Selasa, 22 April 2014

Mimpi

Hampir setahun
Kini aku terjaga
Rupanya perjalanan itu hanya mimpi
Lena sehingga terkadang senyum 
Hanyut sehingga terkadang menangis
Hebatnya mimpi itu
Seakan kisah benar
Dan aku tak mahu bangkit 
Untuk kembali ke dunia nyata
Apa yang membangkitkan aku?
Satu rasa bernama kecewa
Kecewa kerana penghargaan itu seakan ditiup angin
Hilang dari pandangan
Kerana itulah kupanggilnya sebagai suatu mimpi
Aneh
Dek kerana hampir tidak dapat bezanya mana dunia nyata mana dunia fantasi
Tapi selepas satu tempoh
Mata yang terpejam lama
Kini kembali terbuka
Aku simpan mimpi itu
Dan aku mengharapkan agar ia tidak bertukar nyata
Aku tidak mahu dihantui mimpi itu lagi
Cukup sekali...

SiPencoretHati...SangPemimpi
0015_23042014

Ahad, 13 April 2014

XPDC Kinabalu

Assalamualaikum warga kotak. 

Here we're again. Kali ini mari berkongsi pengalaman Ke Kinabalu Ke Kita? Haha. Menumpang tajuk program tv plok. 

XPDC yang sudah lama aku idamkan dek kerana berada dalam wishlist aku ntah sejak abad bila ntah. Syukur Alhamdulillah setahun bekerja, jejak juga kakiku ke puncak. Woahh...sapa tak gembira weh. 

Well, it's a normal thing when you have to do a lot of preparation before going there. First and foremost, dont forget to be fit. Get your stamina guys! Training. Keep training. Ok, group aku telah menjalankan latihan asas di HQ, mini gym, Gunung Datuk yang gila mencabar, ber'gua' di Gua Batu Maloi dan tidak pernah dilupakan..Hutan Botanikal kat tengah bandar Melaka nun sana. 

Dah sudah training? Okay, should start thinking of other things. Hiking shoes? Bags? Oo no no no..not a goodie bag ya..Baju sejuk baju panas seluar sejuk seluar panas? Ahahaha..yang penting boleh cover badan dari cuaca sejuk yang menjadi salah satu cabaran apabila anda ingin mendaki ke tempat setinggi Kinabalu. *weh, 4095.2m kot!!!* ok, sambung balik. Jangan lupa kalau boleh dapatkan longjohn one suit. Stokin berbulu bulu kambing. Glove yang tapak boleh buat grab tali dengan baik masa climbing di lereng gunung. Raincoat sebagai persediaan sekiranya hujan di dalam perjalanan. Buff, tongkat dan topi sekali tau. Others? Makanan dan minuman ringan, mini first aid. Whops, please do your medical checkup before u go hiking k. Done. 

Our trip:
Berkumpul di HQ jam 1 pagi. Bergerak menaiki bas ke LCCT dan ke KLIA. 7.30 pagi dah fly. Sampai KKIA lebih kurang 2 jam kemudian. With complimentary nuts from MAS -thanks Mr Kacang, haha- kami bergerak ke kedai makan di PuteraJaya. Beli bekalan sedikit sebanyak. Kemudian bergerak maju ke Kinabalu Park bah. Wohoo..sampai di sana dan kami dibahagikan mengikut kumpulan kecil untuk tidur semalam. Aku, USS, KakFazz, Ms A stay di rumah ketiga termahal. A little bit misunderstood on that time la. Bermonopod bergambar sakan la weh. Sapo nak stay rumah tu, harganya RM2800 3h/2m k. Dah siap mengasingkan barang mana patut tinggal, barang mana patut bawak, kami bergerak bersiap untuk makan di Balsam Buffet Cafe. Sejuk tak sejuk? Masih bisa tahan lagi dong. Makan kekenyang dan dengan briefing dari PP. Balik rumah dan tidur! End of day 1.

Okay, wake up everybody. Morning morning. Lena atas katil empuk mahal bersama bantal bantal, bangun jam 4 pagi dan bersedia untuk mandi solat dan apa apa yang patut. Weh, sapo tak excited. Abang Saad Pak Ali Kak Azi ulang alik datang  tengok kitorang dan tunjukkan dalam gelap tu, depan tu la Laban Rata dan summit. Bersiap dan bersarapan di Balsam lagi sekali. Semua bertshirt merah. Baju official. Dah lepas penyerahan minum pagi dan tag, semua naik bas dan van. Bergerak ke Timpohon. Laluan kami untuk mendaki ke atas. Lebih kurang jam 9 kami melangkah. Dan melangkah. Kumpulan besar mula berpecah kepada kecil. Mengikut langkah dan kemampuan masing masing. Perjalanan aku adalah 5 jam sebelum tiba ke Laban Rata. Selepas melalui pondok pondok Kundis, Ubah, Lowii, Mempening, Layang-Layang. Aku rasa ada yang aku tak ingat. Haha. Ditemani si Guider bernama Marcellus yang mengangkat beg dengan banyaknya. Tipsss: sila berzikir, berborak bagi memastikan mental anda tidak menjadi lemah dan down sehingga mengesetkan badan jadi lemah. Itu yang aku buat dengan guider. Thanks to you. Ada yang kata, tak penat ke berborak? Anda hanya perlu bercakap secara normal sahaja dan gelak sikit. Dan lagi satu, kalau boleh elak tangga tinggi untuk langkah besar, elakkan. Cari step yang mudah supaya kaki tidak sakit. Aku asyik kena tegur tiap kali langkah besar dan ter'pacing' laju. Yang paling penting, aku teramat mudah lapar. Mengunyah sepanjang masa. Perjalanan macamana? Ok, memang ada track. Ada yang bertangga, ada yang berbatu dan ada juga landai. Whatever it is, please be careful with your steps. Sambil tu boleh nikmati kehijauan alam semulajadi tu. Best 👍👍 Subhanallah Maha Suci Allah!
Melangkah di Laban Rata dengan satu kepuasan. Cantik. Sejuk. Penat dan lapar tu memang ada la. Fyi, megi cawan adalah RM 5..harga puncak kot. Hargailah makanan, rezeki dan usaha orang orang yang membawa naik dan turun segala barang dari kaki gunung ke atas. Lunch kami adalah jam 4.30 petang. Dah makan kenyang2, masuk bilik hostel kami yang bercampur, bersedia untuk pagi nanti. Lebih tepat tengah malam nanti. Dengan berbaju tebal tu kami tidur. Suhu, hampir 6 darjah celcius. Jam 8 lebih kami tidur diiringi lagu dengkuran dari dua individu. Masing masing tak tidur lena kot. Haha. Apa kisah, yang penting tak sabar nak ke puncak. Kepada yang sakit, dah boleh start makan ubat juga ye. Ok, tutup lampu. End of day 2.

Jam 1 pagi, bangun! Bangun! Semua mata kelat kelat masuk toilet main air sejuk beku dan bersedia untuk late supper. Makan sampai kenyang. Bekalkan air panas. Sarung dan bungkus satu badan. Headlamp ready? Ok good. Let's go. Dengan Nama Allah kami memulakan perjalanan. Tangga dilangkah penuh berhati hati dalam gelap tu. Dengan bercampur kumpulan lain. Seperti biasa, sekiranya pacing anda adalah cepat, jangan tunggu orang yang lambat. Can cause injury to u. Dengan batu yang besar, dan paling bagus kau takkan tau kau sedang memanjat tali di lereng batu gunung. Atas bantuan guider tersayang, dia setia memimpin aku dan kakfazz sehingga ke puncak. Sampai ke Sayat Sayat pun masih ada hati mau mengusik kami. Bersama kami, adalah uncle Low dan bang Sham. Selepas lapor diri di Sayat Sayat, bermulalah langkah setapak dua tapak berhenti. Hehe. Berada di ketinggian 4000m dan sejuk, kena kawal cara pernafasan dan langkah. Bagi memastikan degupan jantung anda tidak terlalu pantas. Kami melangkah lebih kurang 10-20 tapak dan berhenti. Jangan lari. Anda akan ditegur lagi. Untuk pengetahuan, aku adalah antara climber yang BP rendah. Tapi syukur alhamdulillah aku tak menghadapi sebarang simptom2 yang tak ok. Sejuk? Sangat..tapi masih aku dapat kawal. Sehingga ke KM8.0, kami berhenti untuk Subuh. Nasib bang Sham ada spray tu. Berwudhuk dan solat di kawasan sedikit landai. Guider kesayangan setia menanti kami usai solat. Di hadapan kami, Low's Peak. Ala..yang dalam duit sehengget tu...jam 7 pagi kami sampai summit. Wuhuuu!! Subhanallah cantik!! Guider kami cakap, jangan pandang atas selagi tak sampai. Lihat langkah. Supaya anda tak rasa serun dan down. Aku hampir terlupa pasal papan tanda yang paling tinggi tu. Dan aku hampir tak mahu naik ke atas lagi. Mujur ada kakFazz. Gracias my dear. Dan seperti biasa guider kami setia meneman hingga ke atas. Tambahan lagi seorang, Subri. Dah siap gaduh gaduh kat atas dengan group yang bergambar lambat, kami turun. Lepak sebentar di situ sambil makan minum, ehem..paham paham saja saya ni cepat lapar. Kasi can guider kami berehat. Dan lihat group kecil Datuk ceo kami naik ke atas, barulah kami turun. Oit, seram tak seram? Tipu kalau kata aku tak fikir masa mendaki tu. Tapi Alhamdulillah sebenarnya tak berapa susah. Atas bantuan guider juga. Menggigil tak menggigil aku turun tu, bila tang cerun jela. Si guider yang baik hati turut mengambil gambar patung yang bermastautin di puncak. Terharu de. Sambil turun sambil berborak. Sampai Laban Rata semula, makan puas2. Topup energy. Dan bersedia untuk turun ke kaki gunung semula. Kinabalu Park. Aku tertinggal di belakang. Dan sampai aku tinggal dengan Suratin yang dah sakit kaki. Di ketinggian berapa tah aku dah start mabuk pening kenining nak muntah nak pitam. Sehingga di checkpoint Kundis, aku dengan Suratin. Dan aku terus laju tinggalkan dia. No guider. Mereka ambil laluan lain. Aku melangkah laju nengnong nengnong seorang diri. Sambil tu aku dah marah diri aku supaya bertahan. Paksa diri sehinggalah tiba ke destinasi. Nasib ada Zul Hana Mai Kamarul kak aziah en sham yang sampai awal dan kemudian dari aku. Naik bas pun terpaksa pejam mata. Tiba di Reception, berehat makan ubat makan nasi sementara tunggu group datuk. Well, memang bermain hujan skit masa tu. Hampir jam 6, group datuk tiba dan kami bergerak direct ke pasar filipin, makan makan makan. Ok la..bersyukur dapat makan kan? Dengan kaki masing masing berjalan macam Pingu dan busuk dengan peluh, check in kat Celyn Hotel. Lega dapat mandi. Rehat rehat dan tidur. End of day 3.

Wake up! Jam 6 sama seperti jam 7 di Semenanjung bah! Muscle kaki dah rasa macam kena skrew ketat ketat. Tegang gila2, nak solat dengan tabahnya. Jam 7 dah mulakan langkah mencuci mata, mencari sedikit buah tangan buat orang di Semenanjung. Tapi isi perut dulu. Kaw2 minta diskaun. Dah tu makan durian lagi, dengan faveretku...Jus Alpukat merangkap avocado. Tak lupa singgah kat kedai makcik Jamilah. Hehe. Ok, kena bersiap sebelum checkout jam12...
Makan makan, kemudian berada di airport semula. Weh, terasa pantas masa berlalu. Sijil berwarna dalam tangan, 29/30 berjaya berada di puncak. Dan kami akan pulang ke semenanjung. Transit ke Labuan selama 45 minit, dan tanpa diduga, cabin crew bertukar. Bergambar dengan Zarul umbrella dan dapat complimentary nuts lagi sekali. Wuhuu..! Tiba di KLIA hampir 7.45 malam. Dingdong dingdong, kami menaiki bas dan pulang ke HQ. Tiba hampir jam 10 kot. Bersedia untuk kembali ke rumah dan rehat. End of day 4.

-END OF STORY-

Pss: sangat rindu dengan aktiviti ini, sangat rindu dengan kinabalu. Thanks everyone! 💘

                                      

Sabtu, 11 Mei 2013

Yes, Kau Ditipu!

Assalamualaikum

Terlalu lama tak menambah isi dalam blog ni. Well, selamat bertambah setahun lagi umur blogger. Ok stop.

'Kau percaya tak, kau senang kena tipu?'
'Eh, mana ada...!' sambil kuis kuis pasir pakai ranting kayu.
'Kalau macam tu, camana kes malam tu boleh berlaku?'
'Er..yang mana eh? Ouh..yang jumaat malam tu...ke? Dah dorang kan member aku. Lama tak jumpa plak..'still jawab dengan acuh tak acuh. Tapi macam nak fokus pada topik.
'Iyeee...ke? Member buat benda tak best macam tu ke?'Kes saja nak provok lebih lebih skit.
'Hm...kau ni kan..memang nak suh aku bukak cite jugak eh? Okei la okei la. Aku cite balik..' ~ SET..REWIND SESSION.

Trutt..trutt..You Phone is Ringing!!
'Yep? Nak bercakap sama sapa?'
'Astro..Astro..'
'Wrong number'
'Ok, sama kamu la. Akak ni.'
'Oo..'
'Malam ni free tak? Jom keluar makan'
'Ok..' :kes semangat nak jumpa.
'Naik seketa eh..'
'Ok''Makan mana?'
'Nanti taula'

Malam lepas berkumpul satu kereta, ke lokasi kejadian. Dah agak lewat untuk orang macam Aku. Dah order, then tau tempat makan yang ni agak lama kalau siap. Dorang dah ajak ke satu tempat.

'Jom teman'
'Pegi mana?'
'Sana tu..' :macam tak seronok je dorang ni. Ape kes??!?!

Pandang depan ~Jxxxxmm~ Hm...?? Kata tempat belajar, tapi yang naik orang besar pakai Kot.

'Jom la naik. Kejap je..' - okei, mula tak best.
'Takpa, tunggu makanan siap' :sekali makanan siap bungkus.
'Jom naik..' :ok, nak tak nak kena naik. Tengok jam kat HP, melampau dah ni. Cari si Penyelamat.
"SOS..Urgent..Urgent" :SUCCESSFULLY DELIVERED.

Trutt..trutt..You Phone is Ringing!!
'Yo, kenapa?'
'Kau kat mana? Aku macam kena tipu. Kata ajak makan, tapi sebenarnya cam nak suh join business. Senget. Aku takleh lari sekarang sebab kereta aku kat rumah dorang. Amik aku weh.' :Saja amik cita kasi senafas.

'Aku kat SMxx. Tengah keja ni. Camana la boleh kena. Haish. Aku habis keja dalam 10. Ada minum. Nanti aku cuba inform.'

'Tak lama ke?'
'Kau kan tau camana aku drive'
'Hm..tau tau' :Dalam hati doa cepatlah dia boleh amik Aku.

Dalam Jxxxxmm..

'...datang sini sukarela ke paksarela..?...kalau nak, mula dengan sahabatbaik..call dia ajak keluar, lepas tu terus letak phone. Malam tu, make sure dia pakai seluar bukan kain..masuk je kereta terus lock kereta..sampai depan bangunan ni ada tangga..ajak naik..etc...' :wow, memanglah business sah tapi camni trick dia ke?sori, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Sekeliling dah bising menjerit jerit bersorak bersemangat 'HxxxxxxSxxxxxA!!!'

Mesej Masuk Mesej Masuk.

"Aku dah sampai sini sinun, tunggu aku dekat sanun"

'Aku gerak balik dulu.'

Turun bawah dan on time..si Penyelamat hadir dengan kuda besi. Heheh..hiperbola melampau kejap. Dah selamat satu situasi, satu hal lagi. Nak pergi ke rumah member tu dan amik kereta. Fuhh..memalam, nasib baik la drive laju. Cuba untuk dapatkan on time untuk sampai ke destinasi. Kesian. Tapi Aku memang berharap pada Dia.

'Tiba'
'Sampai dengan selamat'

:: Thanks to Penyelamat. Balik rumah dalam keadaan pecut dan melanggar beberapa peraturan. Admit. Aku bersyukur Allah masih kekalkan ukhwah antara Kau dan Aku. Ya, Aku ditipu. Dan Aku jadikan itu pengajaran dalam hidup. Tak sangka walau yang mengajak itu orang yang baik dengan Kau. Aku menahan lapar, penat dan mengantuk. Hikmah selebihnya, Aku berjaya jumpa sang Penyelamat yang suka buli Aku setelah 6bulan mengharung duniawi yang sibuk.

'Gracias muchoss'Sambil tunduk selepas habis bercerita.

'So..the conclusion is, Kau berjaya Ditipu' GelakgelakGelak.
'Yela...' Terus kaku.

- The End of Story -

Jumaat, 8 Mac 2013

New version of my life

Assalamualaikum
Bersyukur ke hadrat Ilahi aku masih dipinjamkan nyawa masih bernafas di muka bumi Allah ni.
Bersyukur aku diberi peluang meneruskan hidup dengan baik
Bersyukur kerana Allah mengurniakan yang terbaik untuk aku. Kerana Dia Sang Pencipta. Maha Hebat dalam merancang perjalanan hidup manusia
Kisah aku diselitkan dalam bentuk hiperbola mahupun metafora.
Lebih senang dalam situasi tersebut.
Kerana kadangkala aku gagal ekspresikan perkara tersebut dalam keadaan secara langsung.
Maafkan aku. Aku manusia biasa. Yang penuh dengan pelbagai cerita'common' yang memberi pengajaran. Kepada aku mahupun yang lain.

Greetings,
Me~future ITE(n)

Rabu, 23 Januari 2013

Melancong sakan! part 1 USS - Legoland

Assalamualaikum

Alhamdulillah, masih lagi bernyawa di bumi Allah ini. Dan aku masih lagi mampu (er..actually atas sebab orang lain) untuk melihat bumi Allah yang luas ini. Menimba ilmu dengan cara mengembara. Bak kata orang, ambil kesempatan ini selagi orang bagi peluang. Tak salah..demi ilmu.


Okei la, disebabkan tempoh latihan industri yang merangkap praktikal aku telah tamat (yippie!!! mendeka! mendeka!), jadi terlalu banyak la perancangan yang telah dirancang. Tapi yang nak melangkah ke USS Singapore - Legoland - JPO ni takdelah nak masuk dalam perancangan sebenar aku. Ini disebabkan kewangan aku yang takdelah menarik sangat. Pakej ni plak mau setengah ribu. ~ nak mengecikkan balik mata yang membulat..sebenarnya dalam 500 lebih la. bayaran orang dewasa la katekan. ~ dah nama masuk dua tempat, plus minus dengan hotel lagi, makan minum lagi, transport lagi..erm..ok la tu. kene tahap bersyukur la kan. nak dijadikan cerita, sebenarnya ini plan makcik aku. Dah last minute, makcik still pujuk dan aku pergi la jugak.

Ha..yang lagi best, percutian aku betul betul bermula on the last day aku berpraktikum. Untuk pertama kali dan yang terakhir kalinya aku pergi balik ofis makcik aku yang hantar. Weirdo ~ sungguh bila pergi kerja dalam keadaan macam tu. Dengan itu, laptop pun aku tak bawak di hari terakhir aku bekerja. Eh, ok la. Lari topik la plak. Aku tak balik rumah. Dari ofis, terus tidur di bandar Melaka. Ha..sebabnya rombongan kami ni kena berkumpul di Kompleks Al Falah dalam pukul 4.30 pagi kalau tak silap la. Bergerak..bergerak..bergerak, dan tiba di salah satu perhentian di Johor untuk Subuh. Dan kembali meneruskan perjalanan sambil menikmati nasi lemak yang sedap. * Alamak, masih terliur sampai sekarang..camane ni.. *

Perjalanan yang pertama kali buat aku (ke Singapura ni). Jadi, banyak la yang aku belajar. Turun naik kat imigresen Malaysia dan Singapura. Ehm..yang Malaysia ok lagi la. Sampai bab imigresen lagi satu, aku rasa sapa yang pernah jejak ke sana melalui pengangkutan bas, boleh faham la. Angkut semua barang dan beratur. Paling tragik kalau saat itu musim cuti persekolahan dua negara ini, ha..plus2..hujung minggu. Amekaw. Bersesak sakan okei. Ha.jangan lupa tentang peringatan 'banned the chewing gum', cigar..etc. Nasib baik barang nak bawak masuk singapura hanyalah setakat beg sandang untuk pelindung si Iphong, Nokla dan barang2 simple lain..Passport jangan lupa ye ;)

Ohya, rombongan cik kiah aku ni kena bertukar bas kat imigresen. So, layankan aje la. Direct je ke USS Sentosa Island tu. Ok, yang menarik perhatian aku..kesemua kenderaan bijak mengikut speed limit. Kalau takat tu, takat tu je la yang dorang ni bawak. Bagus. Kebersihan pun, yeah..not bad. * Haha..aku bagi komen lapuk jap * Selamat tiba di USS, bergerak pantas mencari permainan dari setiap bahagian. * Pss: sebenarnya takdelah banyak mane pun game yang aku dapat rasa. * Cari makan di Egyptian punya restoran. Wa..sebut pasal bab makan ni, aku sangat2 suka. Mana taknya, makanan berarab arab, teramat2 mahal, tapi berbaloi. well, sebenarnya 14 dolar la. Nasi sepinggan penuh, masuk lauk yang penuh kat tepi, siap air sejuk yang memang terliur dan dessert. Ehem, yang lain2 tu ada la tambahan kosnya. Btw, jangan lupa..untuk makan pun kena beratur panjang sepanjang panjangnya macam tunggu giliran game okei. ~_~ Ha..jangan lupa, hujan melengkapkan kisah kami di sana. The end of USS.




Ha..tidak dilupakan. Solat di Masjid Sultan. Orang selalu kata, kat situ murtabak sedap lagi gedabak. Lepas tu, Arab Street lagi. He..kalau agak2 nak tanya apa pengalaman aku, maaf. Aku selesa di Masjid Sultan.

Di malam hari, bergerak sepantas mungkin untuk keluar dari Singapura. Btw, aku tertarik dengan binaan bangunan yang ada bentuk kapal atas tu (sori la..den taktau namo eh), roda ferrrghiss yang besar di kawasan marina tu. Dan beberapa binaan yang ada berhampiran kawasan tu. Niat2, suatu hari nanti dapat merasa naik roda roda feerrrgghiss singapura ni plak.hoho.

Dah isi perut yang kebulur di Johor, dekat daerah mane tah (dah malam n penat, sume tu tak melekat kat otak sangat)..mungkin Danga Bay kan..Singgah selalu.agak meriah. Terus balik ke hotel. Pandangan malam bagi aku tersangat sangat cantik, lebih lebih lagi dapat tengok seberang Johor. Berehat untuk persediaan ke Legoland!

Pagi! Makan sebanyak mungkin untuk tenaga ke Legoland. Then, menuju ke kilang aka kedai coklat dulu. Menarik..ada info kesihatan yang aku boleh dapat kat situ. Dark choc ni baik untuk kesihatan jantung. Makan sebijik dua untuk setiap hari, in shaa Allah mampu melancarkan perjalanan darah tu semua. Eh? Plus2 kat satu produk coklat ni, dia salut dengan serbuk tiramisu. Nampak macam tak menarik la sebab coklat dia nampak dull xberkilat kan..lagi satu, aku cakap ni, sebab aku rasa tak berapa ramai sangat minat dark choc ni..yela, payyiit la katekan..

Ok..tibalah saat saat ke Legoland. Cuaca, alhamdulillah..terik.hehe..terus masuk, amik peta dan rancang. Mana yang patut masuk dan agak2 perlu dikemudiankan. Memang menarik sebab kebanyakannya sah dari lego. Err..yang game besar2 yg bergerak2 tu, takdela ye. Dan aku paling suka dengan taman mini dia..so real kata kau. Kebanyakannya monumen yang ada di Malaysia dan negara lain. Gambar? ada..tengok la kalau ada.haha..Okei bab makan pulak..memang senang, mostly Halal. Tapi dalam harga yang sama, hanya dapat nasi yang dari mangkuk tu, ayam masak kari, 2 ketul. Ohmo, don't worry..sentiasa bersyukur dengan rezeki Allah. Tugas manusia seperti aku untuk memerhati  dan menilai keadaan sekeliling. Ha..satu game yang aku dapat naik, yang agak macam nak terkeluar jantung aku..hee..ade la. Gambar tu dah siap beli, tapi sayang. Hilang sudah. Beli keychain *dah lesap ouh..sedih*. Jangan harap la ade letak harga 2 hengget, 5 hengget tu de. Haha..dan..ini juga adalah musim hujan, cuti persekolahan. Sila faham ye :)


Bergerak ke Johor Premium Outlet (JPO)! Woah..jap. Kenapa aku woah? Hehe..aku kurang berminat sikit dengan barang barang branded. Tapi menarik sebab aku dapat tengok perangai manusia. Yang berhabis duit. Sanggup beratur. Well, hak masing masing. Mestilah yang mahal itu berkualiti kan? Aku? cuci mata je..em..sempat lagi terserempak dengan staf satu tempat keje ngan aku. klaka sungguh.

Pasal Johor, memang aku jarang pergi ke sana. Tapi aku suka tentang masjid, Istana yang berada di tepi jalan..most of the historic buildings yang ada kat sepanjang perjalanan aku tu la. Itu yang penting. Baru la tau, apa yang ada di Danga Bay. * Haha..teruk betul bunyiknye aku ni.. *

Jadi, apa lagi? Silalah beramai ramai membuat perancangan untuk bercuti ke dalam negeri dan ke seberang. Banyak lagi yang boleh didapati dengan berjalan ni sebenarnya.


~ The End for USS-Legoland-JPO ~

Sincerely, 
Si kicil yang suka dapat merantau.

Isnin, 17 Disember 2012

Di dalam aturan-Nya

Assalamualaikum

Ohaiyo! Lama sudah tak mem-belog.
Aisemen..nape aku guna ayat 'klasik' nih.

Okei,aturan..it's about our life my dear.
Perancang dan pengatur terhebat yang mencipta kita tahu apa yang terbaik. Pertemuan. Perpisahan. Perkenalan. Silaturrahim. Ada yang terjangka. Ada yang langsung tak pernah terlintas di fikiran. Fuhh.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Hebat.

Di sini -->  memang Allah lah teratas. Kau jangan pernah menduakan Dia. Tetapi dia juga in shaa Allah berada antara yang teratas dalam 'carta hati' aku. Selepas segala yang terpenting dalam hidup aku.

In shaa Allah, aku takkan pernah menyesal untuk kenal dia. Kerana Sang Pencipta telah mengatur pertemuan ini. Pasti ada hikmah. Ya, pasti! Dalam aturan-Nya, dia mengajar apa itu 'melengkapi diri' walaupun tahu setiap orang tidak pernah sempurna. Bukanlah maksud saling melengkapi yang berpacaran itu. Tapi melengkapi untuk kehidupan. Untuk beragama. Aku berusaha. Dia juga berusaha. Inginkan Jannah untuk ukhrawi. Walau apa yang berlaku, aku tidak mahu menyesal. Kerna dia hamba Allah. Begitu juga aku.

Itulah aturan-Nya. Kerna perkenalan mampu mengajar apa itu mendidik diri. Apa itu mengawal diri. Terima kasih kepada Dia dan dia.

i-l-w-h.i-s-i-i-n-s-e.
niez

Ahad, 2 Disember 2012

Zaman Moden dan..makhluk halus?

Assalamualaikum

Ouh ya..selamat melangkah ke bulan Disember ye kawan kawan. Dah nak dekat penghujung tahun dah pun. Apa perasaan korang, nak beralih ke tahun 2013 ni?

Okay la..berbalik kepada topik di atas aje la. Korang kenal makhluk halus? Syaitan? Iblis? Hantu? Ha..kalau dari segi term, aku jamin semua orang pernah la mendengar. Tapi kalau dari segi pernah melihat, aha..aku rasa tak semua ada 'kelebihan' ini. Hanya orang yang tertentu je. 

Bukan itu yang aku nak bangkitkan. Tapi aku rasa nak kongsikan tentang ni. Orang era dulu *ceit, kemain nak era lagi..* kalau dengar pasal hantu syaitan ni suma, baru dengar je dah takut seram sejuk. Tak masuk lagi yang sampai demam tak kebah kebah. Hanya segelintir yang tak rasakan begitu.

Tapi zaman sekarang ni, yang dah agaklah moden sikit, orang kata hantu ni tak muncul sangatlah. Kira takdelah nak percaya sangat. Aha..itulah yang silapnya. Kalau korang perasan, orang zaman sekarang ni la yang paling suka berkawan dengan hantu syaitan ni semua. Bukan setakat orang yang duduk di kawasan luar bandar. Yang duduk kat tengah tengah bandar tu lagi gila berkawan dengan makhluk ni semua. Kepercayaan ini semua masih ada. Nak tahu kenapa? Aku rasa korang pun sedar, dorang sanggup berkawan dengan makhluk ni dek kerana mahu menjatuhkan orang lain yang meraih kejayaan lebih dari si manusia ini. Itu bermakna, penggunaan makhluk halus dalam kehidupan zaman sekarang ni lebih melambak dari dulu. Adakah itu betul? Aku hanya berkongsikan pandangan sahaja kerana itu yang aku boleh lihat dalam senario masyarakat sekarang. 

Ya, manusia banyak yang berubah ke arah kebaikan. Dalam masa yang sama, masih ada lagi yang tamak dan terus-terusan jahil berkawan bersama makhluk halus. Ingatlah manusia, sementara hidup ni..mungkin mereka ini akan sentiasa bergantung dengan makhluk ini, tapi ingatlah yang di akhirat nanti makhluk ini akan terus mengabaikan anda terkontang kanting. Hanya Allah tempat kita bergantung dan berharap. 

sang manusia