Selasa, 22 April 2014

Mimpi

Hampir setahun
Kini aku terjaga
Rupanya perjalanan itu hanya mimpi
Lena sehingga terkadang senyum 
Hanyut sehingga terkadang menangis
Hebatnya mimpi itu
Seakan kisah benar
Dan aku tak mahu bangkit 
Untuk kembali ke dunia nyata
Apa yang membangkitkan aku?
Satu rasa bernama kecewa
Kecewa kerana penghargaan itu seakan ditiup angin
Hilang dari pandangan
Kerana itulah kupanggilnya sebagai suatu mimpi
Aneh
Dek kerana hampir tidak dapat bezanya mana dunia nyata mana dunia fantasi
Tapi selepas satu tempoh
Mata yang terpejam lama
Kini kembali terbuka
Aku simpan mimpi itu
Dan aku mengharapkan agar ia tidak bertukar nyata
Aku tidak mahu dihantui mimpi itu lagi
Cukup sekali...

SiPencoretHati...SangPemimpi
0015_23042014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan