Jumaat, 29 Oktober 2010

andai saat itu berlaku



as salam

sampai suatu saat, dedaunan akan gugur dari pohon. begitulah juga manusia. daun yang tertulis nama kita di atasnya, suatu masa nanti akan gugur dari pohon di Luh Mahfuz. tiba saat itu, malaikat maut mula mengikuti dalam tempoh yang tertentu. menunjukkan nyawa bakal dibawa pergi, berpisah dari tubuh. begitulah kematian.

suatu ketika nanti,
ajal sudah semestinya akan menjemput kita. dan kita akan dimasukkan ke dalam liang lahad. bersendirian. tanpa ditemani sesiapapun. bermula dari saat kematian. bermaksud kita telah melangkah ke alam yang baru. alam kubur.
tadi, sempat aku membaca satu artikel tentang kematian.
aku membayangkan ianya terjadi ke atas aku. selepas tu, baru terfikir perkara yang sebelum ni memang aku pernah fikirkan juga.
amalan yang aku lakukan di dunia. adakah ianya cukup untuk bekalan di akhirat kelak. adakah cukup tebal imanku. adakah cukup pahalaku. terlalu banyakkah amalan burukku. adakah aku bersedia dalam menghadapi kematian?kerana bila nyawa sudah diambil, kita takkan dihidupkan semula ke masa sekarang.
kemudian terdetik lagi. bagaimana saat kematianku? dengan cara yang bagaimana aku akan mati? kerana sakit? kerana kemalangan? dalam tidur? mengejut? ketika aku belum sempat usai solat atau amalan fardhu yang lain? ketika iman tidak sempurna? atau kerana mati tua?
kemudian, datang lagi satu perkara,
apakah kemanisan atau azab yang bakal aku terima di ambang malaikat mula mencabut nyawa? pengakhiran yang baik? pengakhiran yang buruk? bercahaya ataupun hanya kegelapan di muka?
urgh, terlalu banyak yang akan difikirkan.
seterusnya, ketika dihantar ke penempatan yang terakhir. ramaikah insan yang menghantarku. atau hanya segelintir. adakah di saat itu ada yang menangisi. atau ramai yang bertepuk tangan. melompat kegembiraan melihat lenyapnya aku dari muka bumi ALLAH? adakah mereka mendoakan aku? hm...
selepas dibacakan talkin, sanak saudara dan keluarga mula meninggalkan aku. datang malaikat. adakah aku akan menyambut dengan perasaan takut. ataupun senyuman. mampukah aku menjawab persoalan persoalan yang ditanya? adakah nikmat atau seksaan yang bakal aku terima di alam kubur sehingga menunggu hari pembalasan nanti?
Allah, terlalu banyak persoalan. terlalu banyak juga harapan. memikirkan semua. ini sudah semestinya hati aku takut. cuba berubah lebih baik. dan baik dari semalam dan sebelum ini. tapi hati juga terkadang diransang nafsu yang tersangat kuat. yang kadangkala hanyut dengan begitu mudah. diri mudah terleka. walaupun pernah jiwa ini menjerit untuk meminta dillindungi dari perbuatan jahat diri. ingin bertaubat. ingin dipenjara dalam penjara kebaikan. semoga Allah ampuni segala kesilapanku yang begitu menggunung tinggi.

Selasa, 26 Oktober 2010

saya punya kisah. 3



as salam

peperiksaan baru saja bermula
satu paper sudah berlalu
saya tak tahu apa yang saya dah buat
dengan keadaan diri yang Allah beri sebegini rupa
sebagai sebahagian rahmat dan dugaan
harini saya tahu perkara yang mungkin meruntuhkan lagi benteng jiwa saya
tapi saya tak sekuat mana

biarkan?
lepas ni menghadap lagi 4 subjek
3 subjek adik beradik tiri yang killer-half killer (untuk aku)
dah hampir berjaya pun bunuh saya (sure?hidup dengan sihat je..)
lagi satu antara subjek harapan saya

moga Allah izinkan saya mampu menjawab dengan lancar dan tepat
(ops!before that..moga Allah mudahkan dan bukakan pintu hati dan akal saya terima ilmu ilmu tak ternilai harganya)
saya teringin jugak sem ni saya boleh buktikan yang saya mampu tempuhi.
insyaAllah keputusan yang lebih baik dari sebelum ni.

saya punya kisah. 2




as salam
awak awak...
kenapa sepanjang masa awak baik bangat dengan saya?
bila sampai satu masa,
saya rasa bantuan awak tu tahap maksimum la dalam diri saya
terlalu besar
besar macamane?
macam NI! (proses...)
sampai tak terbalas la...

hati awak sangat baik.
bukan macam saya
hati medium baik
haha
adakah?
kesian awak kalau dalam diam
ada maksud tersirat di situ
samada saya tahu tapi saya buat buat tak tahu
atau saya memang tak pernah tahu.
tapi saya seronok awak hadir dalam hidup saya
saya amat berterima kasih dan bersyukur awak ada

- - - - - - - - -

lepas tu
ada awak baru la.
yang saya macam nak mintak je ada bersama saya jugak
tapi saya tak kenal awak
sebab saya takut je nak kenal awak
sebab diri saya bukanlah saya kadang kadang
awak sangat sesuai sebagai diri awak
awak pun baik jugak
tapi sebelum saya kenal awak
sebelum 'banana fruits two time'
saya rasa elok saya kenali diri saya betul betul
baiki kelemahan yang ada pada saya
terima kasih kepada awak dan awak dan awak.....
:)

Isnin, 25 Oktober 2010

saya punya kisah.




as salam.

awak nak tahu sesuatu tak?
iye kan ajer,,
saye kan sebenarnya ikut masa kan
saya takleh terima diri awak ni
rasa sangat annoying gile2.
saya pelik macamana orang sekeliling awak mampu bertahan dengan awak.
bila sampai masa masa macam tu
saya rasa macam nak belasah awak
nak marah kaw2 sampai awak sedar
dan
sampai saya puas
supaya awak tahu apa yang buatkan mood saya asyik berubah ubah, tak stabil
emo emo..
saya rasa saya lebih selesa kalau awak takde depan mata saya
tau tak?!

Ahad, 24 Oktober 2010

~ 7-11 ~




as salam

once again..
huhu..

ok,kalau dilihat dari angka di atas,
ada yang akan happy..
sebab tu last paper untuk kami...
mungkin juga seven eleven 'open for 24/7'
haha..

but for me,
selain dari paper terakhir aku (not bad minat jugakla..)
itu merupakan hari penting untuk akak aku (especially sabtu malam lagi dah jadi special)
termasuklah famili...(Aku pun!!)
selepas hampir sedekad ke(kalau tak silap aku la...)
akak aku pulak menyusul untuk majlis pernikahannya..
insyaAllah akan kekal dalam redhaNya..

diam tak diam(bising la tu..)
dah lama rupanya aku membesar dengan adanya dia kat rumah tu
gaduh bersama
senang bersama..(kurang berkongsi kisah hati..haha..ade ke??)
pakaian pun bukan setakat time raya je nak sama
waktu tak raya pun baju mesti nak sama
nak kata kembar..
boleh lah jugak..mana taknya, dua beradik je perempuan kat rumah tu...
'kembar 10 tahun'..ngee....

sampai satu masa,
dengan aku sekali boleh jadi kakak dengan dia...(iye ke?)
tapi boleh tahan rapat jugaklah kan..
ni bila dia dah nak kahwin,
yang rupanya tinggal tak sampai 2minggu akan menjadi isteri orang,
aku cuba membayangkan macamane keadaan aku
adakah seperti 'Seigi No Mikata' ?
hehe..akak aku belum sekejam tu lagi..
yang aku maksudkan adalah si adik yang terasa bebas bila akaknya takde di rumah..
cemburu ke aku nanti bila dia dah ada bersama yang tersayang
kongsi diri dengan abang ipar..
erm..1st time merasa dapat abang ipar..haha..

aku sedar di sebalik kelewatan dia berkahwin,
dia menjalankan tugas sebagai seorang anak
yang lebih baik dari aku
dia bekerja swasta untuk menyenangkan kerja kalau emak ada majlis (if driver busy..)
itulah yang paling utama (aku rasa..)

sepanjang persiapan untuk majlisnya,
masa aku balik seminggu lepas,
aku dah boleh nampak mak ayah aku mula sibuk menjemput ke sana sini..
seandainya aku boleh membantu...

tapi aku memang terlibat dalam persiapan perkahwinan dia..
sejak majlis pertunangan,
membuat hiasan hantaran,
memilih barang barang keperluan tertentu untuk majlis perkahwinan
sehinggalah hiasan hantaran yang bakal aku akan buat bersama kakak ipar beberapa hari sebelum majlis pernikahannya.
insyaAllah...
aku cuba bahagikan masa dengan study untuk subjek paper terakhir.
kedua duanya sama penting
sebab hakikat sebenar, yang tak terungkap tersimpan di hati,aku sayang kakak aku (sob..sob..sob..)
harap segalanya akan berjalan lancar (Ahad aku berjuang untuk exam, Ahad juga hari aku akan terlepas bersama famili besar aku yang dah lama aku tak jumpa..bukan rezeki aku di situ..)

keinginan nan satu~

as salam

elok elok melayan menghadap subjek agama ni,
tiba tiba plak fikiran melayang ke tempat lain..
haisy, memang lah diri tak le nak control kan..
bukan pasal apa sangat pun,
setakat teringat satu perkara..
sahabat sahabat yang dah terbang jauh nun ke mana mana tah...
terbang ke sana untuk melanjutkan pelajaran..
seronok jugak..

nak kata, tak teringin nak belajar jauh jauh sampai tahap negara orang
tipu la kalau takde
memang aku pernah merantau untuk paling lama tempohnya sebulan lebih..
tapi itu jadi berbeza bila belajar

nak kata menyesal, itulah perkataan yang sebaik baiknya tak ingin aku letak dalam kamus hiudp aku.
Allah tak pernah suka dengan hamba yang mengeluh, mempersoalkan takdir mahupun menyesal dengan segala perbuatan yang dah dilakukan (except perkara yang buruk tu memang patut disesalkan la...)

entah la, pengalaman untuk berada jauh, survive di negara orang, mengenali budaya,
mungkin akan menjadi pengalaman hidup untuk meneruskan liku liku hidup.
lain rasanya...
cuma macam sekarang,
rezeki untuk aku melangkah jauh sehingga ke tahap itu belum tiba
ada hikmah yang Allah bagi terhadap aku bila aku belum ada rezeki untuk ke sana..
mungkin aku tak tahu lagi..

kalau nak ke sana,
keputusan perlulah baik..
bukan sekadar cukup makan, lepas tu banyak famili tanggung..
banyak kot bajetnya...
insyaAllah seandainya Allah beri rezeki dan peluang,
sampai juga aku ke sana..

belajar biarlah sampai ke negara China kan? :)

Khamis, 21 Oktober 2010

~~why? why? why?


i'm looking for him
but at the same time
he is missing
flying without wing
suddenly he go 'far away'
did he know that I'm tried to find him?
how could he do this to me ?
how dare u!
huh.... :P