Sabtu, 10 Disember 2011

Takut dan Takut

Assalam.
Pejam celik pejam celik, masa kami untuk semester ni berbaki tak sampai sebulan.
'sikit je lagi...'
okey la, apa pulak kaitan dengan kisah takut?
Menjadi perkara kebiasaan 'student life' bila nak hujung sem ni mesti beratur lagi berlambak bertimbun timbun kerja projek assignment test kuiz proposal etc yang perlu disiapkan sebelum tamat tempoh. atau lebih lemak merdu disebut dengan due date ye anak anak. nyway, tambahan untuk aku adalah kerja kerja persatuan report itu dan ini, aktiviti, grading.
'haha..motif?? yang aku duk mem'blog memasa genting camni ape kes plak kan?'
okeyh, abaikan suara hati kejam tu kejap. ~~

untuk pengetahuan, aku perlu menghadapi situasi 'perasaan berdebar debar' yang melibatkan ketakutan sekali tu. alkisahnya kerana aku sangatlah gabra nak jawab kuiz CSA merangkap computer system architecture. 'kuiz je kut..tu pun gabra ke??' sungguh la walaupun puan dah cakap senang, tapi dek kerana sebelum tu punya kuiz aku banyak buat kecuaian. tu yang agak tak sanggup sebenarnya. dari sini la aku duk berfikir, kenapa la Incek Ketakutan ni berada dalam diri, termasuk aku la. sebenarnya dalam hal ni. termasuklah bila nak berhadapan dengan public, orang ramai, bla3 dan sepatutnya. Ketakutan tu tak pernah la pulak nak mengganas jadi gergasi ke raksaksa ke untuk makan kunyah gigit2 diri aku ni. pelik kan? kan? tak berani berhadapan dengan ketakutan? habis ape plak motif yang kau duk masuk taekwondo bertraining tendang punch orang tu suma? kan objektifnya untuk buang ketakutan. hah, nak plak cakap pasal taekwondo. segala step ke plan2 yang dah siap set dalam otak tu, mesti akan jadi samar samar je dalam ingatan dek kerana kena nilai kat depan oleh instructor. sampai macam tu sekali ketakutan tu membawa diri aku lari.

how to make yourself kebal dari ketakutan. ketakutan vs ketakutan ? keberanian vs ketakutan?
jap! 'loading.....~~~~'

ketakutan datang bila keyakinan aku lari. bila aku fobia menghadapi benda yang sama. aku nak berdepan orang, aku nak jawab exam dengan baik dan yakin dan boleh dapat result yang memuaskan, aku nak perform terbaik untuk grading. apa lagi. segala ketakutan ni sepatutnya aku yang kena kawal dia. bukan dia yang kawal diri aku. kena sergah dia kasi dia kecut dengan aku. jadi, mungkin perkara senang, aku bawak diri aku lari dekat dengan Allah. sebab Dia yang pegang segala semangat aku. untuk terus hidup kat dunia dan terus ke akhirat. aku cuba sedaya upaya mohon pinjam semangat itu. haisy, Incek Ketakutan, please lari dari saya.

Allah Allah, berikan hamba Mu ini kekuatan untuk menjalani kehidupan di dunia.

sincerely ; me

Tiada ulasan:

Catat Ulasan