Khamis, 11 Oktober 2012

Gelak Menangis dan Terharu

Assalamualaikum

Okeii, bertemu kembali kita di alam maya. Pheww..hari demi hari, minggu demi minggu. Kerja kerja dan kerja. *Oups, tipulah sampai weekend pun kelija.hoho* Tapi serius, bila dah sampai satu tahap tu, segalanya yang aku nak buat hanyalah berehat dan bergumbira dengan sahabat dan keluarga. Okeilah, disebabkan hari ini masa yang aku ada tersangatlah 'kosong'..teringin pula nak ber'gila' di sini. -rindu-

Untuk seminggu ni, banyak betul kejadian yang berlaku. Sampai aku tak sanggup nak simpan seorang diri. Aku cuba cari kekuatan dan ketenangan untuk itu. Kembali ke main point kita, sejak bermenjak menjak ni, aku terasa nak tengok balik apa yang aku buat dekat blog ni. Banyak cerita dulu tentang current thing, emo aku, sahabat aku dan famili aku. Yang aku rasa geli hati, nak tergelak, menangis dan tutup mulut *dari ternganga dok memikirkan mane datang ayat cliche lagi pelik boleh ada dalam post aku* Terkadang aku lupa yang aku ada tulis sebegitu dan kepada siapa aku tujukan. Mungkin kerana ketika itu, aku banyak keluarkan emosi dan nak terus lupakan saja benda tu. 

Ting! Tong! ~~ Salah satu cara nak mengekspresikan dirimu ~~ 'gilo'

Mungkin cerita aku hanyalah biasa, rutin yang berlaku pada orang lain. Tapi itulah yang berlaku sepanjang perjalanan hidup. Bagi aku, ia berbeza. Aku akan tahu menilai bagaimana cara pemikiran aku dulu sampai sekarang. Erm..mungkin sebahagiannya masih lagi sama. Masih kekal dalam diri aku. Ada yang mahu aku kekalkan dan ada yang mahu aku buang jauh jauh.


Ada masa aku gila.
Ada masa aku sedih.
Ada masa aku gembira.
Ada itu semua.
Ada perasaan.
Barulah lengkap menjadi manusia.
Barulah tahu siapa diri ini.


conteng conteng sesuka hati :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan