Khamis, 26 Januari 2012

Malam dan Bungapi

Assalam.



sejak kecik *xterlalu kecik*, aku selalu 'follow' mak ayah kalau ada event kat bandar. mana yang aku dan akak *yang waktu tu masih bujang* boleh lepas masuk la. dah terbiasa dengan majlis keramaian yang sudah semestinya meriah dengan kehadiran beribu ribu umat manusia termasuklah tetamu jemputan yang penting. aku suka bila event besar tu berlaku di malam hari. sebabnya? aku suka suasana malam. meriah dengan orang tu satu hal la. tapi yang penting aku dapat tengok kemeriahan lampu dan..yang paling penting. mesti ada bungapi yang sangat cantik.

suasana tu akan terasa indah bila aku berdiri atau berada betul betul di bawah percikan bungapi besar tu. confirm la kalau event besar camtu, pihak penganjur keluarkan perbelanjaan yang sangat besar. that's mean, bungapi cantik tu sungguh lah mahal. bunyi dan corak setiap kali satu bungapi tu mewarnai langit malam yang gelap. rasa menghayati dengan penuh kegembiraan la. don't know how to describe it more. but i like it. that's the thing.

nak dijadikan kisah, kerana dah terlalu biasa dengan bungapi mahal ni..aku macam dah jadikan ia sebagai satu kegemaran *ke kemaruk??*. makin remaja, semakin la aku jarang dapat peluang macam dulu untuk pergi event. jadi, kekadang kalau kat shah alam tu dapat tengok dari jauh pun aku rasa dah cukup gembira.

kira pelik ke kegemaran aku ni? haha..kalau dianggap terlalu pelik sampai kekadang orang tak mampu nak melayan kerenah aku ni. nak dijadikan cerita, aku terlalu excited untuk bungapi tahun baru di icity. terlalu hampir. dan yeah, untuk berada di bawah keindahan cahaya, aku perlu masuk ke dalam ruang yang dah penuh sesak dengan umat manusia. itu tidak akan berlaku. nak dijadikan cerita, sungguh la aku sanggup buat kerja gila semata mata untuk lihat bungapi.hm...aku rindu berada bawah bungapi cantik di bandar aku.*ade jugak perasaan camtu wujud kat dalam diri aku ni.haha..*

satu hari nanti, aku akan pastikan aku cukup mampu untuk bergerak sendirian untuk melihat bungapi ni orang orang yang aku boleh labelkan untuk disayangi.

sincerely,
si gila bungapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan