila melibatkan kaum kaum wanita ni.harap maaf lah,cuma ini satu pandangan je kan..
hakikat sebenar di luar, mereka ni bukanlah orang yang menutup aurat..
pakaian macam tak cukup kain..
kadang kala bila inchi pengarah suruh, bagi arahan kat mereka..baru mereka ni ikut...
pakai fully muslimah..aku nak tau juga, kenapa kehendak inchi pengarah mereka ni nak ikut, tapi arahan Allah, Yang Menciptakan kita..kenapa mereka ni tak mahu ikut..
ok la,secara tepatnya,pemakaian yang betul bagi seorang muslimah adalah dengan menutup aurat..hukumnya? semestinya WAJIB!
ok,apa yang boleh dibicarakan tentang aurat? bagi seorang muslimat, dengan menutup keseluruhan kecuali tapak tangan dan muka. pakaian pulak, bukanlah yang jarang dan ketat menjolok mata. rambut, sudah semestinya perlu ditutup.
dari drama yang aku tengok ni, mereka pandai berlakon dalam drama tu..(dah kata itu memang tugas mereka kan...), cakap pasal hukum, berdebat secara sihat..bijak sungguh berkata kata..tapi adakah mereka ni mengamalkan dalam dunia sebenar??
aku kurang berpuas hati di situ..mungkin boleh je kalau nak berbicara seperti ni, tapi aku rasa macam lebih sesuai kalau diletakkan orang yang betul betul mengamalkannya dalam kehidupan harian, dan lebih mengetahui Islam dengan baik..
lepas tu,pasal yang klip tersebar di fb,aku rasa mesti ramai yang tengok klip video tu..pasal golongan2 nih yang cakap main lepas, tentang Rasulullah, pemakaian, kelakuan, arahan inchi pengarah..erm...mereka sebenarnya tidak pernah berfikir dengan betul dan waras tentang apa yang mereka cakapkan..kesian sajalah dengan mereka..
satu lagi, hal ni tentang mengaji Al Quran..aku tahu bila dah cerita berkaitan Islamik, mesti akan ada jalan cerita yang macam tu kan..dalam cerita tu, aku tak boleh terima bila bacaannya, walaupun surah yang sudah biasa dibaca..masih mempunyai salah dalam bacaan tajwid. aku bukanlah terlalu pandai dalam bab ni, tapi aku tetap tahu yang asas.. apa yang jadi punca mereka ni jadi macam tu ya??fikir fikirkanlah....
sepatutnya,tahu yang akan ditayangkan...paling kurang,mesti tanya dulu..belajar dulu..sama ada apa yang akan dibacakan itu betul atau tak...takut tersalah maksud saja nanti..
sayang betul rasanya sebab rasanya artis ni antara orang yang berpengaruh untuk menjadi ikutan orang ramai..aku tengok anak anak muda yang segenerasi dengan aku lah yang minat kat mereka..tapi, bagi sesetengah artis, adakah layak untuk kita ikuti mereka??
memang Allah yang lebih mengetahui segalanya..
tetapi seandainya sampa ada yang tak tahu batas batas tentang Islam..tak perlulah diikuti..
kalau mereka sekadar mencari publisiti, popular.. doakan saja semoga mereka akan kembali berubah..kembali ke pangkal jalan.
bagi yang mengenali mereka dengan rapat, aku mengharapkan sangat supaya bagi nasihat yang baik untuk mereka..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan