Khamis, 2 Februari 2012

Along the Journey ~Adelaide

assalam

ok, menghilang selama beberapa hari. menjadi 'mak sibuk' yang menyibuk orang nak buat kerja. australia selatan membawa seribu satu makna. bandar adelaide menjadi saksi perjalanan. merentas lautan selama hampir 7 jam untuk satu malam yang indah. kedinginan adelaide menyambut kami. keramahan sahabat menyambungkan ukhwah.
hari pertama bermula apabila keseluruhan delegasi terus dibawa ke SA Water untuk diberi penerangan sistem perpaipan, perairan yang disambungkan terus dari Sungai Murray. menarik melihat bagaimana setiap warga atasan terdiri daripada orang yang sangat matang. how they do their work. sistematik. itu yang Allah beri. berjalan kaki ke Hilton bukanlah sesuatu yang memenatkan. back to work. melihat satu kawasan perumahan yang menggunakan panel solar untuk tenaga elektrik. kawasan yang cantik. walaupun setiap lot kecil tetapi pandai dihias cantik dan setipa rekaan adalah berbeza. badan mula membiaskan diri dengan kedinginan di sana. delegasi bersama 'primer' berjalan untuk mengisi perut yang lapar. tamat hari pertama.

hari kedua bermula dan kumpulan mula dibahagi kepada dua. satu akan bergerak untuk air (SAMB) dan yang selebihnya akan melawat dan mendengar taklimat berkaitan keselamatan jalan raya (MKJR). Hon Jennifer, menteri yang berkaitan bersama staf yang lain memberikan layanan yang baik. dan sepanjang mendengar taklimat, hati berkata.

"sungguhlah kali ni takde subtitle. kena tajamkan telinga dengan slanga tu"
binatang boleh dipelihara di dalam pejabat. menarikkan? keselamatan untuk masuk ke ofis sangat terjaga. attitude mereka sangat baik. lebih lagi sebagai seorang pemandu. sangat bersabar. tiada sebarang hon. mengikuti speed limit 60km/h. can you believe it! menapak ke Cleland untuk melihat koala dan kangaroo. *motiff?? ikut delegasi melihat perairan mereka, seperti River Murray yang dikatakan untuk lokasi rekreasi. *xtaula in case dorang xamik port utk kaut keuntungan dari sini. berjalan jauh melihat sehingga ke 'Mouth Murray'. sedikit isu di sana tentang Mouth Murray. dari situ, melihat SA Composer. segala pokok atau ranting yang dipotong dihantar ke sana untuk dikomposkan. recycle yang berjaya. dari sana, perjalanan yang makan masa selama 45minit terus ke hotel untuk persalinan dalam 10minit *nyway xsempat watpe sangat pun* dan bergerak ke Dewan student Malaysia yang berada 10minit dari tempat penginapan. berjumpa kenalan baru. nice one. and nice to meet you guys! pandai kamu masak. :)
hari ketiga bermula. masih lagi yang bermusyawarah dan 'presentation'. melihat bandar indah Adelaide dari puncak yang berdekatan Cleland. suhu pada pukul 10 pagi di atas tu adalah 12. bergambar sakan. makan di bandar. dan berjalan sebentar di Central Market yang bersebelahan untuk mencari sedikit buah tangan. hanya seketika, walaupun tidak pergi ke RandoMall *don't know how to spell it* . jam 5, delegasi perlu bersiap. dan yes, ayah menjadi 'kepala delegasi' yang perlu berucap. lebih kepada wakil 'primer'. sungguh tak sangka kami akan memasuki parlimen di sana. ok, lidah terasa sangat berbelit lebih banyak pada malam tu kerana berada dalam kalangan komuniti yang berkomunikasi menggunakan bahasa ibunda mereka. bila berjumpa warga Malaysia yang mampu berbahasa Melayu, sedikit lega. 'dinner' ringkas sebelum setiap menteri memberikan ucapan. sebelum ke hotel, delegasi mengisi perut di Thai Restoran bersama MASCAR, UMNO bla bla bla yang merupakan perwakilan pelajar dari 3 Uni yang ada di sana. *Uni Adelaide, Uni SA, Uni Flinders*
hari keempat, semua bersedia untuk pulang ke tanah air. tapi sebelum itu, masing masing mengambil peluang untuk mencuci mata dan membeli sedikit buah tangan buat yang tersayang di tanah air. mengambil peluang untuk menaiki tram yang laluannya memang di hadapan hotel. melihat pantai. melihat pelajar seni yang mahu memulakan ciptaan seninya di atas pantai pasir. perjalan pergi balik hampir satu jam. tepat jam 12, delegasi bergerak ke Adelaide Airport. tepat 2.30, semua bergerak ke pulang menaiki MAS.
bangunan tertua di bandar indah, sebuah masjid. yang dibina pada tahun 18** oleh masyarakat Afghan ^kalau xsilap^ yang berhijrah dan berdagang menaiki unta. masih belum sempat melawat Uni SA dan mencari buku yang berkaitan.


dedicated to my new friends, awesome 'uhkwahfillah faces' that I will keep in my mind.
.:. Kak Fatin, Kak Ain, Kak Winnie, Kak Ikmal, Kak Safiya, Sis Miriam Silva, kak Zeti, dan yang lain2.

ikhlas dari saya,
:)

2 ulasan:

  1. wah...sronok.....ade rezki smbung la master level kat oversea...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih..maaf, siapa ya?
      insyaallah seandainya ada rezeki, akan sambung ke oversea..
      mungkin masuk dalam planning jugak..

      Padam