Assalamualaikum
Ohaiyo! Lama sudah tak mem-belog.
Aisemen..nape aku guna ayat 'klasik' nih.
Okei,aturan..it's about our life my dear.
Perancang dan pengatur terhebat yang mencipta kita tahu apa yang terbaik. Pertemuan. Perpisahan. Perkenalan. Silaturrahim. Ada yang terjangka. Ada yang langsung tak pernah terlintas di fikiran. Fuhh.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Hebat.
Di sini --> memang Allah lah teratas. Kau jangan pernah menduakan Dia. Tetapi dia juga in shaa Allah berada antara yang teratas dalam 'carta hati' aku. Selepas segala yang terpenting dalam hidup aku.
In shaa Allah, aku takkan pernah menyesal untuk kenal dia. Kerana Sang Pencipta telah mengatur pertemuan ini. Pasti ada hikmah. Ya, pasti! Dalam aturan-Nya, dia mengajar apa itu 'melengkapi diri' walaupun tahu setiap orang tidak pernah sempurna. Bukanlah maksud saling melengkapi yang berpacaran itu. Tapi melengkapi untuk kehidupan. Untuk beragama. Aku berusaha. Dia juga berusaha. Inginkan Jannah untuk ukhrawi. Walau apa yang berlaku, aku tidak mahu menyesal. Kerna dia hamba Allah. Begitu juga aku.
Itulah aturan-Nya. Kerna perkenalan mampu mengajar apa itu mendidik diri. Apa itu mengawal diri. Terima kasih kepada Dia dan dia.
i-l-w-h.i-s-i-i-n-s-e.
niez
Tiada ulasan:
Catat Ulasan