Ahad, 26 September 2010

~ aku mengalu alukan. . .



salam...
aku mengenali seorang sahabat..
dia non muslim..
datang dari sarawak...
aku kagumi dia..
sebab dari sejak perkenalan..
dia berminat untuk mengetahui tentang agama Islam..
dan..
setelah beberapa lama kenal..
memang dia dah bagitau aku tentang dia tertarik dengan Islam..
aku sangat bersyukur kerana aku bersahabat dengan seorang yang ingin tahu tentang Islam...
dia banyak bertanya..
itu dan ini..
dan aku tak kisah..
mungkin ada persoalan yang aku tak mampu nak bagikan jawapan..
sekurang kurangnya
segala ilmu yang pernah diturunkan kepada aku..
aku kongsikan bersama dia..
sekarang..
hampir setahun berlalu..
keazaman dia semakin lama semakin kuat..
walaupun aku pernah dengar dia berkata tentang dugaan dari situasi di sekelilingnya...
aku kagum..
dan selepas dia berjumpa dengan seorang lagi gadis melayu..
yang lebih dekat dengan dia..
gadis itu juga ikhlas mahu menolong..
aku bersyukur Allah memudahkan dia untuk menerima pengajaran..
sedikit demi sedikit..
aku sentiasa mendoakan yang dia akan kembali kepada Islam..
insyaAllah..
pada suatu masa akan datang..
amat mengalu alukannya...
dan aku sangat bersyukur yang aku mengenali dia..
kerana aku sedar,
tak ramai orang Islam yang sudah Islam menghayati dan belajar tentang Islam
tetapi dia..
yang diletakkan ke dalam agama lain
sedaya upaya mempelajari Islam yang sungguh indah..
mereka mencari tanpa kenal putus asa..
alangkah indah sekiranya orang yang sememangnya sudah Islam pun begitu..
pengajaran untuk aku dan umat Islam bersama..
Syukran Ya Allah kerana turut menjadikannya dia sebagai sahabat demi mengingatkan diriku kepadaMu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan