Assalam.
Khilaf.
Itulah yang sesuai diperkatakan untuk sang manusia.
Kerana manusia asalnya dari sifat lalai dan alpa.
Khilaf menjadikan manusia merasa apa yang dibuat, masih lagi benar.
Kerana sang manusia telah dibutakan hatinya.
Khilaf berjaya kuasai diri.
Dek kerana setitik nilai hitam yang diserakkan di segenap hati.
Hati menjadi buta.
Khilaf membuatkan sang manusia mula mementingkan diri.
Kerana ketika dan saat itu, hanya yang 'benar' berada dihadapan mata.
Keadaan sekeliling hanyalah sebagai latar yang kosong yang tidak bermakna.
Khilaf seorang manusia.
Bisa mengecewakan manusia yang lain.
Bisa mengalirkan air mata si ibu.
Bisa menambah beban seorang ayah.
Bisa mengoyakkan jiwa yang lain.
Bisa menggoyah keimanan.
Bisa menambah kemurkaan Allah.
Khilaf.
Kerana membiarkan nafsu merajai hati.
Kerana membiarkan sayang merantai diri.
Kerana membenarkan yang jahat melebihi yang baik.
Kerana membenarkan akal menuruti yang lain.
Akhirnya.
Khilaf yang kecil melahirkan yang besar.
Tatkala itu.
Hati kecil berkata.
Khilaf yang pasti akan membuatkan sang manusia kembali ke jalan yang benar.
Khilaf yang mungkin juga yang akan terus membutakan hati sang manusia untuk terus berada di jalan yang salah.
~Nukilan seikhlas hati dari saya~
2058 - 020212

"Wahai Tuhan, aku bersalah dan aku menyesal."
"Andai dapat aku kembali ke masa lalu..."
"Aku takut dengan apa yang aku buat"
"Aku pilu melihat derita mereka"
"Tuhan, maafkan khilafku ini"
"Ibu, ayah, maafkan khilafku ini"
"Teman, maafkan khilafku ini"
Khilaf yang pasti akan membuatkan sang manusia kembali ke jalan yang benar.
Khilaf yang mungkin juga yang akan terus membutakan hati sang manusia untuk terus berada di jalan yang salah.
~Nukilan seikhlas hati dari saya~
2058 - 020212
Tiada ulasan:
Catat Ulasan