Assalam.
agak lama tak masuk ke blog dek kerana kesibukan yang melampau *ops..tak melampau sangat.* nyway, aku rasa topik kali ni lebih kepada planning hidup dalam mengejar ilmu untuk tempoh beberapa tahun ni.
ilmu mula dicari sejak kecil. atas keberkatan ilmu yang aku pinjam dari Allah, alhamdulillah aku lancar membaca dan menulis sejak tadika. kanak2 zaman sekarang ni aku rasa lebih bijak dari tu dah bila dah tadika ni. bermula kehidupan di sekolah rendah, seronok. rasanya takdelah nak nangis sakan kena pegi sekolah. pencapaian aku baik kat situ. jatuh sampai berdarah2, menang itu ini still sempat aku rasa. setahun ke dua tahun ntah aku kat sekolah pertama, aku kena pindah rumah. berpindah ke sekolah baru. agak menakutkan tapi bak kata mak ayah aku, insyaallah aku boleh cari kawan dengan mudah. tahun ke-3, aku taktau pun pasal aku kena pilih ujian PTS. tup2, kena pegi kelas tambahan bagai. takpe, masa tu aku suka, sebab aku sangat suka belajar. then, exam begin. masa majlis perpisahan dengan guru besar *yeke??* tengah dok leka memain tiba2 nama aku naik. cikgu yang merangkap mak angkat aku dah bagi signal suh berdiri. aku pun berdiri je la. hambek kau, dah terpinga pinga. lepas tu, kekawan yang aku tatau la dok dengki or menyokong kat aku ke ape, memaksa aku suh lompat ke darjah 5. pheww, memang lurus bendul aku ni. aku pun ikutkan aje. kurang satu tahun, tapi masa tu kena kejar sket2 la kat uma mak angkat subjek yang tertentu.haru2~~ tahun5 & 6 aku pun penuh dengan cabaran. alhamdulillah UPSR aku lulus suma subjek. tamat sekolah rendah dalam umur 11 tahun. masuk menengah, 5 tahun di sekolah sama menghadapi PMR dan SPM dengan 'tabah'. cuti bermula dan sebelum tunggu tawaran, aku lebih rela isi dengan something.
masuk ILP. belajar komputer. rezeki aku lebih kepada UiTM dan still bidang komputer. kurang berminat masa tu tapi aku cuba bawa diri. satu tahun setengah aku berjaya survive untuk Diploma. buat kerja gila dengan apply Ijazah Sarjana Muda yang aku terbawak minatnya dari ILP, Network. tak menjangkakan apa yang berlaku. yep, berjaya menjimatkan lagi masa pengajian. tapi aku harus kejar ilmu yang aku 'tercicir'.
hampir 2 tahun di UiTM untuk degree, bermakna tempoh pengajian hampir tiba di penghujungnya. berbaki 2 semester, tapi orang dah duk tanya dan merancang. yep, firstly bila dah penghujung degree dengan umur dan cecah 20 ++, orang merancang untuk bekerja, sambung belajar dan kahwin. *buat bunyi cengkerik jap*hee... bab ni, ada banyak cabangnya. aku pun ada bincang hal ni dengan kawan dan keluarga. cadangan yang kawan bagi dan famili bagi amatlah berbeza. yeah, it's me yang akan menentukan apa yang aku nak pilih. nyway, aku berfikir juga perasaan orang yang perlu dijaga. mau fening kepala fikir bab sambung dan kerja ni. beberapa hari lepas, dalam tempoh masa yang sangat dekat, abang aku bertanya dan 'bagi cadangan' untuk sambung dulu study. jumpa plak pensyarah UiTM, hm..suh ayah buat benda yang sama kat aku.yang sebelum2 tu pun suma cakap, sambung. berfikir dan biarkan otak berputar ligat seharian. yep, aku ada advantage sebab tak perlu bayar hutang melambung tinggi. cuma nanti pengalaman aku 'kureng' dan akan menyambung pelajaran secara direct. adakah saya sudah bersedia dengan cabaran ini ? wallahua'lam.
yang pasti, sebelum 25 *yang merangkap dalam planning 10 tahun*, insyaallah aku genggam Master dalam tangan. semangat mencari ilmu ada, cuma keyakinan perlu aku bina lebih lagi.
p/s:bernasib baik lagilah takde orang duk tanya pasai kawin kat kanak2 xcukup umur nih.haha..lega XD
sincerely; ~me~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan