assalam
sabtu lepas, hati dengan rasa girang mau kembali ke melaka dengan bas uni. sekali bas hijau yang bawak. pergi dengan tujuan untuk bertanding di uni sana. wakil uni untuk cisco netrider 2012. semalam untuk membaca hampir 4 buku tebal biru tu. haih la, tak pernah terjangka langsung. haha..bas hijau tiba lewat, jadi ada kebarangkalian untuk tak lepas nak join competition besar tu. orang dalam bas dah dok tanya,
'water world arah mana?''ada diskaun x?''apa best jalan2 kat melaka?''kalau tak pun, g uma az je la..makan2'
yang aku lak bagi jawapan
'jom! jom! jom!'
aku memang sangat suka kalau dapat part kawan2 datang rumah ni..teringin sangat ajak dorang ke rumah..ok, ni dah terpesong ke cerita lain plak..
bersambung kembali pada topik asal, sesampai di sana, rupa2nya masih lagi pintu rezeki tu terbuka untuk join in. sedikit masalah timbul tetapi tetap berjaya diselesaikan. setiap pasangan dibahagikan kepada setiap satu lab yang ada kat uni ni. dan dikira merangkap fakulti dia..masuk2, dengan gelabahnya..masih belum mula. syukur syukur.. xsampai berapa minit, penyelaras tu da dok bagi kata kata aluan *psst...tu namanya suh start la..* bagi arahan bukak website, login, password...
bermula la sesi pertama, dengan jawab soalan teori yang berkaitan dari ccna 1 sampai la 4. *but mostly came from ccna 1 and 2* kuantiti soalan = 100 soalan dalam masa 60 minit. tu boleh diterima lagi. tapi tengok jenis soalan yang dibuat, camana dalam 100 soalan tu macam2 sub lagi dia letak.tapi tiap 1, still dengan markah = 1. huih..berpeluh nak bertekak, berbincang, menconteng conteng, nak penuhkan ruang jawapan dengan memerah otak yang dah serabut sakan tu.. haih la, leh la siap..markah direct dapat kot..
breaks for 5-10 minutes.
sesi ke dua, buat la packet tracer tu.masyaallah, soalan..memang la aku ni dah paham dah cara nak buat packet tracer..tapi memang susah la..tahap gaban sebab aku taktau mana nak mula, mana nak troubleshoot, mana nak config.. siap dengan 20 soalan yang perlu dijawab lagi..sungguh la..ashi pun kene bersabar dengan aku kot..
dalam masa yang sama, aku dapat berita kematian. arwah nenek sedara. maaf, tak sempat nak ziarah selalu..terkilan buat kali kedua. aku tunggu dan, tak berangkat jugak telefon. last2 abang n akak jugak yang terpaksa tunggu amik aku. maaf2.. dengan nak tunggu event tu abis..
uitm perlis berjaya gondol untuk peringkat dipl. dari level lecturer - student..majoriti TAR yang kumpul..chinese.. all chinese.. how cool they are. teringat pemenang sebelum tu pun from TAR..tapi nak menang punya pasal, student engineering ni sanggup skip kelassss sampai cgpa drop abis..berbaloi sebab pegi ke San Fransisco - HQ Cisco.n hadiah duit beserta piala dan barangan Apple.
rezeki2..bergolek2 kat orang yang sentiasa berusaha.
ok la, sambil tu..kitorang ni dapat la jugak barang2 cisco ni..kat bawah ni adalah part of them. *sijil belum lagi dituntut*
ok , sekira ada pertambahan maklumat dan cerita..mungkin akan diubah.
NPC# copy running-config startup-configNPC# no shutdownNPC#conf tNPC(config)#banner motd ^ seikhlas hati, niez^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan