Sabtu, 14 April 2012

Bersakan BBQ

assalam.

hoyei hoyei, cuti datang lagi. di pertengahan minggu lagi. apa citer? nak dijadikan cerita, di suatu hujung minggu, adalah si sahabat ni text dan mengatakan,
' jom plan p melaka cuti rabu ni! '
dalam hati,
' wah..ini tawaran menarik lagi istimewa!! yippie!!! '

nak dijadikan cerita, aku dan partner mula la pencarian lokasi, survey itu dan ini. tetapi dari segi persetujuan untuk ke sana, tidak la cukup. nak dijadikan cerita, bila saat dan ketika mula menghampiri rabu.. keputusan terakhir mula dicapai. kes dah dapat kata putus la.
' okay, let's make a BBQ. '
di malam rabu, kami ni *termasukla aku yang sakit buat2 sihat* pegi ke Tesco beli segala alatan, barang, bahan etc untuk persediaan BBQ. totally almost in the budget. that's great. okay, then anta barang yang patut ke rumah tukang perap ayam. *fuyoo...2tingkat gitu.* abis dah tu, kami p la makan2 kat sambal belacan. menariknya sebab minum air cam minum sup. pinggan lak sebesar meja kalau boleh. dah tu, lepakss sikit kat hai-la-m. setakat layan borak skit..


pada hari kejadian *ceih, cam buat ayat laporan skema je..*
pepagi lagi da bangun sebab ade je la barang yang perlu dibeli. tengahri selepas zohor, kami mula bergerak. lokasi? sudah semestinya tasik. kat seksyen 2 pada mulanya. dan pelbagai kejadian yang brlaku. not bad. memasing datang with their own style. stylish2..hehe..yang best sebab ada belon warna warni yang ada gas helium dalam tu. *len kali try letak nitrogen ke Co2 ke lak.haha* yang bergambar, bergambatr sakan la. yang dok membakar, membakar sakan. memacam..sampai la satu saat dan ketika..jeng jeng jeng...
" encik, dari mana ya?"
"dari sini jugak"
"encik ada buat surat ke untuk wat BBQ kat sini?"
hm...geleng geleng kepala...
"encik, maaf ya..kat sini takle nak bakar2...asap2 ni suma..kalau nak buat, buat kat s7, kami da siapkn tempat. kami harap encik dapat padamkan api skrang...nnt org lain pn ikut nk buat..."
'baik encik...timakasih...'
haih la..dari situ kami stopkan 'pembakaran terbuka' kami yang agak pecah rekod *hahaha* dan mulakan makan2 dengan hidangan yang ada...antaranya:
  • -nasi goreng
  • -nugget
  • -mihun goreng
  • -red velvet mak buat.sedap2...
  • -karipap
  • -ayam/hotdog mane2 yg sempat masak...
  • -jajan jajan

dah makan skit, kami mula buat operasi pindah tempat ke s7 punya tasik. apalagi, dengan sedikit bahang *cuaca 11/4* abiskan masa di situ sambil2 mengambik gambar sakan...
last2 plan nak wat ala2 'running man' xde la seberapa menjadi. just handle on part pecahkan belon n see what they have to do. ngan teka orang based on their personalities. xbape nak menjadi sebab sepatutnya benda tu sorang pilih sorang jawab. last2, sume sakan jawab. okay la tu..haha

majlis tamat dengan sesi 'photoshoot' oleh model sambilan yang amatur. ngahaha...tapi apa pun, kami tetap sangat enjoy dengan event of the sem ni.he...

thnx to: all members *yg bkait atau pun x* n photographer.

~niez~

Khamis, 12 April 2012

Netrider 2012

assalam

sabtu lepas, hati dengan rasa girang mau kembali ke melaka dengan bas uni. sekali bas hijau yang bawak. pergi dengan tujuan untuk bertanding di uni sana. wakil uni untuk cisco netrider 2012. semalam untuk membaca hampir 4 buku tebal biru tu. haih la, tak pernah terjangka langsung. haha..bas hijau tiba lewat, jadi ada kebarangkalian untuk tak lepas nak join competition besar tu. orang dalam bas dah dok tanya,


'water world arah mana?'
'ada diskaun x?'
'apa best jalan2 kat melaka?'
'kalau tak pun, g uma az je la..makan2'
yang aku lak bagi jawapan
'jom! jom! jom!'
aku memang sangat suka kalau dapat part kawan2 datang rumah ni..teringin sangat ajak dorang ke rumah..ok, ni dah terpesong ke cerita lain plak..

bersambung kembali pada topik asal, sesampai di sana, rupa2nya masih lagi pintu rezeki tu terbuka untuk join in. sedikit masalah timbul tetapi tetap berjaya diselesaikan. setiap pasangan dibahagikan kepada setiap satu lab yang ada kat uni ni. dan dikira merangkap fakulti dia..masuk2, dengan gelabahnya..masih belum mula. syukur syukur.. xsampai berapa minit, penyelaras tu da dok bagi kata kata aluan *psst...tu namanya suh start la..* bagi arahan bukak website, login, password...

bermula la sesi pertama, dengan jawab soalan teori yang berkaitan dari ccna 1 sampai la 4. *but mostly came from ccna 1 and 2* kuantiti soalan = 100 soalan dalam masa 60 minit. tu boleh diterima lagi. tapi tengok jenis soalan yang dibuat, camana dalam 100 soalan tu macam2 sub lagi dia letak.tapi tiap 1, still dengan markah = 1. huih..berpeluh nak bertekak, berbincang, menconteng conteng, nak penuhkan ruang jawapan dengan memerah otak yang dah serabut sakan tu.. haih la, leh la siap..markah direct dapat kot..

breaks for 5-10 minutes.

sesi ke dua, buat la packet tracer tu.masyaallah, soalan..memang la aku ni dah paham dah cara nak buat packet tracer..tapi memang susah la..tahap gaban sebab aku taktau mana nak mula, mana nak troubleshoot, mana nak config.. siap dengan 20 soalan yang perlu dijawab lagi..sungguh la..ashi pun kene bersabar dengan aku kot..

dalam masa yang sama, aku dapat berita kematian. arwah nenek sedara. maaf, tak sempat nak ziarah selalu..terkilan buat kali kedua. aku tunggu dan, tak berangkat jugak telefon. last2 abang n akak jugak yang terpaksa tunggu amik aku. maaf2.. dengan nak tunggu event tu abis..
uitm perlis berjaya gondol untuk peringkat dipl. dari level lecturer - student..majoriti TAR yang kumpul..chinese.. all chinese.. how cool they are. teringat pemenang sebelum tu pun from TAR..tapi nak menang punya pasal, student engineering ni sanggup skip kelassss sampai cgpa drop abis..berbaloi sebab pegi ke San Fransisco - HQ Cisco.n hadiah duit beserta piala dan barangan Apple.

rezeki2..bergolek2 kat orang yang sentiasa berusaha.

ok la, sambil tu..kitorang ni dapat la jugak barang2 cisco ni..kat bawah ni adalah part of them. *sijil belum lagi dituntut*

ok , sekira ada pertambahan maklumat dan cerita..mungkin akan diubah.
NPC# copy running-config startup-config
NPC# no shutdown

NPC#conf t
NPC(config)#banner motd ^ seikhlas hati, niez^

Ahad, 1 April 2012

~P.W.S~



i'm so sorry
sometimes i made myself just like a kid

to get some/more care and attention from you.
but do no need to worry
i'm still strong


as long as your spirit, your memory are with me
and it can be more than enough

thank you thank you and thank you!
:)

ps: penjaga welfare saya ya! ;)

Rabu, 28 Mac 2012

Lawatan Industri!!

Assalam.

okay, today I would like to say about our industrial visit!
haha..bunyi macam terlalu excited lak nak bercerita tentang lawatan ni kan. ntah pape je..sebenarnya saja nak bercerita sebab 'dah lama' blog ni tak dihiasi cerita baru dari aku. ~motifff~



ok, let's talk about it.


Ernst & Young, yang terletak kat area nun sane tu..aku, ashi, paie ngan tasya antara nama yang terlibat dengan lawatan ni. dapat pergi sebab Zunnur bagitau kat tasya. so, tepat jam 1.20 petang di UIC, kami ni pegi la ke sana dengan bas uni kami..dalam hampir setengah jam je la kot masa yang diambil untuk ke sana kalau tak silap aku.

cerita sebenar: aku cam tak tau pasal company ni yang orang lain suma dok kata mmg faymes gila kat negara terchenta aku ni..haru punya rakyat negara la aku ni.

ok, sebenarnya ada dalam 3 bas yang hantar kami ke sana, sebab selain dari fakulti aku, ada lagi 3 fakulti yang join-venture untuk industrial visit ni. antaranya law, account ngan business. group aku yang pertama la sampai..sayangnya cik bain merangkap mak kami ni tak ikut sekali la plak.hee...

masa kat situ, kami dok dengar la briefing tentang company yang faymes ni. peserta2 ni bila kata ade kuiz baru dok mencatat. haha..kelaka2..macam2 la diterangkan..pasal each department, position ape yang ade..pasal teamwork. ouh..kalau dikiranya cam sangat luas ouh coverage dia..orang boleh merantau jauh kalau bermula dari comapany ni. walaupun company ni lead ke arah auditing and tax..tapi ade part of it yang masih berkaitan dengan IT. dua position yang aku berminat, ITRA dengan fraud ape tah..hehe..* kes malas nak semak buku nota balik* sebab kat area ni cam ade buat pasal ethical hacking la, computer criminal..kire berkaitan la tu kan..tu yang aku berminat. tapi semalam, masa networking session aku tak sempat bertanya sangat dengan En Hazrizal dengan En Saffuan tu..last2 layan makan yang disediakan je dulu. agak banyak la..suppose networking session ni, student yang dok cari staff untuk bertanya. tapi bila tengok suasana ni, rasa sangat2 terbalik. mungkin sebab lapar..mostly cari makanan dulu. makanan yang berat2 punya.mana taknya. then, staff reramai la pegi ke meja student one by one untuk bertanya if kami ni ade soklan ke tak. skali aku bantai la tanya banyak2..staff ni pulak muke dah hampir2 cam abang long aku yang sorang tu. nasib la kalau da kene tanya ngan aku tu walaupun bkan dkat org yg sepatutnya ak nak tanya.hee...

habis tu, ade Q&A ngan kuiz. yang buatkan dorang ni bersemangat sebab dapat kad free dari starbuck.haha..aku terus tak berkenan nak jawab. orang yang duduk sebelah aku lak, kemain overkondifen masa jawab. sukati dia la asalkan bahagia..lepas tu ada wat 'road tour' kt tiap department.pergh...menimbun dengan file2. tiap department penuh dengan staff yg mostly cina. then, tiap sorang mgunakan laptop *rs cm kebanyakannya gune IBM thinkpad*. ok la tu....

last but not least, kami berkumpul la kat tangga putar2 tu untuk amik gambar beramai2..bsesak2 la...nyway, bila aku tengok, baru aku perasan..cam ade satu filem yang buat penggambaran kat situ. lady boss kalau tak silap. tapi bila aku tanya kat orang berdekatan, dorang sume tak sure.haha..abaikan saja..

okay, masa balik tau2 ade budak yang tertinggal bas. nak taknak kena la pandai2 cari teksi kot..

jadi, begitulah al kisahnya tentang lawatan kami ni. nyway, kami berempat dari network n sahabat selebihnya dari CS. sekurang2nya ada jugak ilmu yg aku boleh dapatkan untuk nak praktikal nanti..

sincerely me :) ~niez~

Sabtu, 17 Mac 2012

Can It Be Untitled ?



Dengan Nama Allah

hati umpama sebuah kotak misteri
terlalu banyak menyimpan rahsia
biar beribu ribu cerita sekalipun
masih boleh disimpan dalam hati


yang baik dan yang jahat
yang indah dan yang duka
yang mencintai dan dicintai
yang diimpikan
yang dibayangkan

begitulah kisah
yang ada pada setiap manusia
di situlah jua
Allah sentiasa memerhati.

to be untitled.
always.

Isnin, 12 Mac 2012

.:. A-L-O-n-E .:.

Assalam..


bersendirian memberi anda peluang untuk memikirkan
apa yang sudah berlalu
apa yang sedang berlaku
apa yang bakal ditempuhi


bersendirian membuatkan diri
mencari apa yang silap
mencari apa yang terlebih

bersendirian menjadikan diri ingin bermuhasabah atas segala peristiwa yang dilalui
dengan rasa senang
dengan rasa duka

bersendirian menjadikan diri sentiasa berdiam di luar
tapi di fikiran sentiasa bermonolog
menerawang jauh
mencari kebenaran dalam kesusahan

bersendirian tidak bermakna kita lupakan siapa Sang Pencipta
bersendirian tidak bermakna akan kekal sebagai 'seorang'

bersendirian itu indah
kerana kita hanya perlu diam dan senyap
sambil terus menerus merangka kehidupan


monologue tyme ~ me

Rabu, 7 Mac 2012

New Semester!

Assalam.


okay, semester baru sudah bermula.
ada yang berubah dan ada juga yang masih kekal sama sebegitu.
tak kisah walau dari segi apa sekalipun.
tapi semangat baru untuk belajar harus terus dipupuk.
sebab ini adalah semester baru.
dan InsyaAllah akan menjadi semester terakhir sebelum bermulanya praktikal.
ada perkara yang susah.
memang ada dan perlu dihadapi.
kalau caranya silap, orang akan faham yang silap.
kalau caranya betul, orang akan faham dengan cara yang lebih baik.
mudah? senang?
itu tak pula diketahui.

okay, this is about our new semester. menghadapi dengan penuh tabah.
atas keberkatan Allah dan ibu bapa.

sincerely,
~ the one yang sangat suka berceloteh dalam diam ~